Still chasing pavements.


I will always love you ~Whitney Houston

Memenuhi ruang-ruang kosong kehidupan...

Bukit Bintang-ing around......
Ngee dah lama tak pergi sana... tadi my classmate Aizuddin ajak teman dia ke BB.

Lepas solat zohor bertolak terus dari Stesen Gombak ke stesen dang wangi lepas tu ambil monorel ke Bukit Bintang.

Aizuddin yang gumbira dlm LRT


Cadang nak makan pizza hut....last-last tak jumpa dan perut pun dah lapar sangat-sangat. Terus je masuk kedai nama 'VONO' dekat Times Square tu.. Apa punya nama lah.....~

Order-Ambil gambar-Makan



Semangat mencari menu yang terbaik...


saya mmg failed kalau bab pilih menu nieyhh


 Starter






main menu :) nyum3









Hahaha Seraaaannnng!!


Jom makan :P


 Muka kekenyangan!

 Lepas habis makan.. Apa lagi round-round cari apa yang patut.. Ada la barang-barang yang saya beli. 

Antaranya ialah.... :

 
Tuh dia....... Dua pasang seluar, t-shirt dan sepasang kasut    



Lepas je beli barang semua singgah Kinokuniya dah mcm tempat wajib singgah jew... tak beli buku pun... tapi..... dah survey nak buku apa... grrrrr ada tak yang nak tolong belikan buku ni??? 

 Sudah puas duk tengok-tengok buku terus balik UIA...Sebelum balik bilik singgah dengar ceramah agama sekejap... huhuuhu 

 
 Lengkaplah hari saya........

Sampai je bilik terus demam. okeyh... kesian kat badan ni... kene rehat.. :)

 

Apa lah kena dengan tajuk entry saya kali ini.. HuHuHu.
Tak da.. nak bagitahu yang saya join contest lagi buat kali kedua.. Haik!! ngeee bilamana idea mengupdate tak hadir dlm mr. otak saya ni... so, join la contest2 yang ada... :)

Contest ni nama dia... Contest aku suka makan coklat! huwarrrrggggghh Coklat kowt... kecur air liur beb!
Saya di invite untuk join this contest from Chocosweeties. dibawah ini logo contest..:



 

a little bit about this contest...

contest ini diadakan oleh chocosweeties..... and of course ada cara2 dia... antaranya ialah :

· Follow Blog chocosweeties
· Copy and paste gambar di atas beserta link blog ini
· Buat satu entry mengenai Contest Aku Suka Makan Coklat !!
· Berikan sebab kenapa anda suka makan coklat
· Tag 3 blogger lain
· Tinggalkan link entry anda di Comment Box
hurmmm next..kenapa sebab saya suka coklat???

oke... one thing yang i figure it out is.. masa kecik-kecik dulu my mom memang tak beri makan coklat sebab nak jaga gigi kami adik beradik. memang dari kecik kitorang tak de masalah gigi yang teruk. dan bila dah besar ni sebab tu agaknya pantang nampang coklat terus jadi tak tentu arah... kecur air liur (meleleh-leleh) kira sebab nak qado' kempunan masa kecik-kecik dulu :)

kedua.. ramai yang kata coklat boleh hilangkan stress dll.. tapi bagi saya.. coklat ni memang seperti nafas saya.. memang saya perlu... sebab saya memang seorang yang aktif dan sangat perlukan tenaga. jadi coklat la benda paling senang saya nak dapatkan tenaga. Biasanya Snickers la saya beli.

ketiga sebab saya dah jatuh cinta dengan coklat kowt.. owh tidak!!!!!!!!!! hahahaa :P

Saya tak tahu kenapa saya memang 'gila' coklat.. mungkin setiap gigitan pada coklat tu bawa kenikmatan yang hanya saya sahaja tahu bagaimana rasanya.

 Haaaaa Nampak x first adevertisment tu tentang apa????? MyChocs!!!!!! hahaha saya tak kan lepaskan peluang!!!! jom datang kampus saya.. UIAM kita serbu gerai coklat! auuum!

jadi untuk ini saya nak tag kwn saya :
1.fatin
2.maisarah
3.ain







silent by Wredna : devianart
Melangkah sendiri..
Melangkah dengan hati sepi..
Sepi dari segala emosi...
Entah apa yang telah terjadi....

Melangkah sendiri..
mencari sesuatu yang tak pasti
bagai mencari diri..
dalam gelap bukat duniawi....

Hati sepi...
Oke... Ini semua kerja randomness. Dalam tengah-tengah browse-browse blogs, baca-baca dan suddenly terbaca entry pasal this contest by Khairina Hairuddin.

The Title of the contest is "I am Malaysian cool blogger".. Saja-saja la nak join. Tak pernah lagi join Contest oke sejak ada blog ni. :)


CuTe kan dia punya banner.. :)  Nak tengok tuan dia punya blog?? just click pada nama dia dekat atas tu..

Untuk sertai contest ni cara dia senang sahaja :

Cara-cara untuk join



♥ Like Fanpages Blog khairina. ' When the Sun goes down ' (wajib)
♥ Follow blog Khairina Hairuddin (suka hati awak)
♥ Click Churp Churp khairina yang terapung macam belon tu, duit untuk pos kan hadiah.
♥ Buat satu entry.
♥ Anda hanya perlu letak banner yang dirrect link ke contest ini
♥ Tag tiga orang rakan anda, pastikan mereka tahu.
♥ Sudah siap ? Berikan link post di comment entry ini.

Hadiah

♥ First Winner: Top up and Handphone Case with Handphone Strap&Keychain
♥ Second Winner: Handphone case with keychain and Brooch flower
♥ Third Winner: Handphone strap with brooch flower

Pemilihan pemenang
♥ Blog yang cool .
♥ Blog yang tak serabut.
♥ Blog yang ringan gila :P


Actually, tak pasti la blog saya layak atau tak kalau berdasarkan pemilihan pemenang. Blog yang cool... define cool please..... yang tak serabut.. oke.. rasanya yang ni betul kowt.. sebab saya tak banyak gadget yang saya letak. Blog yang ringan gila.... ha yang ni saya tak tahu dia nak ukur berat macam mana.. pakai penimbang apakah???  
Lastly... saya nak tag these persons :

1)momods
2)fatin
3)izz

OKE I'M DONE......






9 FEB...

Sepatutnya saya post tentang hal ini 9hb yang lepas. memandangkan broadband saya dah limit tak bayar bil tak boleh la nak berblog.

Saya hanya nak ucapkan selamat hari lahir untuk kakak saya!

Dia la kawan saya dari kecil... masa kecik-kecik dulu kami dua beradik je. Saya yang bongsu. Gaduh dengan kakak, Main dengan kakak, belajar dengan kakak, kena marah dengan mak pun dengan kakak..Panjat pokok dengan kakak... even menangispun sama-sama.


Sekarang masing-masing dah besar.... Saya pun dah tak jadi bongsu.. Cepat masa berlalu....

SELAMAT HARI LAHIR YONG!

NAME 7 THINGS THAT MUST ALWAYS BE IN YOUR BAG

~ handphones
~ Dompet
~ Novel
~ Pencil case
~ Planner
~ kunci bilik
~ Nips :)



Name 3 things you do when you're
really stressed:

~ tido
~ On9
~ makan

Name 5 favorite fruits:
~ mangga
~ jambu
~Durian
~ .......
~.......
Name 3 things you are wearing rightnow:

~ pijamas... dah tyme nak tidur ni...
~
~
What are you thinking about right now?

~ Esok nak buat apa yer n apa cerita terbaru kat cinema?????

Where is your phone?

~ left side of my laptop

Where do you sleep?

~ atas tilam


What kind of cell phone service do you have?

~ Celcom prepaid.

What is the closest item near you that is white?

~ kertas A4 untuk mengajar esok.

What is the last movie you watched?
~ The charmed one


:::::THE STRANGE ELEVEN::::

Eleven odd facts about yourself:

1. Are you photo addict?
~ Nak jadi.. tapi camera tak de... bila dapat camera kat tangan.. memang snap je keje

2. What were you doing this morning at 8am?
~ ZzZZZZ

3. Do you care for your facebook?
~ Yupz!!!

4. How many different beverages have you drank since yesterday?
~ Goodday fresh milk. teh o ais. plain water. barli.orange original float.

5. What are three things you wish to change about yourself?
~ More Saving!

6. What do you wish for?
~ Nak Handphone baru since handphone rosak masuk air...

7. When was the last time you got really hurt?
~ sebelum start sem ni!!! a week before!

8. Any plans for tonight?
~ tido awal. esok nak g mengajar kul 8.

9. Something you are excited about?
~ entah... tak terfikir pula skrng..

10 . What is your favorite flavor of ice cream?
~ Vanila...

 Tagging rules:
  1. Each blogger must post these rules.
  2. Each blogger starts with 7 things yang mesti ada dalam bag anda
  3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their seven things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose seven people to get tagged and list their names Buat link blog dekat nama dia so that orang lain boleh terus baca blog dia. one of the strategies untuk tolong promote kwn2 punya blog.
  4.  Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged and to read your blog
  5. Jangan lupa link kan blog saya.. yang awak dapat tagged ni..

nak tag:
  1. MAISARAH
  2. FAUZAN
  3. APIS
  4. LESUNGDIPIPI
  5. ADANDO
  6. ISKANDAR
  7. Siapa-siapa yang baca.. ye... kamu lah.. tagged la tau!


Assalmualaikum semua.

Maaf sebab sudah empat hari tidak update blog. Sebabnya UIA start semester II pada 8hb hari tu. Jadi bila sudah mula semester baru... Saya pun sudah mula sibuk dengan kelas, meeting, dan kerja-kerja di kampus.
Banyak yang saya nak cerita pada sesiapa sahaja yang baca blog saya. :)
Untuk post ini saya nak cerita tentang hari pertama kelas.

Kelas saya bermula hari rabu yang lepas. kelas Moral from Islamic Perspective. Lecturer saya nama dia Dr Afareez. Dia penulis buku Misteri Firaun keluaran PTS. Google and find out!
Ok. Untuk pengetahuan korang... Saya lambat ke kelas pertama.... My bad.. sebab sebelum kelas start saya pergi settle urusan di Mahallah (kolej kediaman), ingatkan tak ambil masa yang lama. hehe.. dengan muka penuh yakin masuk je la kelas. dapat duduk belakang! ok fine....Saya memang tak suka duduk belakang: grrrrrr.. Bila dah duduk tu, Pensyarah tanya : "Siapa nama awak?"
"Errrrr.. Muhammad Syahmi."
"owh Kamu la budak yang pandai tu kan?"
Saya dengan terpinga-pinga dan ternganga-nganga dalam kepala fikir 'Dia ni perli aku ke apa'??? tahu la aku masuk lambat jangan la perli sampai mcam tu sekali.
memang confius dibuatnya.. Nak kata pensyarah saya puji bunyi macam sarcastic! nak kata perli.. muka macam ikhlas habis.
Kalau otak fikir negatif.. Dia memang perli aku..... sebab datang kelas dia lambat!
Kalau fikir ala-ala  sedapkan hati sendiri.. Agaknya dia nampak potensi aku mcam budak pandai kowt.. Baik Ameen kan cepat-capet.. Untung-untung Allah makbulkan doa.. jadi budak pandai aku!
Kalau fikir ala-ala gosip.. ni mesti budak-budak kelas "mengumpat" pasal aku sebelum aku masuk tadi.
Hahahah.. otak ni dah ala-ala penganalisa situasi dah.. aiyoo ni gara-gara saya tengah buat assigment berkenaan Emotion Intelligence la ni.

Tak kisah la apa-apa pun. Yang penting saya sangat bergembira kelas dah mula...Sebab saya tahu.. Saya bukan si bijaksana.. Saya tetap saya yang setiasa Belajar dan tak pernah rasa pandai.
Doakan saya yer.. :)
"Naj! kau buat apa tu? awal-awal sem lagi dah sibuk menulis " Faezah menyapa. Dia duduk bertentangan dengan Fatin Najmi.
 " Tak buat apa-apa. Macam mana hari pertama kelas?" Fatin Najmi bertanya. Dia berhenti menulis dan menutup buku dihadapannya.
" Ok! Ok lah.. Best, cuma aku tak puas lagilah cuti.. Sekejap sangat aku rasa" Faezah mengeluh.
" Ala.. Biasalah awal-awal sem ni mesti rasa macam tu, nanti dah dua tiga hari ok la. Awal sem ni la kau kena ada semangat. Kalau awal-awal lagi dah lemah macam ni macam mana nak sampai ke destinasi?" Fatin Najmi balas.Ikhlas.
" Amboi... Dekat depan aku ni rasanya bukan Naj yang aku kenal lagi dah. Depan aku ni pakar motivasi agaknya" Faezah ketawa menampakkan giginya yang tersusun cantik.
"Kau ada je nak mengata aku! Hurmmm aku nak tanya kau ni. Kau ada cita-cita?"
" Ni sesi kaunseling ke sesi temuramah ni?" Faezah tersenyum sambil mengangkat kening double-jerk.
"Ah jawab je la.." Fatin Najmi bersungguh.
"Aku juga manusia" Faezah balas.Ringkas.
"Tapi, tak semua manusia ada cita-cita, kadang-kadang diorang pun tak tahu apa yang diorang inginkan" Fatin Najmi cuba memanjangkan perbincangan.
"Itu manusia tak ada jiwa"
"owh. ada betul juga kata kau tu." Fatin Najmi menarik nafas dalam.
"Kau kenapa tanya aku semua ni? Kau pula apa cita-cita kau?" Faezah pula bertanya soalan yang sama.
"Ada.. cita-cita aku nak jadi penulis. Tapi.. aku malu lah, sebab aku bukan hebat sangat berkata-kata. walaupun aku teringin sangat nak jadi penulis tapi kalau tulis cerita pun tak sehebat mana. Apa orang kata?"
" Kau tahu tak Naj perkara yang paling menyedihkan dalam hidup ni bila kita kena hidup atas dasar 'nanti apa orang kata'. Kenapa kamu perlu fikir semua tu. Tak perlu malu. Tulis je tentang apa yang kamu tahu. Lama-lama mana tahu jadi buku. Awal-awal mungkin la tak hebat mana tapi kau jangan lupa practice make perfect!"
"Amboi sekarang sapa pula yang pakar motivasi ni?"
Faezah angkat kening double-jerk.Muka bangga. Mereka ketawa.
Fatin Najmi masukkan bukunya kedalam beg dan bersiap untuk beredar.
"Eh, kau nak kemana tu?" Faezah bertanya.
"Menulis!" Fatin Najmi balas.Ringkas.
Faezah tersenyum dan menggelengkan kepala. Dia melihat Fatin Najmi mula beredar.

***********

Tak tahu sebenarnya nak cerita pasal apa. Huhu cuma tadi saya berjumpa dengan kawan saya di kafe. Dia tanya bila nak update cerita. Hahaha. nah dia cerita untuk awak! dan saya ada baca artikal wani ardy dan saya sangat suka dengan kata-kata dia. :
Treat your writings like they’re your children. Don’t be ashamed of them. Kalau dia cacat pun tak payah sorok. Kalau dia lain daripada yang lain pun berdiri sebelah dia. Protect them; jangan bagi orang salah guna. Kalau orang nampak salah dia, be ready to say sorry. Kalau orang tak suka dia, LANTAK, yang penting awak suka, and you find ways to make them better. You gave birth to them; you should be responsible, not embarrassed.

Ada benar apa yang dikatakannya. Biarlah macam mana sekalipun cara penulisan saya dekat blog ni buruk, hodoh, cacat atau teruk macam mana sekalipun peduli apa. Saya menulis dengan jiwa. Saya menulis kerana suka. Saya menulis kerana ia seolah nafas saya. Awak tak suka??? tak perlu baca! heheheh ok. Adious!

Menulis walau tak tahu apa..,

Yupz!!!! Esok my first day untuk semester baru.. :)

Cuti dah lamakan... Tiba masa untuk mengembeling tenaga sebagai pelajar.
Apa?
Apa tengok-tengok?
Nak tahu apa??
Result exam last sem??? huhuhu x nak la.. malu :)
hehe.. sebenarnya saya tak boleh tengok result lagi.. sedihkan? wahhh siapa yang bermurah hati nak pinjamkan saya RM 400 untuk bayar yuran saya.. please2 (merayu sampai guling-guling kat lantai)

So, untuk semester ini saya belajar 8 subjek! oke 8 subjek.. 8 tu dah kira banyak tau!!!!!
huhuhu doakan yang terbaik untuk saya ya..

 Bawah ni adalah senarai subjek yang saya ambil tahun ni.. ada sama dengan awak tak?? kalau ada boleh la study sama.. :)

* FAMILY MANAGEMENT & PARENTING
* MORAL PHILOSOPHY FROM ISLAMIC PERSPECTIVE
* CURRICULUM AND INSTRUCTION
*CONTEMPORARY MORAL ISSUES
*CURRICULUM OF MORAL EDUCATION
*CAREER DEVELOPMENT
*COUNSELING LAB II
*ISLAM,KNOWLEDGE and CIVILIZATION







cry by : classicdesign-Devianarts
Percaya atau tidak.. saya boleh menangis tanpa ada sebab yang kukuh, tanpa dengan keinginan dan ia boleh datang secara tiba-tiba. Percaya atau tidak bila perasaan itu hadir saya akan menangis seperti anak kecik. Teresak-esak.

Saya tidak pasti kenapa itu boleh berlaku pada saya. Saya juga tidak pasti bahawa anda juga pernah merasakan perkara yang sama. Jika pernah ceritakan pada saya.

Perasaan saya akan rasa sangat lega bila lepas menangis. Ringan!

Kadang-kadang saya terfikir, Kenapa saya boleh menangis secara tiba-tiba. Saya ta pasti jawapan yang saya dapat ini adalah betul atau tidak.Tetapi bagi saya mungkin ada kaitannya.

Mungkin kerana sikap saya yang selalu memendam rasa. Bila saya ada masalah saya tidak meluahkan. Mungkin banyak perkara-perkara atau dendam yang pendamkan dalam diri.. yang saya tak lepaskan. dan ia seolah-olah seperti bom masa yang menanti saat untuk meletup and suddently BOOOOOM! saya menangis.

Pernah saya menjadi takut bila saya lama tidak menangis... Saya tertanya kenapa saya sukar untuk menangis. Kenapa saya tak mampu menangis lagi... Saya takut hati saya sudah keras.. Sudah tidak mampu menangis...
Saya takut lama-lama saya tidak ada perasaan simpati pada diri... dan lama-lama memakan diri.

Saya tahu saya dah lama biarkan diri saya menghadapi apa jua yang dihadapan, Pendam segala rasa yang sepatutnya saya keluarkan. Kadang-kadang kalau kita fikirkan tidak salah kalau kita kecewa dengan orang, kita bengang dengan orang, kita marah dengan orang dan tak salah kalau kita juga menangis kerana orang.

Pernah kawan saya cakap pada saya : u're always taking risks regardless big or small..but somehow u managed to handle every single piece of it...so never lose hope in anything tau...: )

Ya, memang saya akui.. i always taking risks...and somehow i managed to handle.. tetapi deep inside its killing me.. Kadang-kadang saya rasa adalah tanggungjawab saya untuk jaga orang disekeliling saya. Macam mana saya mampu kalau suddently kita dah lama berperanan sebagai anak bongsu yang tidak tahu apa-apa kerna tukar peranan sebagai anak tengah. Bagaimana saya mampu untuk menjadi orang tengah untuk setiap ahli keluarga saya? macam mana saya perlu sentiasa menjadi neutral untuk mendamaikan andai ada pertelingkahan? bagaimana saya mahu berikan jawapan yang terbaik kepada semua supaya tidak ada yang terasa dipinggirkan. Begitu juga saat Abah meninggal, macam mana dalam kita belum habis bersedih dengan kehilangan kita dibisikkan dengan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Terasa satu batu berat terhempap dibahu. Bagaimana saya kena lupakan kegembiraan zaman kanak-kanak, remaja untuk berhadap dengan semua yang datang secara mendadak.

Begitu juga dalam persahabatan, i always be big brother to them. Kadang-kadang rasa seolah mereka seperti anak sendiri yang perlu dijaga. Bagaimana saya pernah bermimpi kawan saya mati malam sebelum saya dan kawam-kawan bercuti ke Pulau Pangkor.. Bagaimana kita nak bagitahu pada sesorang yang dia akan mati? Saya jadi protective pada dia. Supaya saya dapat pastikan mimpi itu hanya mainan tidur semata.

Kadang-kadang saya terpaksa pendamkan masalah supaya orang tahu saya kuat. Saya mampu untuk handle semua masalah tanpa berharap pada orang lain.


Tetapi.. lama-lama perkara ini mendatangkan keburukan. Dia makan diri saya dari dalam. Nampak kuat diluar.. tetapi di dalam rapuh.. sebab itu saya boleh menangis dengan tiba-tiba agaknya.

Saya belajar bahawa kita ini manusia biasa.... Kita perlukan seseorang.. kita perlu meluahkan.. kita perlu menangis.. kita perlu marah.. kita perlu ada semua perasaan... cuma kita kena pandai kawan mereka.

Kau Bukan Tak boleh menangis!
Kalau Boleh!

Kalau kau malu menangis depan kawan kau atau sesiapa... Kau menangislah depan Tuhan!





Sabda Rasulallah : "org yg plg dekat dgnku pd hari kiamat adalah org yg plg byk bselawat kpdku" Selamat Mnyambut Maulidur Rasul 1433H





Kosong.
Dan kekosongan itu menghantui aku.
Meghantui hingga rasa perit dikerongkong..
Dan aku hanya mampu berdiam kosong.

Home, 3.36 am



devianart-ladybugpicture
Wahhh bestnya dapat anak kembar! paling best kalau kembar lelaki dan perempuan... :) (Lompat tinggi-tinggi sambil buat muka paling riang)

Bukan saya yang dapat anak kembar.. Nak dapat macam mana kalau kahwin pun belum Haishhh! Tapi memang kalau kahwin nanti nak anak kembar! -,-

Sebenarnya post kali ini bukan nak cerita pasal anak.. Tetapi nak menjawab persoalan readers blog saya.. Soalan yang selalu ditanya kenapa "jiwahanan"?? kenapa "hanan"?

Kenapa??? Kenapa??? kenapa??? (jerit sampai terkeluar anak tekak)

Oke2.. Sabarlah..nak ceritalah ni... hehehe (senyum cover-cover mulut)
Sebenarnya.. Masa sekolah dulu... Berangan nanti bila dah kahwin dan dapat anak (kembar) yang lelaki nak bagi nama Aiman Hanan.. Kalau Perempuan Nak bagi nama Aisya Humaira. comel kan??? dua-dua mula dengan Huruf 'A' dan 'H' ... tu yang suka sangat dengan nama Hanan tu..

Lepas tu terfikir lah.. suka tapi tak tahu makna...Pergilah tanya si google tu.. Hanan = Kesayangan, kecintaan dan bertimbang rasa... Wah! hebatkan makna dia..


Pernah juga pergi kedai buku cari makna nama hanan dalam buku nama-nama anak. heheh :) hanan kalau tak silap yang lembut rasanya kalau tak silap. Siapa nama dia Hanan dekat sini??? bagitahu makna nama awak apa.. :)


Itulah.. saya letakkan blog ni Jiwahanan.....
harap-harap dapat menjiwai...erti kesayangan, kecintaan dan bertimbang rasa...


Oke..

 Berlari tak henti,



Haish bergaduh pun ada kategori ke? ada pula gaduh pandai dan gaduh bodoh? yup!!!

Gaduh akan jadi bodoh jika kita tidak belajar akan kesilapan itu.. Gaduh akan jadi bodoh jika kita letakkan 100% emosi padanya tanpa membuat timbang tara rasional akal.Gaduh akan jadi bodoh kalau kita terus terusan biar nafsu amarah bermaharajalela.

Gaduh akan jadi pandai kalau kita belajar dari kesilapan.. Gaduh akan jadi pandai kalau kita kawal dengan fikiran yang rasional..


Bukankah ada yang berkata Gaduh itu buat kita lebih mesra.....tapi pastikan itu gaduh pandai.. jangan sampai gaduh buat kita bermusuh.. itu gaduh bodoh!

saya bukan kaki gaduh! tapi kalau GADUH-GADUH MANJA.. ha itu saya! just kidding!




Tak tahu mahu berbicara tentang apa buat aku sakit....
Tak mampu untuk merealisasikan cita-cita itu juga buat aku sakit....
Tak tahu untuk menulis di sini untuk jadi tatapan semua itu juga buat aku sakit...
Sakit yang melumpuhkan... Kaku, Bisu,Lesu...


 6.13pm
Klebang Jaya,Perak


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT AUTHOR

Very Good Hello! i'm Syahmi, 26 years old. Penang-Ipoh-KualaLumpur i'm a rare species. save me before i extinct.. :p

POPULAR POSTS

  • Andai Bisa.
    Pandang sahaja pada matanya Mungkin kau bisa merasa.. Keperitan dan kesedihan yang dirasa Pandang sahaja matanya Mu...
  • Bahang Exam
    Perasan tak cuaca sekarang dah tak selalu hujan. Kalau hujan pun tak lama dan tak kerap.  Mungkin sebab dah nak masuk Januari kowt...
  • this story about CONFIDENCE, TRUST and HOPE
    One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of pray everyone gathered and only one boy came with an umbrella. That's CON...
  • There's Only Today.
      Hello Malaysia! Semalam menjadi sejarah sekali lagi satu perhimpunan telah diadakan. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 organi...
  • DON'T FORGET WHAT YOU PROMISE BEFORE.
    Hello guys, As you read the tittle there, it is actually about me. Blogging or writing is something that i put in my Thing-must-do list....
  • Tahun 2013
    Untung Orang lahir tahun 1990. Mudah kiraan umurnya. 2013 ---- 23 tahun Syukur masih lagi di sini. Untuk hidup 23 tahun yang di beri....
  • The Power of Apps.
    Hello, hahaha once the mood come, terus tak berhenti kau tulis entry ye.. Tulis entry ni pun sebab my friend asked me to help him pro...
  • FIRST PAPER YANG MERESAHKAN!!!
    Semalam exam final. Sangat cuak bila first paper... takut bila apa yang dibaca tak keluar. Dalam resah gelisah tu boleh pulak tak jumpa temp...
  • Kem Pemantapan Kokurikulum SVIAN
    Habis je program dengan anak-anak PKNS hari tu, Terus sambung join program Kem Pemantapan Kokurikulum Seksyen 5 Wangsa Maju di Kuan...
  • JOM BELAJAR JAHIT MANIK
    Hello there... Sekarang jahit manik dekat baju dah common kan?? but still ada yang gigih pergi tempah dengan orang since you guyz tak pand...
Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (37)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2012 (41)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ▼  February (15)
      • Sehari Suntuk
      • ke dua kalinya...peluang kedua.. kali kedua...
      • i is sepi...
      • Tak Pernah Buat Lagi!!!
      • Tak sempat nak post.....!
      • Nak Main Tag Tag la!! (copy and edit from ryuhada ...
      • Kau Budak Pandai dowwhh!
      • Kau Tak Suka?? Aku peduli Apa!
      • New Semester!
      • Kau Tak Boleh Menangis!!!!
      • Cinta Rasulullah.
      • Kosong
      • Anak Kembar Aku !!!
      • Gaduh Pandai Gaduh Bodoh!
      • BiLa Semua Jadi Kaku, Bisu, Lesu.. Umpama tUbuh ya...
    • ►  January (9)
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)

Follow us

award dari kak ummu

award dari kak ummu

Copyright © 2016 Still chasing pavements.. Created by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates