Still chasing pavements.


Wacana perjumpaan awal telah dijalankan pada 29 Oktober 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) Bangi bagi membuat persediaan Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011.Pra-Konvensyen ini telah dihadiri hampir 30 orang wakil pemimpin dari Fakulti Pendidikan seluruh Institusi Pengajian Tinggi  di Malaysia.  Konvensyen yang akan diadakan julung-julung kalinya pada 2 hingga 4 Disember 2011 di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM.

Pra-Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa  UKM (PMUKM) saudara Leftenan Muda Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi dan diikuti dengan penerangan serta perbincangan tentatif program dari pihak penganjur. Dalam masa yang sama diadakan  perbincangan bersama tentang isu semasa yang berlegar dalam dunia pendidikan. Banyak perkara yang dibangkitkan dari masalah yang berlaku di dalam kampus kepada masalah yang bersifat nasional. Isu berkaitan lambakan graduasi fakulti pendidikan yang sudah lama menyelesaikan program graduasi, isu pembekuan penempatan guru-guru novis sehinggalah isu berkaitan pemberian hak permohonan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia.


Perkara ini sangat penting bagi kita sebagai pelajar-pelajar yang bakal berstatus pendidik untuk mengambil cakna akan hal-hal yang berlaku dalam dunia pendidikan. Resolusi daripada Pra-Konvensyen ini telah disepakati oleh semua perwakilan yang hadir bahawa pertamanya, menubuhkan Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan yang bakal menggabungkan semua mahasiswa pendidikan di seluruh IPT termasuk dari Institut Perguruan Malaysia (IPGM) dan perkara kedua mengadakan Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan secara berkala pada setiap tahun di seluruh IPT Malaysia.


Saya selaku Timbalan Presiden II  “Bachelor of Education Students Association” (BEDSA) UIAM, mengalu-alukan penglibatan semua mahasiswa Institut Pendidikan UIAM untuk turut serta dalam Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011. 


Kaki melangkah naik ke dalam perut bas. Bas Rapid KL bernombor 231 dipenuhi dengan pelajar UIA. Nur Akmal mencari ruang kosong untuk dia duduk. Dia melepaskan pandangan ke luar tingkap sambil memerhatikan atmosfera UIA. Alhamdulillah, dia melafazkan kesyukuran dalam lubuk hatinya. ' Empat tahun aku dekat sini. Alhamdulillah, akhirnya aku bergelar juga sebagai siswazah' hatinya berbicara. Dia masih ingat saat mulanya perjalanan dia di sini. Seakan sukar dan payah untuk ditempuhi. Tetapi setiap kesusahan, kekurangan serta kepayahan yang dilalui menjadi dendam buat dirinya. Inilah dendam positif!.

" Kuma! jom lepak KLCC sabtu ni" Aisya mengajak.
    " Hurmm... tak apalah Aisyh, aku tak dapatlah nak join kamu." Akmal menolak.
"Ala.. kenapa? rileks la baru minggu pertama takkan dah nak study? Enjoy la dulu. Get life la wei" Aisya bersungguh.
    " Maaf la yer, aku minggu ni ada kerja nak kena settlekan." Akmal cuba menjelaskan.
" Alah kau, kata geng ceduk. Rileks la beb aku belanja kau ok?" Aisya berusaha untuk mengajak.
    " Thanks but no thanks! sorry." Muktamad.

Bukan dia tidak mahu untuk berhibur, dia juga bukan kaki buku ala-ala ulat buku yang 24 jam study. Cuma Akmal punya alasan tersendiri. Dia tidak mahu sesuatu perkara yang tidak mendatangkan faedah itu menjadi kebiasaan kelak. Sikit-sikit lama-lama jadi penyakit. Biarlah tidak berhibur sekarang asalkan tidak kecewa dihari mendatang.

Hentian LRT Putra Gombak. Akmal meneruni bas dan terus ke ruang membeli tiket LRT. Dia berhajat ke KLCC untuk melunaskan dendam sekian lama. " Yeay, nikmatnya berhibur setelah sekian lama berjuang!" Akmal menjerit dalam diam. Telefon bimbit di keluarkan.jari menekan butang menu dan terus ke 'write message'.

Jom lepak KLCC!

send : Aisya.



Bagi anda mungkin susah untuk kita mengaplikasikan kata-kata "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian". Hanya orang yang punya kekuatan diri sahaja mampu untuk menahan rasa. Mungkin ada juga yang kata, "alah, sekali sekala takkan tak boleh" Yup! saya setuju dengan anda. sekali sekala memang tak salah. Cuma saya khuatir jika anda tidak punya kekuatan diri untuk memastikan sekali sekala itu tidak menjadi penyakit berterusan itu yang bahaya. Boleh sahaja jika anda menjadikan dendam positf ini sebagai penghargaan diri selepas bersusah-payah.Contohnya dalam minggu ini anda punya kuiz/exam/ tugasan yang perlu diselesaikan, anda berusaha menumpukan sepenuhnya terhadap tugasan tersebut sehingga selesai. Selepas selesai raikan diri anda!


JOM SIMPAN DENDAM YANG POSITIF!


Assalamualaikum.wth.
Apa khabar pembaca?
Harap luar biasa khabarnya.
Minggu ni minggu yang amat sibuk bagi saya. tak sempat untuk menyempurnakan kisah-kisah jiwa yang masih dalam simpanan ' Draft' saya. InsyaAllah, bila tiba waktu saya akan sempurnakan penulisannya dan akan terus 'publish post'

Saya sering diajukan pelbagai persoalan. Tidak kira persoalan itu berkaitan pelajaran, hubungan hatta tentang masalah peribadi juga saya ditanya. Hanya diri belum cukup yakin untuk 'post' tiap-tiap persoalan tersebut beserta jawapan saya terhadap soalan mereka.

Sebagai pelajar kaunseling, saya diajar agar tidak memberikan nasihat tetapi hanya memberi petunjuk untuk 'client' mendapatkan jawapan atau pilihan..

Soalan : Saya menghadapi masalah untuk memberi tumpuan dalam kelas terutama yang mengajar pensyarah asing yang loghat englishnya sukar untuk faham membuatkan saya hilang minat untuk terus fokus dan melakukan perkara lain semasa kuliah.

Jawapan saya :
Saya bukanlah ahli motivasi atau pengkaji insan yang mampu memberikan jawapan serta teori-teori tersendiri.. tetapi berdasarkan pengalaman dan juga segala apa ilmu yang saya ada saya melihat bahawa masalah ini ada dua faktor.

Faktor pertama : masalah dalam lingkungan diri sendiri.
Faktor kedua : masalah dalam lingkungan luar dari diri sendiri.

Hakikat kedua-dua faktor ini ada jalan penyelesainya.
apa faktor pertama ini? faktor pertama adalah diri sendiri yang memilih. Semua daripada kita ada kuasa untuk memilih. Anda boleh sahaja untuk memilih untuk terus hilang tumpuan tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Apa tindakan yang boleh kita buat?


Sebelum ke kelas ingatkan diri bahawa "AKU HARUS FOKUS" sebab kenapa ini perlu? sebab manusia itu sifatnya pelupa. Jika kita tidak ingatkan dan sedarkan diri apa yang harus kita lakukan percaya dan yakin kita akan tetap ditampuk yang lama. Dalam masa yang sama, sedar atau tidak kata-kata itu juga doa. anda doa supaya anda mendapatkan konsentrasi sepenuhnya. Percaya kuasa doa!

Semasa kelas.Perlu di beri perhatian bahawa kedudukan kita didalam kelas juga memainkan peranan. Saya yakin anda dan saya sama-sama pernah merasa duduk di kedudukan hadapan dan juga duduk di kedudukan belakang. Ada perbezaannya. di hadapan kita lebih fokus bukan? Rasa untuk bermain-main atau tidak menumpukan perhatian peratusnya adalah kecil berbanding duduk di kedudukan belakang. Pilihan di tangan anda.~ Pilih lahhh.

Adakalanya, apabila kita hilang tumpuan membuatkan kita mudah rasa mengantuk. Apa yang perlu anda lakukan. Keluar kelas sebentar 2 minit. apa yang anda boleh lakukan ialah ambil udara segar atau basuh muka. Mungkin anda akan fikir anda akan terlepas apa yang akan dibentangkan oleh pensyarah. tetapi cuba anda fikirkan semula. anda mahu terus mengantuk sepanjang kelas dan tidak dapat apa-apa pun atau anda cuma tidak dapat beberapa input sahaja dan mampu berikan tumpuan hampir keseluruhan kelas.?? nak rugi banyak ke nak rugi sikit???? ~ pilih-lahhhh...

banyak yang kita boleh fikirkan sebenarnya bagi menyelesaikan masalah dalam lingkungan diri sendiri..

Bagaimana pula faktor kedua?
faktor pensyarah asing dan tidak faham loghat.

Orang yang cemerlang mencari jalan bukan mencipta alasan. Jika anda berusaha untuk dengar setiap patah-patah kata pensyarah, saya yakin dan pasti anda akan dapat menangkap 'pattern' kata-katanya. permulaan mungkin sukar tetapi sedikit-sedikit anda akan faham setiap apa yang akan disampaikan olehnya.


Cari kehebatan bukan kelemahan! Cari titik kehebatan pensyarah tersebut untuk anda tanamkan rasa minat dan suka. Jangan cari kelemahan mereka sehingga buatkan anda hilang rasa minat dan menjejaskan tumpuan anda. Setiap manusia itu ada kehebatan tersendiri. Kehebatan tersebut akan membuatkan kita yakin dan percaya dengan pensyarah tersebut. Sebab kita ini dilahirkan sebagai makhluk percaya. Kita bertindak atas sebab kita percaya. Kalau anda tak percaya anda nak buat tak???


Banyak lagi yang kita boleh listkan untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Ya memang benar ada masalah yang datang dari kita dan ada yang datang dari faktor-faktor luar. Tetapi sedar atau tidak penyelesaiannya di tangan kita. anda pilih untuk terus berdiam sahaja atau bangun menentang masalah tersebut.



Sekadar ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Nak lagi??? ni kena buka sesi kaunseling la :)


Semoga berguna pada semua.Ingatlah at the end of the day, anda yang kena memilih!!! Baca sahaja tidak berguna, harus ada tindakannya. Jom sama-sama Berubah. :)







" Syahmi, Aiman Hanan ni sape?"

    " Owh, Aiman Hanan ni nama pena aku.. hehehe"

"Berangan!"

    " Ini bukan sekadar angan-angan tau."

Syahmi menggerakkan butang cursor ke butang 'publish post'. Satu lagi cerita pendek dihasilkan. Dia tersenyum puas. Bagi Syahmi biarlah bermula dari angan-angan. Bukankah angan-angan itu merupakan satu permulaan kejayaan.

Syahmi melangkah pulang ke mahallah. Sampai sahaja dibilik dia merebahkan badannya terus ke katil. Penat.

"Syahmi, ni ada surat untuk kau."

    "Surat apa?" Syahmi hairan sepanjang dia belajar tak ada pula yang hantar surat.

Sampul bertukar tangan. Dihadapan sampul tertera namanya.

Muhammad Syahmi Bin Mohd Jamil
Director of Persatuan Mahasiswa Islam Darul Ridzuan (PEMIDAR)

Invitation to our programme.

SERUMPUN
Seminar Penulisan Untuk Putra Putri Nusantara.

Tersenyum lebar. Terima kasih.












 
devianart~ rooftop by suckup. 


"Bonjour!"
     "Ya Allah, terperajat aku!" 
"Hehe. Désolé la." Nik tersenyum sumbing. Dia mengambil duduk di atas katil bersebelahan meja belajar Syahmi. Beg yang disandang diletakkan di tepi.
     " Kau ni dari mana ni Nik? yang cakap bahasa French ni mimpi apa? luar alam betul kau ni." Syahmi meletakkan pen ke dalam bekasnya. Hilang konsentrasinya untuk menulis selepas disergah oleh Nik.
"Aku dari SLEU, ada kelas bahasa."
      "Bagusnya kau, tak penat ke? kau tunggu kejap aku buatkan air." Syahmi bingkas bangun dan terus bancuh air seperti biasa. Teh Jasmine.
"Wah, bagusnya ada kawan macam kau ni Syahmi."
      "Ya lah tu. Kaki bodek!"

       Nik bangun mendekati meja belajar Syahmi. Dia cuba mengalihkan buku-buku di atas meja. Di bawah buku Guidance and Counseling, Nik ternampak sehelai kertas yang tertulis pada sudut kanannya perkataan 'hikmah' dan sebelah kirinya perkataan 'masalah'. Seolah-olah satu senarai yang Syahmi cuba buat sebagai timbang tara. Ternyata senarai di bawah 'hikmah' melebihi senarai di bawah 'masalah'.

"Apa yang kamu baca tu Nik?" Syahmi datang mendekati Nik dengan dua gelas cawan di tangan.
      " Eh, maaflah aku ingat nak tolong kemaskan meja kau ni tapi terjumpa kertas ni." Nik menyerahkan kertas tadi ke tangan Syahmi.
" owh kertas ni..."
      " Hurmm, Kenapa kamu buat list ni semua?"
"Saja."
      " Mana boleh saja. Aku kenal kamu ni bukannya orang yang aci redah je. Random macam aku ni."
"Hehe kamu ni Nik. Aku buat senarai ni supaya aku tidak lemah bila memandang kepada masalah tetapi aku akan kuat jika aku pandang pada hikmahnya."
      "oh. Hebat!"
Syahmi angkat kening double jerk.
      "Kembang la tu."
Mereka ketawa.Bahgia.

Ramai diantara kita seringkali tersungkur dipertengahan jalan, seringkali kepudaran semangat dan juga rasa lemah untuk meneruskan perjalanan kerana dihujani pelbagai cabaran, dugaan dan masalah. Semakin banyak disenaraikan semakin lemah untuk berhadapan. Terasa diri seolah tidak kuat. Rasa mahu lari meninggalkan. Tetapi berapa ramai diantara kita yang melihat kapada hikmah yang mendatang? yang memandang kepada masalah itu mematangkan, memandang bahawa masalah itu menguatkan, memandang masalah itu mendewasakan. Masalah mengajar kita erti syukur bila dalam kesenangan. pandanglah pada hikmah diakhir perjalanan anda akan dihadiahkan dengan rasa yang membahagiakan. Masakan tidak orang melayu dahulu ada berpesan "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". MASALAH BUKAN UNTUK DITANGISI TETAPI UNTUK DIPERBAIKI.





Terus Dewasa,
Kafeteria di Kuliah Education masih lengang. Jam di tangan dipandang. Baru pukul 10 pagi patutlah umat di kafeteria ni belum ramai. Hannan mengeluarkan buku dari beg. Introduction To group Counseling dibuka dan diselak dari satu muka surat ke satu muka surat. Hajat di hati mahu ulangkaji sementara menunggu kelas pada pukul 11.30 pagi tapi fikiran seolah tidak tertumpu pada buku tulisan Gerald Corey itu. Jasadnya sahaja berada di situ tapi fikirannya entah kemana melayang.

" Hei Hannan, kamu tak balik tengok mak kamu ke?" Helmi menegur kasar.
      " Tak pasti lagi lah Helmi. Tengok keadaan macam mana."
" Apalah kamu ni, mak sakit kamu boleh duduk sini. Kamu tak risau ke?" Helmi sengaja mahu menyakitkan hati Hannan. Padahal dalam hatinya langsung tidak rasa untuk mengambil berat. Soalnya sengaja mahu memburuk-burukkan Hannan.
      " Errr... Bukan macam tu. Aku....."
" Alah.. Kau tu memang suka pentingkan diri bukan? Orang lain kalau keluarga sakit cepat-cepat nak balik kau tahu." Belum sempat Hannan menjelaskan keadaan Helmi sudahpun membuat andaiannya sendiri.
" Dah la, aku blah dulu. BTW, tak payah la kau tunjuk rajin sangat baca buku ni." Helmi meninggalkan Hannan begitu sahaja tanpa mendengarkan penjelasan darinya.


Tamat sahaja kelas Introduction to Group Counseling Hannan terus membuat panggilan.
" Assalamualaikum, mak. Apa khabar hari ni?"
    "Waalaikumusalam. Mak macam ni lah cepat penat. Kau telifon ni tak ada kelas ke?"
" Baru habis kelas mak. Doktor cakap apa?"
    " Suruh mak banyak rehat, ni tengah tunggu keputusan makmal je nak tahu sakit apa."
" Oh, mak rehat lah... Ingat nak balik, tengoklah macam mana nanti."
    " Tak payah la balik. Yong kamu ada sini jaga. Kalau balik karang duit tambang lagi. Banyak pula duit nak keluar. Lagipun mak bukan sakit sangat pun cuma terlebih penat je."
    " Ok lah mak, dah zohor ni, petang karang hannan telifon lagi. Assalamualaikum"
" Waalaikumusalam"


Hannan duduk di kerusi di bawah pokok menghadap sungai gombak. Dompetnya dibuka, Hanya tinggal Rm 10 sahaja. Hannan melepaskan keluhan berat. Dia bangun dari duduknya lalu menuju ke masjid untuk solat zohor. Seusai solat Hannan mendoakan supaya diringankan beban yang dipikulnya. Tidak lupa doa untuk ibunya yang masih di hospital. Dalam sunyi air matanya mengalir. Sudah lama rasanya Hannan tidak mengeluarkan air mata. Hannan seorang anak yang lembut hatinya seolah  mencerminkan namanya.-Aiman Hannan yang bertuah dan yang lembut hatinya.

Sejak kematian ayahnya, Hannan sedaya upaya membuang rasa sedihnya. Dia berjanji takkan sekali-kali menangis. Baginya dia harus kuat. Dia harus kuat sendiri. Hanan masih ingat suatu masa dia cuba meluahkan perasaan yang ditanggung pada kawannya.

" Hei Hannan, kamu ni nama je pelajar kaunseling. Tapi emosi tak dapat nak kawal."
       " Tapi, aku juga manusia. punya rasa."
" Memanglah, tapi kau kena ingat kau tu nak jadi kaunselor mana boleh lembik macam ni, mana boleh sedih-sedih macam ni. Kau kenalah pandai jaga emosi."

Sejak daripada itu, Hannan tidak lagi mahu berkongsi cerita pada sesiapa. Biarlah rasa ini dia yang tanggung. Sepahit mana yang dirasai biar simpan dilubuk hati kerana dia tahu bahawa dia harus kuat sendiri.

Bukan dia tidak mahu pergi melawat, cuma dia memikirkan perkara yang mendatang. Perkara yang harus difikir panjang. Dia tahu andai dia pulang dalam keadaan begini akan menambah beban lagi. Sedangkan duit perbelanjaannya ditanggung oleh ibunya. Duit yang ada digunakan untuk perbelanjaan harian. Andai dia pulang, duit yang ada akan digunakan untuk tambang ke rumah. Bila kehabisan duit terpaksa pula dia minta pada ibunya.

Hannan yakin, setiap apa yang Allah aturkan adalah yang terbaik buatnya.

Dalam hatinya terus berdoa. "Mak, andai kehadiran ini hanya menambahkan bebanan, biarlah kita berjauhan. Hati ini juga yakin bahawa doa ini mendekatkan. Bukankah doa anak soleh itu yang menjadi dambaan ibu sekalian bahkan doa itu juga mampu menjadi penawar segala kesakitan."

Hannan meraup mukanya. Air matanya dihapuskan supaya tidak siapa tahu dia dalam kesedihan.
Dia meninggalkan masjid dengan senyuman.




P/S : Mak Cepat sembuh tau!!!! Nanti kita boleh pergi jalan sama-sama. LOVE U!!! :)












Newer Posts Older Posts Home

ABOUT AUTHOR

Very Good Hello! i'm Syahmi, 26 years old. Penang-Ipoh-KualaLumpur i'm a rare species. save me before i extinct.. :p

POPULAR POSTS

  • Bahang Exam
    Perasan tak cuaca sekarang dah tak selalu hujan. Kalau hujan pun tak lama dan tak kerap.  Mungkin sebab dah nak masuk Januari kowt...
  • this story about CONFIDENCE, TRUST and HOPE
    One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of pray everyone gathered and only one boy came with an umbrella. That's CON...
  • DON'T FORGET WHAT YOU PROMISE BEFORE.
    Hello guys, As you read the tittle there, it is actually about me. Blogging or writing is something that i put in my Thing-must-do list....
  • Angan & Cita
    ambition by ~7oodie (devianart) Assalamualaikum. Lama tidak menulis dalam blog. Bukan apa, banyak idea menulis hanya tersimpan dalam draft ...
  • The Power of Apps.
    Hello, hahaha once the mood come, terus tak berhenti kau tulis entry ye.. Tulis entry ni pun sebab my friend asked me to help him pro...
  • Andai Bisa.
    Pandang sahaja pada matanya Mungkin kau bisa merasa.. Keperitan dan kesedihan yang dirasa Pandang sahaja matanya Mu...
  • There's Only Today.
      Hello Malaysia! Semalam menjadi sejarah sekali lagi satu perhimpunan telah diadakan. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 organi...
  • Tahun 2013
    Untung Orang lahir tahun 1990. Mudah kiraan umurnya. 2013 ---- 23 tahun Syukur masih lagi di sini. Untuk hidup 23 tahun yang di beri....
  • CUNGKIL atau GILAP??
    CUNGKIL? GILAP? Huhu.. Apa ni? Tertanya-tanya tak? tak da kaitan dengan kerja-kerja carigali yang perlukan kita mencungkil dan menggilap...
  • FIRST PAPER YANG MERESAHKAN!!!
    Semalam exam final. Sangat cuak bila first paper... takut bila apa yang dibaca tak keluar. Dalam resah gelisah tu boleh pulak tak jumpa temp...
Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (37)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (41)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (15)
    • ►  January (9)
  • ▼  2011 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ▼  October (6)
      • BUDAK CIKGU!
      • DENDAM!
      • SOAL RAKAN : TUMPUAN
      • SERUMPUN
      • Pandang pada hikmah bukan pada masalah.
      • Senyuman tak semanis kurma
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)

Follow us

award dari kak ummu

award dari kak ummu

Copyright © 2016 Still chasing pavements.. Created by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates