Still chasing pavements.

" Weh, jom Keluar hujung minggu ni nak?"
     " Tak nak lah weh.. Aku tengah 'short' ni. Faham-faham je la tengah short sem ni mana ada duit."
"hurmmm... ok lah, kalau cam tu. next time ok."


Perbualan macam ini mesti sentiasa berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar di Universti terutama yang sedang mengambil semester pendek atau Short Semester.

Biasanya semasa short semester, pelajar-pelajar ini tidak dapat bantuan kewangan pelajaran seperti PTPTN,MARA atau mana-mana badan biasiswa. Maka pelajar-pelajar ini akan membayar yuran pengajian semasa short semester ini dengan menggunakan duit sendiri atau daripada 'PAMA'.

Masa inilah ramai pelajar-pelajar yang merungut, terpaksa berikat perut dan sebagainya.

Jadi, dekat sini ada beberapa tips yang saya cadangkan untuk mereka-mereka yang mengambil short sem.

1. Kerja Part Time.
    Ya, kerja sambilan. Saya rasa cadangan ini mungkin cadangan common yang selalu orang buat. Nak dapat duit lebih, mesti buat part time. Saya rasa tidak ada masalah untuk anda untuk mendapatkan kerja-kerja sambilan terutama yang belajar di area Kuala Lumpur atau Selangor. Banyak tempat yang mengambil pekerja sambilan dengan bayaran mngikut jam bekerja. Jika susah untuk anda mendapatkan kerja di luar kampus, saya cadangkan anda untuk mencari dalam kampus sahaja. Saya yakin dalam kampus juga banyak kerja-kerja yang bleh memberikan anda income.

2. Join Program.
    Yang, ini juga anda boleh lakukan. Tentu anda tertanya-tanya bagaimana dengan join program boleh membantu anda untuk mendapat income semasa short semester? apa yang saya maksudkan disini, Join program tidak semestinya akan memberikan anda income, tetapi ia dapat membantu anda untuk berjimat. Bagaimana? dengan join program, kebiasaannya urusetia program akan menyediakan makanan, refreshment dan sebagainya. jadi, untuk hari tersebut, anda bukan sahaja telah memanfaatkan masa terluang anda dengan mendapat ilmu daripada program tersebut, tetapi anda juga dapat berjimat. tidak perlu lagi untuk anda mengeluarkan duit untuk makanan pada hari tersebut. Paling untung kalau dapat join program 3 hari 2 malam seperti caping dan sebagainya. dapat juga makan free. :)

3. Puasa
    Kalau, di kampus anda jarang ada program yang boleh anda join. Mungkin dengan cara ke-3 ini anda dapat berjimat. Puasa sunat isnin dan khamis. :) dapat pahala + dapat saving sekali.


Semuanya terletak kepada anda, saya harap lepas ini anda tidak lagi 'short' sekurang-kurangnya bila hujung minggu anda dapatlah meluangkan masa bersama kawan-kawan. beri 'rewards' pada diri setelah penat mengulang kaji.




ikhlas,


Belajar Terima Diri..
Bunyinya mudah...
Orang kata 'Kita lebih menegnali diri kita sendiri' betul ke??

Mungkin ya mungkin tidak...

Bagi saya bukan mudah untuk kita menerima diri kalau kita tidak mengenali diri kita.

Sifirnya nampak mudah. kenal diri --> terima diri

Tapi bagaimana mahu kenal diri?




Menghilang tidak muncul-muncul setelah sekian lama.
kegagalan untuk menghasilkan post-post di blog adalah kegagalan untuk melaksanakan azam diri.

i will come back as soon as possible..

ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.



 I won't Give up by Jason Mraz

Cuti pertengahan semester telah pun berlalu. Terasa sekejap sahaja seminggu itu. Kerja-kerja banyak lagi yang belum diselesaikan. Bila mana cuti pertengahan semester berakhir, ia memberi makna bahawa perjuangan saya hampir tiba untuk semester ini. Usaha perlu diganda, semangat harus terus membara dan tidak sesekali putus asa.

Saya cuba untuk pastikan diri saya mencapai peningkatan dari segi akademik, sahsiah, dan juga peribadi.
Saya akan pastikan diri saya terus berdiri meski diserang pelbagai dugaan. Saya akan berdiri gagah bak anak jantan!

Orang yang inginkan kejayaan tidak sesekali dia mejadikan kegagalan sebagai titik akhir untuk dia teruskan perjuangan tetapi dia akan pastikan kegagalan itu menjadi titik permulaan untuk dia terus maju kehadapan.













YES!!! I WON'T GIVE UP!!!!






Setiap daripada kita ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Kita semua memiliki kekurangan,kelemahan,kecelakaan yang kita tidak mahu orang lain nampak. Kita simpan dalam diri supaya orang tidak tahu bahawa betapa kita tidak kuat. Kita berusaha sehabis daya untuk memastikan kita adalah yang terbaik dan kita mampu melakukan apa sahaja.

Kadang-kadang kita terlupa bahawa perbuatan seperti ini memakan diri kita kembali apabila kita tidak mampu lagi menahan rasa sendiri. Saat-saat bebanan yang ada menghempap diri kita ke bawah sehingga kita tidak lagi mampu untuk berdiri dan saat itu kita berasa seolah tidak mampu bernafas. Sesaknya seolah nyawa mahu berpisah dengan jasad. Perit.Pedih.Sakit. Disaat air mata menjadi peneman setia namun tidak mampu merawat luka dan duka. Inilah tiba saat untuk kita memerlukan bahu bagi kita bersandar melepaskan segala rasa, saat untuk kita memerlukan tangan untuk memeluk tubuh kita yang terasa seakan tidak lagi bernyawa dan tiba masa untuk kita dengar kata-kata yang mampu mengembalikan semangat dan tekad untuk bangun dan teruskan kehidupan.

Saya percaya ramai diluar sana malu untuk bercerita tentang kelemahan diri. Malu untuk nampak lemah. Malu dikatakan gagal. Kadang-kadang sebenarnya kita perlu untuk mengetahui kelemahan,kekurangan dan kesusahan orang lain untuk kita tahu bahawa kita tidak sendiri. Masih ada yang punya nasib seperti kita malah lebih teruk dari kita. Jangan malu untuk bercerita tentang apa yang kita rasa kerana dengan itu mungkin kita mampu menguatkan orang lain dan juga diri sendiri. Bebanan yang berat terasa ringan bila dipikul bersama.  

Lihat sahaja perbezaan impak bila kita belajar daripada kelemahan,kesusahan,kecelakaan dan kekurangan orang berbanding kita belajar daripada kesenangan, kekuatan serta kesempurnaan orang lain.

Beza kita belajar tentang diri Nik Nur Madihah dengan Nur Amalina. Impak yang diberikan oleh Nik Nur Madihah bagi saya lebih memberi kekuatan apabila dia berjaya membuktikan bahawa susah juga mampu berjaya.

Beza kita rasa kejayaan diri Susan Boyle dengan Yuna. Impak yang ditonjolkan melalui bakat yang ada oleh Susan Boyle lebih menyentuh.

Kekurangan dan Kelemahan itu bukan suatu yang perlu dimalukan.

Kesempurnaan dan Kekuatan itu bukan suatu yang perlu dibanggakan.

Saling berkongsi rasa, Saling menguatkan sesama. Itu lebih INDAH.













Yuuupzz! it really helps!!! 










Newer Posts Older Posts Home

ABOUT AUTHOR

Very Good Hello! i'm Syahmi, 26 years old. Penang-Ipoh-KualaLumpur i'm a rare species. save me before i extinct.. :p

POPULAR POSTS

  • PEP TALK : Yang Paling Takut Itu Aku.
    Seriously, saya adalah orang yang paling takut. paling takut pada "sesuatu yang tak pasti" -- The unknown. Takut pada sesuatu ...
  • DON'T FORGET WHAT YOU PROMISE BEFORE.
    Hello guys, As you read the tittle there, it is actually about me. Blogging or writing is something that i put in my Thing-must-do list....
  • Ramadhan kareem
    Bulan yang rata-rata daripada kita akan tunggu setiap tahun including me is bulan Ramadhan. Susah nak describe perasaan bila datang bulan Ra...
  • The Power of Apps.
    Hello, hahaha once the mood come, terus tak berhenti kau tulis entry ye.. Tulis entry ni pun sebab my friend asked me to help him pro...
  • Mango Chili With The Girls
    All the Best for Exam! Korang tahu tak yang dah dua paper berlalu. First paper Social Work and Second Paper on wednesday was Individual...
  • White Undershirt Pro Hominibus
    “Simplicity is the keynote of all true elegance.”  -Coco Chanel- Jom kembali kepada kesederhanaan. hahaha what i means here is,...
  • Tahun 2014
    Mungkin lewat untuk saya berkata tentang tahun baru tahun 2014. Maaf untuk kelewatan mencoret kata. Maaf dengan diri sebenarnya, sebab t...
  • Streetwear Fashion
    As i promised before this, i wanted to talk about 'streetwear'. It is hard to define streetwear fashion since it is one of most over...
  • Mana jalanmu?
    Ada orang perjalanannya mudah saja.. lurus tak berliku.. Ada orang perjalanannya tak mudah.. bersimpang siur. Sebagai manusia, saya pasti ...
  • Craving For Chinese Food
    Tekak dan Perut ni memang mengada-ngada tau semalam. Tiba-tiba rasa nak makan Chinese food. Semalam lepas je study for exam hari ni (s...
Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Blog Archive

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  June (1)
      • Ramadhan kareem
  • ►  2015 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (37)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (41)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (15)
    • ►  January (9)
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)

Follow us

award dari kak ummu

award dari kak ummu

Copyright © 2016 Still chasing pavements.. Created by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates