Still chasing pavements.

Kehangatan PRU kian memuncak selepas sahaja penamaan calon baru-baru ini. Malah Persedian kedua-dua belah pihak baik kerajaan mahupun pembangkang juga telah bermula awal tahun lagi.

Ada budaya-budaya di dalam PRU kali ini yang saya sokong pembawakannya seperti berhujah atau berdebat dengan baik daripada kedua-dua belah pihak. Kenapa saya setuju dengan budaya ini?, kerana dengan berdebat inilah akan menunjukkan intelektual seseorang individu tersebut. Disini akan lihat siapa yang berhujah dengan asas yang kukuh,benar dan penuh yakin. Malah dalam masa yang sama dapat mendidik dan memberi maklumat kepada rakyat supaya dapat berfikir secara kritis dalam memahami serta menentukan kebenaran.

Terkini, Fariz Musa yang merupakan calon Keadilan Parlimen Pekan, menghantar surat rasmi jemputan debat manifesto kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak yang juga merupakan Ketua Umno bahagian Pekan. Yang mana dalam butir surat tersebut menjemput bekas perdana menteri untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan debat ini adalah tentang dasar-dasar yang telah diumumkan kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat supaya dapat dinilai oleh rakyat.

Program debat tersebut akan diadakan pada 25 April 2013di Felda Chini Satu (Tapak Pekan Sehari) jam 9 malam. Sumber daripada MiloSuam.

Ada budaya yang saya sangat-sangat tidak setuju untuk dibawakan dalam sepanjang tempuh PRU malah untuk bila-bila sekalipun iaitu budaya penyebaran video-video lucah. Budaya untuk menjatuhkan pihak lawan dengan menayangkan berita-berita yang tidak bermoral kepada masyarakat. Saya ada adik yang masih bersekolah di tahun 2. Bayangkan jika video-video ini ditayangkan secara terus di TV tanpa sekatan, dan anak-anak kecil ini bertanyakan kita tentang itu. Apa yang kita nak jawab?

Budaya seperti ini bukan budaya sihat. Bukan budaya kita sebagai orang melayu yang kita canang-canangkan yang orang melayu penuh adab kesopanan.

Hal ini turut dibantah oleh ramai pihak termasuk selebriti Wardina Safiyyah. Yang mana dalam perbualannya bersama wartawan "Pembangunan negara tidak akan tercapai sekiranya pemimpin tidak ada keikhlasan, dan tiada cintakann kepada ilmu. Selagi mana kita suka dengan benda yang remeh temeh, hiburan yang lampau, fitnah memfitnah, kita tidak akan jadi masyarakat yang maju.

"Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya mentaliti kita seperti ini. Kita ada macam-macam di Malaysia ini, cuma kita harapkan pemimpin yang beramanah," tambah beliau.

"Masyarakat tumpukan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya diambil kira seperti hari ini, semua pakat fokus kepada video lucah ini.

"Siapa yang buat, siapa yang sebar, Saya tidak peduli, saya hendak jaga masa depan anak-anak saya. Anak-anak saya membesar dalam masyarakat apa? Saya seorang ibu dan mahukan anak-anak saya membesar di dalam negara ini dengan akhlak yang mulia," katanya. Sumber HarakahDaily.

Saya bakal pendidik anak bangsa juga berasa kesal dengan apa yang berlaku. Jadi saya juga turut TOLAK BUDAYA VIDEO LUCAH




Habis je kelas Method Teaching petang tadi, Kawan2 ajak pi makan pecel lele. Since dah lama x makan ayam penyet, join je la.. btw, im not the big fan of ayam penyet sebab tak makan pedas sangat.

Tapi, i would like to suggest u guyz to come here. Pecel Lele Lela dekat Melawati.

Kenapa????
Untuk orang yang tak makan pedas sangat, Korang boleh try Ayam penyet sos padang!

Sos dia macam sos masam2 manis. sedap!

Untuk yang suka makan pedas sampai merah-merah telinga boleh try Ayam penyet cabe ijo (cabai hijau)

Ada banyak menu dia.. korang boleh la tengok dekat pic bawah ni.

SET LELE



SET AYAM



Sesiapa yang teringin makan makanan Indonesia, silalah ke Pecel Lele Lela.

Jemput Makan Semua!





Habis je program dengan anak-anak PKNS hari tu, Terus sambung join program Kem Pemantapan Kokurikulum Seksyen 5 Wangsa Maju di Kuantan.


I really appreciate what has been done there....
Mengenali adik-adik SVian buat kan saya belajar daripada mereka tentang realiti kehidupan.



Bahawa cabaran mendidik generasi sekarang bukan suatu perkara yang mudah.




Biasanya masa kita kecil-kecil kita disajikan dengan cerita-cerita khayalan. biasanya ending mesti Happy ending.



Realiti kehidupan?? belum pasti bukan..?

Terima kasih pada kakak saya! Nur Atiqah invited me as facilitator untuk program ni.

Your modul shaaaaangaaat BEST! I learn a lot from you sis!


 Terima kasih adik-adik atas pertemuan ini, Terima kasih kerana menjadi medium untuk saya belajar erti hidup dan erti bagaimana menjadi pemimpin untuk semua aspek terutama diri sendiri.

Selamat Maju Jaya SVian!
Bila jadi cikgu kaunseling ni, banyak program yang kena buat untuk students. Kalau masa sekolah tu, macam-macam program yang kaunselor buat untuk students macam program kepimpinan la, program motivasi la, program pecutan terakhir PMR,SPM la, and what not. 

Bulan ni sibuk sangat2 menguruskan beberapa program untuk sekolah, kuliah dll.

Baru-baru ni program bersama anak-anak Selangor dalam Boot Camp yang diadakan di Teratak Nalys Eco Resort di Batang Kali.

Berprogram dengan budak-budak sekolah mengembalikan kenangan saya ketika dibangku sekolah. Tidur dalam khemah, jungle tracking, flying fox dll. Paling best bila sekolah buat program dengan budak sekolah lain. Masa tu lah masing2 akan bertukar nombor contact.  :) tambah kenalan katanya.

Minggu ni saya akan ke Kuantan untuk program kem kokurikulum bersama dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju.

Eyhhhhh!! btw, Parlimen Malaysia sudah pun dibubarkan akhirnya. Sekarang tibalah masanya untuk kita sama-sama fikirkan untuk buat undian pemimpin yang macam mana pilihan anda. Demi masa depan semua.

“Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.







Fikir2kan lah :)

JOM BALIK MENGUNDI!

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT AUTHOR

Very Good Hello! i'm Syahmi, 26 years old. Penang-Ipoh-KualaLumpur i'm a rare species. save me before i extinct.. :p

POPULAR POSTS

  • Andai Bisa.
    Pandang sahaja pada matanya Mungkin kau bisa merasa.. Keperitan dan kesedihan yang dirasa Pandang sahaja matanya Mu...
  • Bahang Exam
    Perasan tak cuaca sekarang dah tak selalu hujan. Kalau hujan pun tak lama dan tak kerap.  Mungkin sebab dah nak masuk Januari kowt...
  • this story about CONFIDENCE, TRUST and HOPE
    One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of pray everyone gathered and only one boy came with an umbrella. That's CON...
  • There's Only Today.
      Hello Malaysia! Semalam menjadi sejarah sekali lagi satu perhimpunan telah diadakan. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 organi...
  • DON'T FORGET WHAT YOU PROMISE BEFORE.
    Hello guys, As you read the tittle there, it is actually about me. Blogging or writing is something that i put in my Thing-must-do list....
  • Tahun 2013
    Untung Orang lahir tahun 1990. Mudah kiraan umurnya. 2013 ---- 23 tahun Syukur masih lagi di sini. Untuk hidup 23 tahun yang di beri....
  • The Power of Apps.
    Hello, hahaha once the mood come, terus tak berhenti kau tulis entry ye.. Tulis entry ni pun sebab my friend asked me to help him pro...
  • FIRST PAPER YANG MERESAHKAN!!!
    Semalam exam final. Sangat cuak bila first paper... takut bila apa yang dibaca tak keluar. Dalam resah gelisah tu boleh pulak tak jumpa temp...
  • Kem Pemantapan Kokurikulum SVIAN
    Habis je program dengan anak-anak PKNS hari tu, Terus sambung join program Kem Pemantapan Kokurikulum Seksyen 5 Wangsa Maju di Kuan...
  • JOM BELAJAR JAHIT MANIK
    Hello there... Sekarang jahit manik dekat baju dah common kan?? but still ada yang gigih pergi tempah dengan orang since you guyz tak pand...
Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (37)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ▼  April (4)
      • TOLAK budaya kotor!
      • Pecel Lele Lela... Indonesia-Malaysia
      • Kem Pemantapan Kokurikulum SVIAN
      • I Am An Excellent Leader
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (41)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (15)
    • ►  January (9)
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)

Follow us

award dari kak ummu

award dari kak ummu

Copyright © 2016 Still chasing pavements.. Created by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates