Kau adik, Aku Abang.
As I write this, I am now at UIA. Cuti dah habis. Sobs L Sekarang dah start rindu Adriana. Okeyhh
double sobs :’( Seminggu duduk rumah
jaga dia. Pergi balik hantar dia ke sekolah, masak untuk dia, prepare bekal ke
sekolah, check home work, hantar kelas ngaji, susun Buku and many more. Memang
masa cuti yang ada ni habis dengan dia je.
One thing that I want to share here is the feeling –my feeling.
Bila jaga adik sendiri yang kecik, kita
rasa macam mana our parents jaga kita before.
Everything that we did for them is for the best. Terutama anak-anak. Kadang-kadang bila kita fikir kan, anak-anak
tak faham kenapa kita buat semua ni. Diorang tak faham kenapa mereka perlu
dengar cakap kita sedangkan itu hak mereka untuk memilih. It’s ok I will tell
you kenapa kita kena dengar cakap ibubapa kita.
Segala apa yang saya lakukan untuk Adriana, adalah apa yang
saya fikirkan yang terbaik untuk dia, apa yang kita tak pernah dapat masa kita
kecil, apa yang kita suka dan tidak suka. Bila nak hantar dia ke sekolah, naik
motor mesti bawa slow-slow then mesti nak dia pegang kita so that I can feel
she right behind me. Kalau buat homework
kena duduk sebelah dia. Tengok, tunjuk dan ajar. This is because dekat sekolah cikgu-cikgu tak
ada masa nak tengok, tunjuk dan ajar sorang-sorang pada setiap anak murid dia.
Pity Adriana, sebab
dia kurang sangat perhatian. Lepas abah meninggal, dia kena tinggal dengan
makcik since my mother still working. Dan kerja mak saya ni by shift. Seminggu
malam seminggu siang. Susah untuk jaga dia.
Berbeza dengan kami (saya dan my sis), kitorang kalau homework
mak yang tengok, mak yang ajar dan betulkan.
Kalau tak study jawabnya makan
hanger la badan kitorang ni. Mak memang garang dulu. Kami adik beradik kena
hafal sifir sampai ingat. Mak jarang bagi saya keluar bermain dekat luar. Most of
my time habis dengan kakak je. Kitorang masa tu tak ada TV pun. So, memang
kerja baca buku.
Kadang-kadang anak-anak ni mempersoalkan apa yang kita tahu
tentang apa yang mereka perlu. Ada benarnya, mana mungkin kita tahu apa yang
terbaik untuk anak-anak kita sedangkan yang menanggung consequences nya adalah
anak-anak kita sendiri. Kalau tersilap percaturan, mereka mungkin akan blame
kita atas apa yang bakal berlaku. Di sini
konflik mungkin akan terjadi. Ibubapa harus bijak menangani hal seperti ini.
Khuatir kelak jadi dendam anak-anak pada ibubapa.
Untuk anak-anak pula, fahamilah bahawa dalam hidup ini bukan
hanya tentang apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi keberkatan pada apa
yang kita lakukan itulah pokok utama. Kadang-kadang apa yang ibubapa kita
putuskan untuk kita tidak semestinya yang terbaik dan mungkin kalau kita ikut kita
punya keputusan maybe turn out lebih baik daripada ibubapa kita. Tetapi, harus
ingat bahawa keberkatan dalam hidup ni beri kita ketenangan walaupun perkara
yang kita rancang tidak menjadi berbanding dengan hidup tanpa keberkatan. Kita
mungkin Berjaya dengan apa yang kita rancang tapi hati sentiasa gundah gulana,
resah, sedih dan kosong!
But, for Adriana is other thing. She’s only 8-years-old
girl. Mana mungkin dia bisa memikirkan
apa yang terbaik untuk dia. Kita sebagai yang tua,berdasarkan pengalaman kita
bantu and guide them.
I really hope that one day, jika saya tak berkesempatan
untuk bagitahu Adriana, I hope she will read this. Bukan untuk saya hebahkan
apa pengorbanan yang saya lakukan. Tetapi saya nak dia tahu bahawa orang yang
ada harga diri akan menghargai. Supaya dia tahu, bahawa kejayaan yang bakal dia
kecapi bukan lejayaan dia sendiri tapi semua orang disekeliling. Supaya dia tidak mendongak kelangit hingga
lupa pada rumput yang dipijak. Paling utama I want she know, I did all the sacrifices
because I love her and mahukan yang terbaik untuk dia.
Most parents, jarang untuk ada masa berborak dengan anak-anak.
Berbincang dan sebagainya. Ini penting. Terutama dalam menentukan sesuatu
keputusan harus ada perbincangan bersama. Bila dengan anak-anak ini, they need
reasons. They always need that. Diorang perlu tahu kenapa diorang perlu lakukan
semua ini. Kenapa no means no dan kenapa ada certain thing diorang boleh buat
dan ada yang diorang tak boleh buat.
Wahh cakap macam dia ada anak. No! I mean yes, I’m not the
one who have right to give parental advise or tips. But, sebagai anak, saya
juga boleh berkata-kata apa yang ibubapa tidak nampak dari sudut pandang kita
sebagai anak.
Saya ada bagitahu kan dulu saya sekarang sedang baca buku tentang
parenting. Boleh check buku tu dekat entry saya yang ni --> post yang lepas. Even tak ada anak lagi, tapi
ini penting untuk saya bila saya perlu deal with my younger sister, dan
memahami dunia sikecil dan mungkin juga saya lebih memahami tentang manusia!
4 comments