Still chasing pavements.

Hampir bertahun-tahun tidak menjejak kaki ke negeri Kelantan.. finally i been there for three days. thanks pada kawan2 yang sudi ajak, sponser tempat tinggal, makan dan jadi my tourist guides sepanjang dekat sana?


Sorry guyzzzz... no photos taken by me. :) hurmm rugi pula tak ambil gambar kalau tak boleh la tunjuk tempat-tempat menarik dekat sana.

Hari pertama tak berapa awesome sebab bus rosak! haha ingat bolehla sampai Kelantan awak dalam pukul 5 petang. disebabkan terpaksa tunggu another bus untuk datang ambil perjalanan jadi 12 jam! fuhhhh memang penat badan-badan. Tapi, tak tahu kenapa malam tu tak boleh tidur dan asyik terjaga... mungkin terlalu excited nak berjalan esoknya atau memang tak biasa dengan tempat tidur baru. :)

hari kedua.. pagi-pagi lagi dah bersiap dan tunggu my friend datang ambil. So, tempat pertama di tuju ialah KB Mall.. pusing-pusing sementara tunggu kawan saya seorang lagi... Next, dah penat jelajah satu KB Mall.. masa untuk mengisi perut.. Mencari tempat makan tengah hari. Kitorang pergi Restoran Yati Ayam Percik. Kawan saya cakap restoran ni famous dan makanan dia best. Memang mula-mula masuk kedai tu memang ramai jugaklah pengunjung. Kitorang order nasi kerabu dengan ayam percik. 10 bintang untuk restoran ni!!!!
lepas makan singgah solat Zohor then sambung jalan-jalan dekat PCB... makan-makan2 sampai petang. Petang terus singgah rumah kawan saya di Pasir Pekan. Makan-makan dan solat Maghrib. Malam sambung lagi berjalan-jalan di wakaf che yeh... ok dunia sangat kecil.. dekat pasar malam di wakaf che yeh ni la saya jumpa my old friend..kawan zaman tadika dulu.. tak sangka. huhu dan ada lah beberapa kawan-kawan di UIA juga yang terserempak.. :) Habis round-round dan beli apa-apa yang patut balik rumah dan berehat.

Hari ketiga (last day).... huhu kejap je dah hari ketiga. hurmm so hari ini keluar awal pagi sebab nak breakfirst dekat Pasar Siti Khadijah... huhu pagi-pagi lagi dah makan laksam. Lepas breakfirst kitorang terus bertolak ke Rantau Panjang!.. wahhhhh ramainya orang.. pening-pening tengok orang ramai yang beli barang... ye la.. barang-barang dekat sini murah. huhuhu saya pun ada jugalah membeli-belah untuk family dan kawan-kawan rapat.. :) Petang tu singgah solat di Masjid Beijing dan Makan di Restoran Wau... Dan pukul 9.30 mlm bergerak balik Ipoh.. :)

Thnks kawan2!
Anisa Aiysha mengetuk pintu yang berada dihadapannya. Dia memberi salam sambil mengetuk pintu buat kali kedua. Tidak lama kemudian pintu dibuka, Nur Akmal berada dihadapan membelakangi pintu.

"Aisyh, maaflah aku tertidur tadi. masuklah" Nur Akmal mempelawa Anisa Aiysha untuk masuk ke ruangannya.

"Apalah tidur petang, otak bengap tau nanti." Anisa Aisya meletakkan satu bungkusan diatas meja belajar Nur Akmal.

"Ni ada aku bawakan buah tangan untuk kamu ni. Boleh kita minum petang sama-sama. Kawan-kawan bilik yang lain mana Kuma?" Aiysha bertanya sambil melihat sekeliling bilik yang tidak ada sesiapa melainkan dia dan Nur Akmal.

"owh.. Entahlah diorang pergi jogging agaknya..Susah-susah je kamu bawa semua ni. Hurmm, Kamu dari mana ni?"

"Aku baru balik usrah"

"Usrah? tak penat ke lepas kelas terus pergi usrah bagai lepas tu malam karang kau mesti ada meeting, lepas tu kau ada pula masa nak update blog lah.. tulis novel la.. macam-macamlah lagi...ha dan tak boleh tahan ada pula masa kau nak melawat aku ni. tiba-tiba pula tu. Otak random habis!" Nur Akmal menuangkan air ke dalam cawan.

" Hurmm Kuma, aku tak pernah rasa penat kalau aku betul-betul suka buat benda tu. Contoh la kan.., kau bercinta dengan someone yang kamu suka.. kamu mesti tak jemu nak jumpa orang tu hari-hari walaupun masa tu kamu teramatlah penat. sebab kamu dah gilakan dia. Aku pun sama dah gila dengan apa yang aku nak buat." Anisa Aiysha buat kening double jerk!

"Setuju dengan kau! cuma part yang example tu yang aku tak berkenan. Bila pula aku bercinta?? Kalau aku bercinta pun taklah segila mcam tu tau!"

"Alah.. tu contoh je. aku tahu kamu tak macam tu." Anisa Aisyha menarik mesra kedua-dua belah pipi Nur Akmal.

"Eeeee, Janganlah tarik.. nanti lagi tembam la pipi ni." Nur Akmal mengaduh dan mereka tertawa bersama.

*********

Oke!!!! sebenarnya tak ada idea mcam mana nak ilustrasikan apa yang dalam kepala ni dalam bentuk yang santai. so that all people who read this entry can understand well. Sebab tak semua yang boleh hadam sehadam hadamnya bila kita bercakap sesuatu perkara dengan nada bahasa yang terlalu akademik. Sesetengah orang akan faham bila kita beri dalam bentuk jalan cerita dan saya sangat failed dalam membuat jalan cerita! saya tak la sekreatif mana. Tapi saya tahu saya mampu! (confidence tu penting) :)

Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan adalah kita takkan sesekali mengeluh dengan segala tanggungjawab yang kita ada dan yang paling penting kita akan sentiasa mencari ruang-ruang untuk mengisi kekosongan dalam kehidupan kita supaya kita akan jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat apabila ada dua perkara dalam kepala kita dan dia buat kita jadi orang yang betul-betul gila@fanatik iaitu :
             
                       1) Kita rasa setiap yang kita lakukan belum tentu diterima Allah.
                       2) Kita rasa yang kita dah tak ada masa atau mungkin kita tak sempat lagi nak buat perkara tu
                           bila kita diambil nyawa oleh Allah.


Betul atau tidak kita tidak tahu yang setiap amalan yang kita lakukan benar-benar diterima Allah. Maksud saya kita tak tahu semua yang kita buat tu mampu atau tidak jadi imbalan yang membuat kita ke syurga. Mungkin sahaja kebaikan yang kita buat itu langsung tidak dapat menandingi dosa-dosa yang telah kita lakukan. Kita juga tidak sedar bahwa kadang-kadang kebaikan yang kita buat mungkin sahaja bukannya ikhlas dari hati. Dan untuk itu, selagi mampu dan selagi daya kita kena terus positif dan percaya dengan melakukan seberapa banyak kebaikan yang mampu menjadi saham kita di akhirat kelak. Usaha untuk melakukan kebaikan itu lebih penting dan segala natijahnya itu serah kepada Allah dan dekat sinilah sangat penting untuk kita bersangka baik dengan-Nya. Jangan disebabkan kita tidak tahu amalan yang kita lkukan itu tidak diterima kita terus pula meninggalkan buat kebaikan. JANGAN! ingatlah.. niat yang baik juga sudah diberikan pahala apatah lagi bila anda melakukannya.

Kita juga akan melakukan banyak perkara dalm hidup kita bila kita tahu kita tak sempat untuk melakukannya.  Kalau tidak buat hari ni bila lagi? kalau bukan sekarang bila lagi? kalau tidak disini, diamana lagi?
Tidak susah untuk kita mencari ruang-ruang yang mampu menjadi amal jariah kita yang bisa memberi pahala berpanjangan.... Anda hidup dalam dunia teknologi... Jadi kreatif dengan buat video dakwah dan upload dekat youtube atau awk sangat kreatif dalam penulisan. Go and write it in blog... siapa tahu itu bisa menjadi bekal anda di akhirat..

Hidup ibarat satu ladang tanaman yang kita perlu bercucuk tanam. Terpulanglah anda nak tanam pokok apa.. pokok durian, rambutan, sayur-sayuran hatta pokok bunga sekalipun tanamlah asalkan tanaman kamu itu memberi manfaat baik untuk kamu mahupunorang keliling kamu. kerana diakhirat nanti adalah musim menuai... disitu kita akan lihat tanaman siapa yang mendatangkan hasil yang banyak dan tanaman siapa yang tidak mendatangkan hasil malah layu ditengah jalan. :)

Mungkin juga ada yang kata, kita ni manusia kadang-kadang rasa lemah, malas, rasa hilang motivasi dan segala macam rasa yang menghalang kita daripada untuk meneruskan apa yang kita nak lakukan... ini untuk anda selalulah pandang pada hikmah dan bukannya masalah.. boleh baca entry saya yang dulu bertajuk :

pandang pada hikmah bukan pada masalah

Ok! sebelum saya bercakap macam-macam hingga semua jadi tidak faham.. sebelum madah menjadi kata-kata diluar petala alam. baik saya tekan butang 'publish post' sekarang.!



p/s: masih dalam mood exam.. sorry kalau entry saya ni nampak tidak tersusun baik dari segi idea, bahasa dan olahan cerita.. :) yang penting aku ada. kau??????  peace yawww!

terus berlari,
Back to School??? me? No laaaa....
Actually, entry ni saya nak post time awal-awal daftar adik saya ke sekolah. Disebabkan beberapa perkara yang saya fokuskan hingga menyebabkan entry tentang ini tersimpan dalam draft sahaja. :)

Mak called rigth after hantar adik saya pada hari pertama persekolahan dia. Mak bagitahu yang Adriana demam! oke... pity her..... Mesti rasa tak best untuk first day school! mak pun cakap dia macam tak semangat je.

Paling kesian dekat dia bila mak cakap dia tak pandai beli makanan dekat kantin!

Tak pe beb.. nanti lama-lama pandailah. Tak pun bawa bekal je.. :)

Teringat pula, zaman sekolah dulu-dulu.
Saya sekolah dekat kampung. Tinggal dengan atuk dan nenek. Memang dari kecil tinggal dekat kampung dan tak hairanlah kenapa saya dan adik saya berbeza dari segi kebolehan dalam menyesuaikan diri dengan keadaan.

Comel kew??? yewww.. x pun!

Beb! beg kau x leh voke lagi??

This picture was taken during the orientation day for darjah 1

Dah Besar dah dia,,,,


SK Tarcisian Convent


Adriana muka sedih!



p/s Dapat hadiah basikal warna merah dari mak.. sebab dapat no. 1 dalam kelas.. :0

season_of_changes_by_suvetar
devianart


Tahun 2012 menampilkan wajah baru 'jiwa hanan'.. wajah baru katanyeeeeee....

Rasanya warna putih lebih sesuai sebab bila nak baca pun tak lah serabut ayam sangat kan. dan header page pun saya dah tukar dengan gambar ala-ala berangan di atas awan. baru lah sesuai nak berlari kelangit.

Lebih nampak matang... kata siapa??? Kata Kau!

Lupa pula nak capture yang sebelum ni punya.. boleh buat perbandingan dengan sini..

Saya akan belajar untuk membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
BTW, kalau anda perasan cara penulisan dan entry2 yang ada dekat blog ni pun dah macam berubah.Sebenarnya tak berubah. cuma tahun ni saya rajin update tentang apa yang berlaku dalam kehidupan saya. Contoh : New year.., Exam final.., Study..., Wajah baru..... kalau nak banding dengan dahulu saya banyak tulis dalam bentuk cerita yang direka untuk sampaikan topik yang hendak dibawa.. lagipun masa tu mendapat inspirasi daripada Majdi Nadwan. Dia sangat pandai dalam pengolahan ayat serta pembawakan cerita juga sangat menarik bagi saya. Dia ada bakat dalam menulis.

Pada tahun lalu saya membuat keputusan untuk tidak dijadikan blog ini tempat saya mendedahkan aktiviti harian saya.. Cuma tahun ini saya tidak lagi berpegang dengan keputusan yang lalu. Salah satu sebabnya ialah saya mahu melatih diri supaya tidak membiarkan blog saya bersawang lama-lama. Kalau perasan saya punya post entry tahun 2010 dengan 2011 berjumlah yang sama 22 posts! hahahahahaah. walaubagaimanapun, untuk setiap entry post, saya akan pastikan yang didalam setiap perkara yang saya post tidaklah perkara yang memburuk-burukan orang yang bisa menjadi dosa kepada saya.. (Jika ada tegur2 lah...takut terlepas pandang)

Saya juga tahu bahawa blog saya bukanlah ramai pengunjungnya seperti blog beautifulnara.....tapi saya tahu..saya masih ada kawan-kawan yang baca setiap patah yang saya tuliskan.. macam roomate saya Nik Muhammad Faris yang kadang-kadang suka bagi pendapat dan cadangan yang random! tapi, saya hargainya sekurang-kurangnya saya belajar something yang berguna. :)

Terus Bermimpi...,
Semalam exam final. Sangat cuak bila first paper... takut bila apa yang dibaca tak keluar. Dalam resah gelisah tu boleh pulak tak jumpa tempat exam. OK FINE! --> pengajaran datang awal!!!!!!

Alhamdulillah.. Semua soalan dapat jawab.. tapi tak sure la boleh dapat markah tinggi atau tak. 2 soalan pun dah 20 markah, bayangkanlah berapa banyak kena goreng!

Sangat-sangat meresahkan bila tengok ramai yang keluar awal! oke fine.. hebatnya diorang.... Saya memang jarang keluar dari dewan peperiksaan terlalu awal. Bagi saya, kita tidak tahu mungkin disaat-saat akhir Allah beri ilham kepada kita untuk menjawab soalan. Kadang-kadang saya keluar awal juga bila saya betul-betul yakin dengan jawapan yang saya tulis. :)

Ok, Esok dua paper sekali gus! oke ni bukan meresahkan lagi.. ini benar-benar buat hati berdegup kencang ala-ala luar alam punya style!

p/s : mlm ni final MASTER CHEF MALAYSIA.. *tiba2*

Love this song pretty much!!! 


Ku Mohon ~ shiela majid

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu


Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku

untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku




Yahhh... I'm still blogging even in the study week and the examination is just around the corner! itu tak masuk lagi masa yang digunakan untuk facebooking dan saya tersangatlah rajin mengepost status2 di FB...

Tak tahu mengapa sejak akhir-akhir ni rajin pula update status kat FB.. dah rasa macam melepaskan gian pula. Tak kisah orang nak kata saya syok sendiri ke.. apa ke.. ~peduli pun tidak!

Saya bakal menempuh peperiksaan akhir untuk semester ini. dan.... saya masih berjuang menghabiskan nota-nota yang belum dibaca......

terima kasih juga pada kawan saya yang sama-sama sudah pening tahap petala ke-8 : Aisyh...., Kuma dan Lala setia memeriahkan suasana study saya!






Dah tahun 2012 dah??? Macam biasa.. klise sgtkan 'tahun baru azam baru'... Saya??? azam saya bukan bermula  pada tahun baru.. tapi setiap hari... mmg setiap hari saya berazam untuk jadi org yang lebih baik. mungkin sesetengah orang azamnya lebih realistik barangkali. maksud saya lebih jelas nampak.. mungkin dari sudut pencapaian, kecemerlangan, target barang-barang yang mahu dimiliki.. mungkin juga ada azam yang ingin mengubah status dari SINGLE ---> MARRIED..

Walau sudah terlewat beberapa hari untuk post berkaitan dengan Tahun Baru.. tapi tidak salah bukan andai saya menganggap hari-hari adalah tahun baru bagi saya.

Kalau tanya saya apa azam saya??? terlalu banyak untuk disenaraikan..
tetapi yang saya mahu kongsikan.. 1 buku dihasilkan dalam tahun ini..







Hari ini saya di beritahu oleh sahabat saya, najmi mustaffa tentang seorang pelajar UIA Nur Jamilah karyanya yang berjudul 'friends forever berjaya diterbitkan buat kali pertama.. Ok! saya CEMBURU...!


Saya memang bercita-cita untuk menerbitkan buku sendiri.. bukan untuk mengejar glamor mahupun kemewahan tetapi adalah disebabkan kecintaan saya dan keghairahan saya dalam bidang ini. Saya gembira jika saya dapat kongsi apa yang saya rasa.. apa yang saya fikir apa yang saya angankan..Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa tidak ditulis sahaja di blog..Kenapa mesti buku sahaja? pasti ada yang meragui niat saya. Saya hanya melihat kepada keterbatasan saya dan juga pembaca. Mungkin dengan adanya buku, saya bisa bercerita kepada semua walau tiada bekalan elektrik sekalipun. Semua mampu membaca karya saya walau tiada perkhidmatan internet sekalipun. Sekurang-kurangnya kelak saya ada buah tangan untuk anak-anak saya bila adanya buku. :)  Andai saya ikhlas bisa sahaja ia menjadi penambah pahala buat saya. Masa akan terus berlalu, meninggalkan kita, dan rugilah kita kalau gagal mengutip pahala dan hanya menggalas dosa! 


Pernah sahaja bila saya suarakan hasrat ini, ada yang ketawa, ada juga yang menyindir sinis. Mungkin mereka beranggapan bahawa angan saya tidak mungkin bisa menjadi kenyataan. saya juga tidak menidakkan bahawa ada kawan-kawan yang memberi sokongan dan galakan. malah menyumbang idea terhadap cerita-cerita yang patut saya bawakan. Tetapi bagi saya, bak kata IMAEN Sebarang kata puji yang cuba mengangkat saya setinggi Everest atau sebarang nista keji yang mencampak saya ke jurang sedalam Marianas Trench tidak akan mengubah apa-apa. Ya! saya tidak apa-apa. 




Ada yang mengatakan otak saya random! ikut sahaja kata hati, main aci redah dan sukar untuk dijangkakan. Tetapi bagi saya, tidak salah saya punya mimpi...andai bisa saya berlari ke langit mahu sahaja saya coretkan segala apa yang saya rasa..biar semua yang berada dibumi mampu membaca isi hati saya. seperti kata Iman xara, Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara... Kalau tidak dapat hasilkan buku sekalipun, saya masih ada ruang untuk menulis dimana-mana seperti blog, Fb... atau mungkin saya bisa menulis dilembaran-lembaran kertas lalu saya masukkan ke dalam botol kosong dan campakkan ke laut...untung-untung ada yang membaca dari jauh.




UNTUNG SABUT TIMBUL...UNTUNG BATU TENGGELAM... UNTUK SAYA???
BOLEH JADI TIMBUL DAN MUNGKIN JUGA BOLEH TENGGELAM..... siapa tahu.. rencana Tuhan untuk saya. :)




TERUS BERMIMPI,
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT AUTHOR

Very Good Hello! i'm Syahmi, 26 years old. Penang-Ipoh-KualaLumpur i'm a rare species. save me before i extinct.. :p

POPULAR POSTS

  • Andai Bisa.
    Pandang sahaja pada matanya Mungkin kau bisa merasa.. Keperitan dan kesedihan yang dirasa Pandang sahaja matanya Mu...
  • Bahang Exam
    Perasan tak cuaca sekarang dah tak selalu hujan. Kalau hujan pun tak lama dan tak kerap.  Mungkin sebab dah nak masuk Januari kowt...
  • this story about CONFIDENCE, TRUST and HOPE
    One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of pray everyone gathered and only one boy came with an umbrella. That's CON...
  • There's Only Today.
      Hello Malaysia! Semalam menjadi sejarah sekali lagi satu perhimpunan telah diadakan. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 organi...
  • DON'T FORGET WHAT YOU PROMISE BEFORE.
    Hello guys, As you read the tittle there, it is actually about me. Blogging or writing is something that i put in my Thing-must-do list....
  • Tahun 2013
    Untung Orang lahir tahun 1990. Mudah kiraan umurnya. 2013 ---- 23 tahun Syukur masih lagi di sini. Untuk hidup 23 tahun yang di beri....
  • The Power of Apps.
    Hello, hahaha once the mood come, terus tak berhenti kau tulis entry ye.. Tulis entry ni pun sebab my friend asked me to help him pro...
  • FIRST PAPER YANG MERESAHKAN!!!
    Semalam exam final. Sangat cuak bila first paper... takut bila apa yang dibaca tak keluar. Dalam resah gelisah tu boleh pulak tak jumpa temp...
  • Kem Pemantapan Kokurikulum SVIAN
    Habis je program dengan anak-anak PKNS hari tu, Terus sambung join program Kem Pemantapan Kokurikulum Seksyen 5 Wangsa Maju di Kuan...
  • JOM BELAJAR JAHIT MANIK
    Hello there... Sekarang jahit manik dekat baju dah common kan?? but still ada yang gigih pergi tempah dengan orang since you guyz tak pand...
Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (37)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2012 (41)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (15)
    • ▼  January (9)
      • Situ... Sana... Sini....
      • 2 Perkara Buat Aku Jadi 'Gila'!
      • BACK TO SCHOOL!!!!!
      • JiWa Hanan Berwajah baru????
      • FIRST PAPER YANG MERESAHKAN!!!
      • Ku Mohon..
      • blogging when exam just around the corner!
      • Tahun Baru 2012
      • Saya Cemburu
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)

Follow us

award dari kak ummu

award dari kak ummu

Copyright © 2016 Still chasing pavements.. Created by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates