Still chasing pavements.


Selamat hari raya!!!




















perasan tak yang this month punya ramadhan tak terasa apa2 pun. i mean. masa dia jalan cepat sangat. especially for me la yang dah start kerja as trainee counselor kan. Masa tu berjalan cepat je. Ke saya sorang je rasa???? >___<








Btw, skrng dah 5 syawal kan..  ada yang masih bercuti, sibuk memenuhi undangan open house, ada yang dah mula kerja, ada yang duduk rumah kira duit raya, tengok tv dan ada juga yang dah mula puasa 6. Eh, puasa 6???  




Yer adik2. Puasa 6. Tahu tak adik-adik yang puasa 6 adalah puasa selama 6 hari di bulan syawal. :) puasa 6 adalah puasa sunat yang mana banyak ganjarannya. 

Menurut dalam laman web ukhwah.com yang saya google dalam artikal yang disiarkan menyatakan, Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. *if ada ustaz2 kat luaq sana if salah kenyataan ini mohon pm saya ya*

:)

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Wahhhh korang!!!  boleh bayangkan tak?? baby baru lahir macam mana? suci lagi kan... korang tak nak ke rebut peluang ni?

kaedahnya bagaimana?

ada yang puasa straight 6 hari. ada yang putus2 tetapi masih dalam bulan syawal kecuali 1 syawal. 1 syawal hari raya dik nooon. haram puasa tauuuu.

Ok biasanya ada yang akan niat qhada sekali dengan niat puasa 6 kan? especially yang perempuan coz diorang nak ganti puasa alang2 dah nak puasa 6 kan. ok.. dalam artikel yang di paparkan dalam laman web ukhwah.com ni kata,

yeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

So??? better pilih asing la kot. kan? 

My makcik and nenek dah start since raya kedua lagi... hahahaha dasat2. dah nak habis dah. Diorang buat direct terus 6. since diorang puasa. saya la yang jadi tukang buat air dan tukang rasa makanan untuk tetamu yang datang.

InsyaAllah.. Lepas ni saya pula nak puasa. Jom la sesama kita! 
Bila hari raya je, dalam kepala yang terlintas mesti baju raya, kueh raya, duit raya dan semua raya yang ada di muka bumi ini kan?? >..<

FYI, Saya tak beli lagi baju melayu. :) InsyaAllah hari masak nanti baru mak ajak pergi beli. Sejak dah masuk universiti ni, memang dah tak kisah sangat. Beli baju pun last-last minute.Dulu masa kecik-kecik zaman 1997-2000 biasanya mak akan jahit baju kitorang tak pun, makcik or jiran-jiran dekat kampung. So, baju memang akan ikut ukuran bentuk badan. Saya punya badan memang susah kalau nak beli siap sebab saya ni kurus. Kalau beli yang siap. Tak cantik. besar gelebeh. *__*

Sekarang, memang tak sempat. kalau untuk raya, beli je mana yang berkenan dihati.

Cakap pasal baju melayu. Boleh tengok la perubahan pada baju melayu dulu dan sekarang. Kalau dulu, baju melayu biasanya kosong je kan. kalau nak bercorak pun sekadar petak-petak atau belang-belang jalur.

Tapi sekarang dah dimoden kan. ada yang baju warna lain, tengkuk, poket, warna lain.

Contoh dia macam ni.


ada pula yang lengan dia boleh lipat-lipat macam ni


Cantik kan?? nampak moden la orang kata. Tapi im certainly not wearing this for my hari raya. :) Jiwa saya more to Baju Melayu dulu-dulu. Kosong. Simple.

Tapi, Kalau saya beli baju macam atas ni, saya akan pakai time ada occasion tertentu je. Ye lah. baju cantik sayang nak guna hari-hari. :)

Untuk baju diatas ni saya jumpa dalam blog engkumuzahadin. Boleh la kalau nak tengok koleksi-koleksi kontemporari yang ada.

Ok. Kalau cakap pasal pilihan hati saya.  Korang boleh ke Butik Sofia Iman. Saya suka baju melayu kosong yang dikenakan dengan kain songket macam ni.


Yang nampak kan dia berbeza adalah kain songketnya. Nampak lebih smart kan??? betul tak. Kemas, simple, dan handsome. :)


 Korang boleh la melawati laman web dia dekat sini : sofiaiman

Walau apa jenis sekalipun baju melayu anda pakai pastikan anda selesa dengan pakaian tersebut. Itu tips yang paling penting. Beli fabrik yang tak panas dan tak mudah kedut :)


Kalau nak pakai mcam ni pun x pe. ngeeeeee..

xoxo,
Pejam celik pejam celik Ramadhan dah nak tinggalkan kita. Ramai yang berebut-rebut untuk menambah ibadah di 10 malam terakhir ramadhan. betul tak?

Ada juga yang membuat persiapan untuk meyambut syawal yang bakal tiba.

Saya baru sahaja habis sesi persekolahan. Lepas raya saya ada seminggu lagi dekat SMKTSW kemudian saya tamat praktikal I di situ.

Agak sibuk sikit bulan ramadhan ni. Baru-baru ni saya selesaikan urusan jual beli dengan customer yang nak cuba MyNeoCure. Ada juga yang dah pernah cuba dan nak beli lagi.

Dekat sini saya nak bagitahu dekat customer saya cara-cara menggunakan produk MyNeoCure

set myneocure

Ok, ini set lengkap MyNeoCure yang berharga RM186 termasuk kos penghantaran. Murah je kan kalau nak dibandingkan dengan produk-produk yang lain.

ok cara-cara penggunaan di waktu siang ialah:

Glutathione Soap
Step pertam, cuci muka anda dengan sabun glutathione ni hingga bersih. Tips, penggunaan ialah, anda digalakkan untuk potong sabun ini menjadi bahagian-bahagian kecil. ia lebih mudah digunakan dan jimat.


MyNeoCure Cream

Step kedua, setelah dikeringkan muka.Ambil cream my neocure dan sapukan ke muka dengan rata. pastikan anda sapu juga dikawasan tengkuk. Ye lah, nanti karang muka putih cantik tengkuk lak berbelang.

SunBlock
Step ketiga, yang terakhir. sapukan pula sunblock. Untuk pengetahuan anda, setelah menggunakan sunblock anda tidak perlu menggunakan bedak muka atau mana-mana bedak asas lagi. Cukup hanya menggunakan myneocure ini sahaja.

Ok. ini kalau penggunaan diwaktu siang.

Kalau waktu malam.

Hanya follow step satu dan step dua sahaja.

Sunblock tak perlu pakai waktu malam. Ye lah.. malam mana ada matahari. lainlah ada produk yang buat moonblock kan.

Ok. Selamat mencuba bagi yang sudah membeli dengan saya.

Moga hari raya anda lebih berseri-seri dengan wajah yang baru :)

1set RM 186 termasuk kos penghantaran.

Anda juga boleh beli tanpa set. tapi harga dia mahal la kalau nak beli satu2 kannnn.

contact me : 0132369373/-0173451945

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT AUTHOR

Very Good Hello! i'm Syahmi, 26 years old. Penang-Ipoh-KualaLumpur i'm a rare species. save me before i extinct.. :p

POPULAR POSTS

  • Andai Bisa.
    Pandang sahaja pada matanya Mungkin kau bisa merasa.. Keperitan dan kesedihan yang dirasa Pandang sahaja matanya Mu...
  • Bahang Exam
    Perasan tak cuaca sekarang dah tak selalu hujan. Kalau hujan pun tak lama dan tak kerap.  Mungkin sebab dah nak masuk Januari kowt...
  • this story about CONFIDENCE, TRUST and HOPE
    One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of pray everyone gathered and only one boy came with an umbrella. That's CON...
  • There's Only Today.
      Hello Malaysia! Semalam menjadi sejarah sekali lagi satu perhimpunan telah diadakan. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 organi...
  • DON'T FORGET WHAT YOU PROMISE BEFORE.
    Hello guys, As you read the tittle there, it is actually about me. Blogging or writing is something that i put in my Thing-must-do list....
  • Tahun 2013
    Untung Orang lahir tahun 1990. Mudah kiraan umurnya. 2013 ---- 23 tahun Syukur masih lagi di sini. Untuk hidup 23 tahun yang di beri....
  • The Power of Apps.
    Hello, hahaha once the mood come, terus tak berhenti kau tulis entry ye.. Tulis entry ni pun sebab my friend asked me to help him pro...
  • FIRST PAPER YANG MERESAHKAN!!!
    Semalam exam final. Sangat cuak bila first paper... takut bila apa yang dibaca tak keluar. Dalam resah gelisah tu boleh pulak tak jumpa temp...
  • Kem Pemantapan Kokurikulum SVIAN
    Habis je program dengan anak-anak PKNS hari tu, Terus sambung join program Kem Pemantapan Kokurikulum Seksyen 5 Wangsa Maju di Kuan...
  • JOM BELAJAR JAHIT MANIK
    Hello there... Sekarang jahit manik dekat baju dah common kan?? but still ada yang gigih pergi tempah dengan orang since you guyz tak pand...
Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (37)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ▼  August (3)
      • Syawal.Hari Raya.Puasa 6.
      • Baju Melayu
      • MyNeoCure
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (41)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (15)
    • ►  January (9)
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)

Follow us

award dari kak ummu

award dari kak ummu

Copyright © 2016 Still chasing pavements.. Created by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates