Hari ini saya di beritahu oleh sahabat saya, najmi mustaffa tentang seorang pelajar UIA Nur Jamilah karyanya yang berjudul 'friends forever berjaya diterbitkan buat kali pertama.. Ok! saya CEMBURU...!
Saya memang bercita-cita untuk menerbitkan buku sendiri.. bukan untuk mengejar glamor mahupun kemewahan tetapi adalah disebabkan kecintaan saya dan keghairahan saya dalam bidang ini. Saya gembira jika saya dapat kongsi apa yang saya rasa.. apa yang saya fikir apa yang saya angankan..Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa tidak ditulis sahaja di blog..Kenapa mesti buku sahaja? pasti ada yang meragui niat saya. Saya hanya melihat kepada keterbatasan saya dan juga pembaca. Mungkin dengan adanya buku, saya bisa bercerita kepada semua walau tiada bekalan elektrik sekalipun. Semua mampu membaca karya saya walau tiada perkhidmatan internet sekalipun. Sekurang-kurangnya kelak saya ada buah tangan untuk anak-anak saya bila adanya buku. :) Andai saya ikhlas bisa sahaja ia menjadi penambah pahala buat saya. Masa akan terus berlalu, meninggalkan kita, dan rugilah kita kalau gagal mengutip pahala dan hanya menggalas dosa!
Pernah sahaja bila saya suarakan hasrat ini, ada yang ketawa, ada juga yang menyindir sinis. Mungkin mereka beranggapan bahawa angan saya tidak mungkin bisa menjadi kenyataan. saya juga tidak menidakkan bahawa ada kawan-kawan yang memberi sokongan dan galakan. malah menyumbang idea terhadap cerita-cerita yang patut saya bawakan. Tetapi bagi saya, bak kata IMAEN Sebarang kata puji yang cuba mengangkat saya setinggi Everest atau sebarang nista keji yang mencampak saya ke jurang sedalam Marianas Trench tidak akan mengubah apa-apa. Ya! saya tidak apa-apa.
Ada yang mengatakan otak saya random! ikut sahaja kata hati, main aci redah dan sukar untuk dijangkakan. Tetapi bagi saya, tidak salah saya punya mimpi...andai bisa saya berlari ke langit mahu sahaja saya coretkan segala apa yang saya rasa..biar semua yang berada dibumi mampu membaca isi hati saya. seperti kata Iman xara, Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara... Kalau tidak dapat hasilkan buku sekalipun, saya masih ada ruang untuk menulis dimana-mana seperti blog, Fb... atau mungkin saya bisa menulis dilembaran-lembaran kertas lalu saya masukkan ke dalam botol kosong dan campakkan ke laut...untung-untung ada yang membaca dari jauh.
UNTUNG SABUT TIMBUL...UNTUNG BATU TENGGELAM... UNTUK SAYA???
BOLEH JADI TIMBUL DAN MUNGKIN JUGA BOLEH TENGGELAM..... siapa tahu.. rencana Tuhan untuk saya. :)
TERUS BERMIMPI,
Apa hal tiba-tiba zoo ni?? siap beli zoo lagi...
yupppzz! kali ni update pasal zoo.. zoo apa jangan tanya. "we bought a zoo" adalah salah satu movie yang ditayangkan dipawagam sekarang. Saya berkesempatan untuk bersama-sama 'roommate' saya
nik muhammad faris untuk menonton cerita tu. Tak rancang sebenarnya nak tengok cerita tu. Iyalah baca tajuk cerita pun tak menarik..
Tetapi.... moral dalam cerita tersebut sangat-sangat lah mendalam. banyak yang saya belajar dalam cerita tersebut.. antaranya ialah :
1. GAGAL tak bererti kita KALAH.
menerusi lakonan Matt Damon sebagai watak utama yang kematian isteri dan mempunyai dua orang anak terpaksa melalui kehidupan yang sunyi selepas bergelar ayah tunggal. Diberhentikan kerja... atas nasihat abangnya dia memulakan kehidupan baru demi anak-anak. Kegagalan yang dihadapi oleh dia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang. kadang kala apabila kita ditimpa kesusahan,musibah dan sebagainya kita seolah merasakan sudah kiamat bagi kita. Tetapi kita harus ingat bahawa kegagalan itu adalah titik permulaan kejayaan. bukan sebab kita sudah kalah tetapi hanya kejayaan itu sahaja yang masih tertunda. jangan mengalah!
2. BERANI ambil RISIKO
Matt Damon tetap mengambil risiko yang sangat besar dengan menggadaikan apa sahaja yang dimilikinya untuk sebuah zoo yang sudah lama terbiar. Mungkin pada dasarnya kita lihat zoo tersebut seperti tidak memberi apa-apa keuntungan malah ibarat menanti masa untuk dihapuskan. tetapi dengan keyakinan yang ada.. dia tetap meneruskan hingga berjaya.. ini yang orang kata alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan... alang dah beli zoo tu... baiklah diteruskan!
3. 20 SAAT untuk JADI BERANI yang gila-gila.
Haa macam mana tu? benda ni sangat elok dipraktikan. contoh, dalam kelas.. kita ada 20 saat untuk jadi berani bertanya. tak kisah lah dalam 20 saat itu nanti awak nampak seperti budak tidak pandai. sekurang-kurangnya u make an effort to be better ryte? dalam hal lain.. boleh dikatakan rebut peluang yang ada di depan mata.. kalau kita x buat sekarang... mungkin lepas ni kita akan terlepas peluang tu. peluang hanya datang sekali!
4. setiap daripa kita UNIQUE.
yupppz! Allah jadikan manusia itu pelbagai. baik pelbagai dari segi rupa paras mahupun kelakuan. Malah impian setiap daripada kita juga berbeza.. Dalam movie ini Matt Damon tersilap membuat percaturan dengan menyangkakan anak lelakinya lakonan Colin Ford menyukai apa yang dilakukan olehnya. Dia menyangkankan anaknya juga mengimpikan perkara yang sama. Dalam memahami manusia kita harus ingat bahawa tidak semua orang akan bersetuju dengan tindakan kita. ini sangat penting terutama sebagai seorang bapa harus tahu bahawa setiap daripada anak-anaknya punya impian dan kemahiran yang berbeza... kita semua adalah UNIQUE!
Banyak lagi kalau saya nak senaraikan.. Anda kena tonton dulu cerita ini. saya suka kalau tengok cerita yang bagi makna. yang buat kita jadi lebih baik... :)
Alhamdulillah, pada 2 hingga 4 disember 2011 telah berlangsungnya Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Konvensyen ini merupakan konvensyen yang pertama kali diadakan yang mengumpul mahasiswa-mahasiswa ijazah pendidikan setiap IPTA seluruh negara.
Banyak yang saya dapat daripada konvensyen tersebut daripada pembentangan kertas kerja, forum sehinggalah kepada perbincangan serta dialog bersama KPM dan KPT. Banyak yang boleh dikongsikan seperti isu-isu semasa yang berlaku dalam dunia pendidikan. Isu yang paling hangat adalah isu penempatan (posting). Isu ini menjadi dilema buat bakal-bakal guru. Isu ini telah dijawab oleh KPM dan KPT, dan jawapan yang diberikan adalah disebabkan pengambilan pelajar ISMP di setiap IPT melebihi unjuran yang diberikan oleh pihak KPM. Kebanyakkan IPT mengambil lebihan pelajar berdasarkan unjuran KPM dan juga unjuran dari pihak-pihak lain.
Di akhir konvensyen seluruh peserta telah bersepakat menyerahkan resolusi kepada
YB Dr. Hj Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah merasmikan majlis penutupan Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011. Antara resolusi yang diserahkan ialah :
1. mengembalikan jaminan penempatan bakal guru
2.membuka peluang memohon biasiswa kepada semua ISMP.
3.Kepimpinan yang baru tidak merubah dasar yang sedia ada tanpa melihat dan mengambil pandangan pendidik.
4.Pemerkasaan Guru
5.Hapuskan GSTT/KPLI/DPLI
Perjuangan kita hari ini tidak terhenti disini... walau hasil atau nikmatnya belum tentu kita rasa dan mungkin perjuangan ini untuk generasi yang bakal ganti kita kelak, cukup untuk kita tahu bahawa di setiap perjuangan yang kita bawa ada nilainya pada pandangan Tuhan selagi niat kita masih kearah kemakrufan bukan kemungkaran. :)
Saya Cikgu Best
ambition by ~7oodie (devianart)
Assalamualaikum.
Lama tidak menulis dalam blog. Bukan apa, banyak idea menulis hanya tersimpan dalam draft sahaja.. belum masa untuk dipublishkan. Menulis blog bukan suatu yg mudah.. seperti kata2 Saffawati dalam blognya.
Angan dan Cita?
sebenarnya idea menulis tentang perkara ni datanag bila saya pulang dari ambil Adriana sekolah. Adriana punya cita-cita mahu jadi Doktor... manakala Hobinya tengok TV.. huhu Budak seusia Adriana 6 tahun, saya tidak pasti adakah citanya itu benar-benar cita atau sekadar angan semata. Saya pernah bertanya dengan Adriana semasa dia 5 tahun, mahu jadi apa nanti? jawabnya, mahu jadi artis. huh! Adriana-Adriana.
Saya masih ingat saya juga punya angan dan cita semasa kecil. Pernah tak isi borang kad 101 masa kita sekolah rendah dulu? Saya ingat lagi saya meletakkan cita-cita sebagai guru masa itu. tetapi kadang-kadang cita-cita saya berubah adakalanya saya nak jadi pegawai bank.. haha.. ini pengaruh mak la ni. mak yang nak saya jadi pegawai bank.. bila saya tengok uniform doktor best saya nak jadi doktor.. begitulah hingga ke alam menengah, cita-cita saya nak jadi peguam masa tu.
Tapi sekarang? IJAZAH PENDIDIKAN. huhu jadi cikgu juga.. cikgu kaunseling pula tu. InsyaAllah kali ini bukan lagi angan tapi cita-cita.
Bagaimana kita mahu pastikan bahawa angan kita itu akan menjadi cita?
Kita kena yakin dengan apa yang kita pilih. Mesti ada matlamat dan berada dalam jalan yang betul. Jika angan mahu jadi mestilah ambil jurusan yang berkaitan. Selain daripada itu, lihat lah kekuatan yang ada pada diri kita. Contohnya bagaimana kalau kita mahu jadi pegawai bank kalau kita tidak mahir dalam ilmu kira-kira. Semua ini yang harus kita lihat, dimana kekuatan kita. Saya juga tidak menafikan yang minat juga perlu tetapi bersikaplah realistik, jika kamu benar-benar minat sekalipun tetapi tidak punya kelulusan untuk berada dalam apa yang kamu minat pasti cita kamu hanya sekadar angan semata.
Seterusnya berusaha. Tunjukkan usaha kamu menjadikan angan sebagai cita.
Saya punya angan yang banyak. tetapi hanay beberapa yang saya akan pastikan ia menjadi cita-cita dan kenyataan. saya nak jadi KAUNSELOR dan PENULIS yang berjaya. :)
ANDA PULA BAGAIMANA??
:)

Wacana perjumpaan awal telah dijalankan pada 29 Oktober 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) Bangi bagi membuat persediaan Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011.Pra-Konvensyen ini telah dihadiri hampir 30 orang wakil pemimpin dari Fakulti Pendidikan seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Konvensyen yang akan diadakan julung-julung kalinya pada 2 hingga 4 Disember 2011 di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM.
Pra-Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) saudara Leftenan Muda Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi dan diikuti dengan penerangan serta perbincangan tentatif program dari pihak penganjur. Dalam masa yang sama diadakan perbincangan bersama tentang isu semasa yang berlegar dalam dunia pendidikan. Banyak perkara yang dibangkitkan dari masalah yang berlaku di dalam kampus kepada masalah yang bersifat nasional. Isu berkaitan lambakan graduasi fakulti pendidikan yang sudah lama menyelesaikan program graduasi, isu pembekuan penempatan guru-guru novis sehinggalah isu berkaitan pemberian hak permohonan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia.
Perkara ini sangat penting bagi kita sebagai pelajar-pelajar yang bakal berstatus pendidik untuk mengambil cakna akan hal-hal yang berlaku dalam dunia pendidikan. Resolusi daripada Pra-Konvensyen ini telah disepakati oleh semua perwakilan yang hadir bahawa pertamanya, menubuhkan Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan yang bakal menggabungkan semua mahasiswa pendidikan di seluruh IPT termasuk dari Institut Perguruan Malaysia (IPGM) dan perkara kedua mengadakan Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan secara berkala pada setiap tahun di seluruh IPT Malaysia.
Saya selaku Timbalan Presiden II “Bachelor of Education Students Association” (BEDSA) UIAM, mengalu-alukan penglibatan semua mahasiswa Institut Pendidikan UIAM untuk turut serta dalam Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011.