Still chasing pavements.

insta: syahmiejamil
Hari kedua penuh semangat dan cabaran!

Saya masih lagi sedang membiasakan diri dengan keadaan sekolah, pagi tu ada perhimpunan dan kitorang pun turun la, konon-konon nak tunjuk muka dekat students. Lepas tu dalam kepala duk tertanya-tanya,  manalah cikgu-cikgu yang lain ni.

Dalam masa yang sama memang niat nak jumoa pengetua since semalam tak jumpa lagi. Kami pun naik la ke pejabat. Dalam duk tunggu tu, Puan Sabiah masuk, dia cakap "eh cikgu, kenapa tak masuk meeting? pergi masuk, sebab meeting ni kita akan bagitahu apa yang akan berlaku disekolah. Nanti saya nak perkenalkan kamu berdua."

I was like.. " whattttt?? memang aku tahu tau ada meeting semua ni"

Dengan selamba, masuk bilik mesyuarat. Semua guru-guru dah pandang-pandang.

Meeting pagi ni adalah untuk makluman yang sabtu ni sekolah akan ada hari kokurikulum dan penyerahan report card students.

Lepas je meeting, Puan Sabiah minta kami perkenalkan diri. Phewwww. :) Cikgu muda la katakan..

Selesai sahaja kami terus naik bilik kaunseling, buat-buat apa yang patut sementara menunggu pengetua. Lebih kurang pukul 10 kami pun pergi lah ke pejabat. Pengetua, meyambut kehadiran kami dengan baik dan memberi nasihat kepada kami.

Tengah hari tu kami dah dapat nama clients untuk dijalankan sesi kaunseling. Tapi, since waktu sekolah dah nak tamat. Kami tunda esoknya.

Lupa pula nak bagitahu yang sekolah ni ada dua sesi. Sesi pagi dan sesi petang. So, kami bertugas dua-dua sesi.

Kami dah start jalankan sesi kaunseling pada sebelah petang.

Debar juga lah nak tunggu students ni. Ingat kan tak datang. At last dalam pukul 4 lebih dia datang.

Saya balik dalam pukul 6 juga lah hari tu. :) dan kami dapat note yang kami kena relief class esok!

ngeeeee.




insta: syahmiejamil



Hai readers!
Saya menyepi seketika dari menulis sebab saya dah mula praktikal. >..<
Sekarang dah bergelar kaunselor pelatih. Hew hew. Dah ada students sendiri.

Saya sekarang sedang bertugas sebagai kaunselor pelatih di SMK Taman setiawangsa, Kuala Lumpur.

Hari pertama saya daftar sekolah adalah pada 25hb Jun (selasa). Sepatutnya saya lapor diri pada hari isnin, tapi sekolah di arahkan tutup sebab jerebu yang teruk. I was like phewwww.. lega and at the same time worried juga. Lega sebab i'm not ready yet. iya lorrr, banyak yang saya tak prepare lagi but i'm worried sampai bila la agaknya sekolah kena tutup. Kalau tutup lama, lambat la saya nak habiskan practicum saya ni.

Saya bertugas selama 7 minggu di sini. 7 minggu tak lama sebenarnya.  Hari pertama dekat sekolah, saya dan kawan saya di beri penerangan oleh Penolong Kanan, Puan Sabiah since Pengetua, Datin Rokiah tak da hari tersebut. Lepas tu bertemu dengan senior counselors. Diorang bawa pusing-pusing sekolah kenal dengan guru-guru yang lain.

Awkward sangat-sangat masa tu, iya lah mana kita biasa lagi kan. Semua tengok kita atas bawah atas bawah and the students too. Diorang lagi la dah tengok-tengok lepas tu bisik-bisik. Mahunya tak awkward. Mengumpat lettewww... :) hehehe

Macam kita juga lah dulu, masa sekolah dulu-dulu. Cikgu baru datang je, kita pun bukan main sebarkan berita satu sekolah. Since kita ni kaunselor, muka tu nak kena manis je sentiasa. Senyum tak lekang-lekang. Sampai lenguh lah rahang kita ni.

Hari pertama just kenal-kenal dengan persekitaran sekolah. Alhamdulillah, guru-guru semua menyambut kedatangan kami dengan baik. Cuma pelajar-pelajar je tak berkesempatan bersua muka secara berdepan lagi.

Saya harap, saya boleh dapat menjalankan  tugas dengan baik terutamanya dalam membantu pelajar-pelajar.

insta: syahmiejamil







As I write this, I am now at UIA. Cuti dah habis. Sobs L  Sekarang dah start rindu Adriana. Okeyhh double sobs :’(  Seminggu duduk rumah jaga dia. Pergi balik hantar dia ke sekolah, masak untuk dia, prepare bekal ke sekolah, check home work, hantar kelas ngaji, susun Buku and many more. Memang masa cuti yang ada ni habis dengan dia je.

One thing that I want to share here is the feeling –my feeling.  Bila jaga adik sendiri yang kecik, kita rasa macam mana our parents jaga kita before.  Everything that we did for them is for the best. Terutama anak-anak.  Kadang-kadang bila kita fikir kan, anak-anak tak faham kenapa kita buat semua ni. Diorang tak faham kenapa mereka perlu dengar cakap kita sedangkan itu hak mereka untuk memilih. It’s ok I will tell you kenapa kita kena dengar cakap ibubapa kita.

Segala apa yang saya lakukan untuk Adriana, adalah apa yang saya fikirkan yang terbaik untuk dia, apa yang kita tak pernah dapat masa kita kecil, apa yang kita suka dan tidak suka. Bila nak hantar dia ke sekolah, naik motor mesti bawa slow-slow then mesti nak dia pegang kita so that I can feel she right behind me.  Kalau buat homework kena duduk sebelah dia. Tengok, tunjuk dan ajar.  This is because dekat sekolah cikgu-cikgu tak ada masa nak tengok, tunjuk dan ajar  sorang-sorang pada setiap anak murid dia.
Pity Adriana,  sebab dia kurang sangat perhatian. Lepas abah meninggal, dia kena tinggal dengan makcik since my mother still working. Dan kerja mak saya ni by shift. Seminggu malam seminggu siang. Susah untuk jaga dia. 

Berbeza dengan kami (saya dan my sis), kitorang kalau homework mak yang tengok, mak yang ajar dan betulkan.  Kalau tak study  jawabnya makan hanger la badan kitorang ni. Mak memang garang dulu. Kami adik beradik kena hafal sifir sampai ingat. Mak jarang bagi saya keluar bermain dekat luar. Most of my time habis dengan kakak je. Kitorang masa tu tak ada TV pun. So, memang kerja baca buku.
Kadang-kadang anak-anak ni mempersoalkan apa yang kita tahu tentang apa yang mereka perlu. Ada benarnya, mana mungkin kita tahu apa yang terbaik untuk anak-anak kita sedangkan yang menanggung consequences nya adalah anak-anak kita sendiri. Kalau tersilap percaturan, mereka mungkin akan blame kita atas apa yang bakal berlaku.  Di sini konflik mungkin akan terjadi. Ibubapa harus bijak menangani hal seperti ini. Khuatir kelak jadi dendam anak-anak pada ibubapa.

Untuk anak-anak pula, fahamilah bahawa dalam hidup ini bukan hanya tentang apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi keberkatan pada apa yang kita lakukan itulah pokok utama. Kadang-kadang apa yang ibubapa kita putuskan untuk kita tidak semestinya yang terbaik dan mungkin kalau kita ikut kita punya keputusan maybe turn out lebih baik daripada ibubapa kita. Tetapi, harus ingat bahawa keberkatan dalam hidup ni beri kita ketenangan walaupun perkara yang kita rancang tidak menjadi berbanding dengan hidup tanpa keberkatan. Kita mungkin Berjaya dengan apa yang kita rancang tapi hati sentiasa gundah gulana, resah, sedih dan kosong!

But, for Adriana is other thing. She’s only 8-years-old girl. Mana  mungkin dia bisa memikirkan apa yang terbaik untuk dia. Kita sebagai yang tua,berdasarkan pengalaman kita bantu and guide them.
I really hope that one day, jika saya tak berkesempatan untuk bagitahu Adriana, I hope she will read this. Bukan untuk saya hebahkan apa pengorbanan yang saya lakukan. Tetapi saya nak dia tahu bahawa orang yang ada harga diri akan menghargai. Supaya dia tahu, bahawa kejayaan yang bakal dia kecapi bukan lejayaan dia sendiri tapi semua orang disekeliling.  Supaya dia tidak mendongak kelangit hingga lupa pada rumput yang dipijak. Paling utama I want she know, I did all the sacrifices because I love her and mahukan yang terbaik untuk dia.

Most parents, jarang untuk ada masa berborak dengan anak-anak. Berbincang dan sebagainya. Ini penting. Terutama dalam menentukan sesuatu keputusan harus ada perbincangan bersama. Bila dengan anak-anak ini, they need reasons. They always need that. Diorang perlu tahu kenapa diorang perlu lakukan semua ini. Kenapa no means no dan kenapa ada certain thing diorang boleh buat dan ada yang diorang tak boleh buat.
Wahh cakap macam dia ada anak. No! I mean yes, I’m not the one who have right to give parental advise or tips. But, sebagai anak, saya juga boleh berkata-kata apa yang ibubapa tidak nampak dari sudut pandang kita sebagai anak.

Saya ada bagitahu kan dulu saya sekarang sedang baca buku tentang parenting. Boleh check buku tu dekat entry saya yang ni --> post yang lepas.  Even tak ada anak lagi, tapi ini penting untuk saya bila saya perlu deal with my younger sister, dan memahami dunia sikecil dan mungkin juga saya lebih memahami tentang manusia!




insta: syahmiejamil

Semalam result exam semester lepas dah pun keluar. Alhamdulillah saya masih mengekalkan prestasi akademik saya. Dengan ini saya telah pun menjadi pelajar tahun akhir!

wahhhhh.. senior dah sekarang.. cepat je dah masuk tahun ke-4. Junior-junior jangan nak kekwat sangat keyhhh!

Maknanya tinggal setahun je lagi saya dekat UIA ni. Setahun bukan lama sangat. Pejam celik pejam celik dah habis.

24th June, saya akan mula praktikal di SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Tak sabar nak jumpa bakal anak-anak murid.

:)



instagram saya
Kadang-kadang tak ter-update blog ni. Nak cerita apa yang saya buat,pergi,makan atau apa-apa saja susah nak post dekat sini.

Sekarang dah mudah, Post je gambar dekat Instagram untuk bagitahu orang apa yang kita buat kannnnn???

Boleh la follow saya dekat --> syahmiejamil



Ok. hari ni hari terakhir. dah tak da apa nak diceritakan sangat. Macam biasa lah janji dengan orang van yang masa mula-mula datang hari tu, dia ambil dalam pukul 10. Jadi kitorang ni pun bangun lah awal-awal. Pastu jalan-jalan ambil angin sekitar pantai. Dalam hati risau juga kalau-kalau sampai Hatyai lambat. sebab Train pukul 4. Sebabnya risau kalau train pukul 4 Malaysia maknanya pukul 3 Thailand. Memamng tak sempat lah. Dalam hati doa minta-mintalah ikut jam Thailand sebab memang tak tahu. tak tanya pun KTMB jam tu ikut sapa punya waktu.

Kitorang sampai Hatyai dalam pukul 3 macam tu. Cepat pula pakcik ni bawa. Masa datang kemain lama lagi. Kitorang ada dalam sejam lagi. So, Jalan-jalan je lah sekitar bandar Hatyai dan cari makan tengah hari. Nak ke Floating Market memang tak sempat dah. Jalan sekitar sini je lah. Pukul 4 naik train balik Ipoh. Singgah Padang Besar untuk cop dan check beg semua.


Tak best trip ni sebab hujan tak dapat buat aktiviti menarik.

so, untuk korang yang nak pergi nanti. Berikut adalah perkara-perkara yang saya terlepas pandang :

Kena bawa International Socket sebab nak cas phone socket tak sama dengan kita.
Kena bawa Maggie Cup banyak dengan 3 in 1 punya minuman. Tak la kebulur tengah-tengah malam bila lapar.
Kena bawa baju hujan especially yang nak mai bulan 5 atau 6. Dekat sana ada jual cuma takut mahal je lah..
Tukar duit siap-siap Korang boleh fikir la berapa yang korang nak bawa. Macam mostly Pakej diorang ni. dalam 180 atau 120 seorang. Depend pada agency and pakej yang ada.
Apa lagi erk??? ha.. plan betul2 buat backup plan segala bagai okeyh..

Conclusion nye....

March is better than June kalau nak ke Krabi.
Group is better than individual kalau nak dapat tawaran harga murah.
Flight is better than train bagi yang tak nak buang masa....
Malaysia is better than Thailand huhuhuhu in term of MAKANAN HALAL!!! hahahahaha

Walaupun trip kali ni tak menjadi seperti yang diinginkan but one thing that i leran is that,

MUNGKIN TUHAN BERI PELUANG UNTUK KITA PERGI KE DESTINASI KITA INGINKAN BUKAN UNTUK SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA TETAPI, UNTUK MENIMBA PENGALAMANNYA.

Kan???? Kalau saya tak ada pengalaman ini tentu sahaja saya tak dapat nak cerita supaya anda semua tahu dan belajar sesuatu. itukan lebih baik.. Tak semua benda yang x best x berguna. :)


The End >_________<



Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun. ye la. Thailand kan awal sejam. Biasa kalau bangun pukul 6 dekat sana baru pukul 5. Kitorang keluar nak cari sarapan. Peliknya diorang ni pukul 9 tak buka kedai lagi. tak banyak yang buka. Kedai makan pun tak ada. Pagi tu hujan lebat. Dalam kepala dah terfikir dah mesti tak dapat punya pergi phi-phi island. so, kitorang pun tanya la apa je aktiviti yang boleh buat kalau hujan macam ni. Ingat nak ambil yang half-day-trip punya aktiviti. Dalam kepala dah niat mesti pergi Emerald Pool whatever it is. Sebab yang lain-lain macam biasa. Takkan nak pergi berkayak kot dengan mak. My mom ni pula bukannya kuat sangat. cepat lelah, so memang kalau korang bawa mak ke memang kena consider banyak benda. Lain lah trip dengan kengkawan kan. :)

Ikut pada orang agency to, kalau Emerald Pool  mula jam 8.30 pagi. memang tak sempat. Tapi, kalau nak Elephant ride, boleh bila-bila masa je sebab dekat. Dalam fikiran, apa lah. gajah tu dekat Malaysia pun ada.

Lepas masa tengah duk fikir tu, ada one group 3 orang perempuan. Saya tanya lah diorang, what's ur plan? diorang plan nak ke Emerald Pool tapi akalu naik cab sangat mahal kalau berkongsi 3 orang. So, saya cadangkan dengan diorang kita naik van yang ala, yang kita duduk kat belakang tu. tut-tut ke kita panggil ntah. Orang tu cakap nak ke Emerald Pool tu dalam 40 minit. Dia minta 2200bath (RM220) semua sekali. Jadi kitorang divide dua group Rm110 satu group. Kami semua 6 orang jadi setiap orang tambang dalam RM36/RM37 plus minus. Tambang ni pergi balik tauuuuuu! oke la kan.. kalau Ramai lagi maybe boleh kongsi2 lagi.

Lama okeyhhhhh nak sampai! grrrrrrr... Asal Krabi ni semua nak perjalanan jauh macam nak balik raya hoiiiii.

Bila dah sampai kitorang deal dengan driver nak 2 jam dekat situ. Dia tak kisah dia kata, dia tunggu je dekat situ.





Haaaaa.. Jernih kan air dia? hijau macam zamrud. sebab tu panggil Emerald Pool. Memang cantik kalau ada cahaya matahari.

Dah puas berenang-renang, nak cari Blue Pool pula,




Nampak tak????  biru kan air dia??

Oke itu lah blue pool. Untuk pengetahuan korang semua, sampai je dekat pintu masuk tu, ada orang jual tiket. Kitorang kan tak pakai pakej-pakej ni, so, semua sendiri la. kena la beli tiket masuk pula RM20 seorang.

Ok, dari pintu masuk nak ke Emerald Pool tu korang memang kene berjalan sejauh 800 meter. Wahhhhh penat wooooo!

Lepas tu dari Emerald nak ke Blue Pool kena jalan lebih kurang 200-400 meter kowt. Dah macam jungle tracking that time.

First, i tot yang blue pool tu boleh mandi macam Emerald Pool tuuuuu.. tapi tak boleh! cit... nasib baik air kau cantik!

Blue pool tak boleh mandi sebab ada sucking mud. Kalau korang masuk dalam kolam tu, korang maybe jatuh dan ditelan tanah. ngeeee scaryyyyyy..


Tapi, saya arasa kalau korang nak pergi kan. For me, better pergi blue pool dulu kowt sebab tak boleh mandi kan. lepas tu turun balik baru mandi dekat Emerald tu. terpulang la Korang rancang lah erkk..

Dah 2 jam mandi manda plus jungle tracking bagai, kitorang balik. Dalam perjalanan hujan lagi. Asyik hujan je... Memang tak best. Lepas tu ingat malam nak pergi night market dekat Krabi town. Tapi, tak boleh sebab kitorang rasa tak berbaloi, jauh dan masa tu hujan. x syokkk nak berjalan.

Sampai je Aonang, mandi-mandi kitorang keluar beli t-shirt, souvenir dan cari benda nak makan. Satu hari tak makan!

Ada satu kedai makan namanya bersenang senang kowt Malaysia-Thailand. Dia boleh cakap Melayu. Dekat je dengan tempat makan tebing yang kitorang pergi sebelum ni. Sederet je. Makan dia pun best! cuma Tomyam dia mahal sikit RM8 kalau Tebing RM7. Tapi, kedai yang ni bersih dan ok sikit.




Seperti yang dijanjikan, post pasal percutian baru-baru ini ke Krabi. Malas nak cerita sebenarnya sebab hurmmm.. ok x pe. saya cerita dulu baru korang tahu sebab dia kan. :)

Saya pergi dengan mak dan kakak. Adriana sorang je tak ikut sebab sekolah, mak memang tak ajar anak-anak dia ponteng sekolah. Kesian dia... huhu. Kitorang pergi krabi naik train KTMB dari Ipoh. Kami gerak rabu malam jam 12.27 pagi lebih kurang (actually dah khamis dah kan sebab lepas pukul 12 tengah mlm) sampai dalam pukul 10.30  pagi tapi train kitorang delayed beberapa minit actually lama jugak lah. tak ingat pukul brapa.



Kitorang pilih katil atas dengan harga RM40 sahaja. i would recommend you to bring book or Ipod, Ipad whatever gadget you have kalau naik train. Lama kowt perjalanan. Bosan nanti! unless korang jenis senang tidur. 

Lepas tu sampai kat Padang Besar, kena turun untuk cop pasport semua-semua lah. dalam sejam juga lah train ni berhenti sebelum tukar train ke Hatyai. Sempatlah nak bersarapan dulu and cuci2 muka semua. lepas tu dari Padang Besar ke Hatyai lebih kurang 40 minit perjalanan.


Sampai je dekat Hatyai, kitorang dah macam gelabah dah, duit tak tukar lagi. Konon2 nak tengok la kalau-kalau kat Hatyai MoneyChanger dia dapat harga ok tapi memang tak. Diorang amik untung banyak. Tapi, dalam train memang akan ada sorang makcik ni nama dia Lalita. dia boleh tukar duit. Harga boleh la.. kalau tukar RM100 kita dapat RM964. tu pun dah rasa rugi je kan.


Lepas tu, once kitorang turun je dari train. Ramai dah duk tanya nak ke mana. Ala macam dekat Bus stand la ada orang or ulat2 tiket kan. Kitorang ni dah la first time. Semua tak pernah pergi kan. kitorang pun pergi je la dekat satu travel agency ni. Tanya ke Krabi brapa? dia cakap 800 bath. mak aiiiiiihh.. Mahalnye RM80 sorang nak ke Krabi (Aonang). Sebelum ni buat research dalam RM20 je. Aku kene tipu or aku yang tak reti cari? Pastu tawar2 dengan orang tu dapat la RM75 sorang. tu pun dah rasa nak mengamuk je. mahalnyeeee. Ada pasangan suami istri yang naik seklai dengan kitorang ni pun tertipu juga. diaorang lagi lah tak tawar2 pun. Lepas tu kalau ikutkan my research Hatyai ke Aonang tu 5 jam je. Tapi kitorang ni sampai 6 jam hampir 7 jam dalam van. Btw, dalam perjalan nanti dia akan berhenti satu tempat nama dia Trang (x tau eja dia) dekat situ macam RnR juga lah.

Kitorang sampai Aonang dah petang. Dalam perjalanan hujan je. ye la bulan 6 memang tak sesuai pun. Driver ni banyak sangat pit stop dia. Turun kan orang-orang sampai lah dekat Krabi Town ni dia berhenti dekat agency dia. Dekat situ orang tu tanyalah pasal pakej2 yang kita boleh ikut semua. Tapi saya tak beli pun pakej dia sebab ingat nak survey dulu kat Aonang nanti. Saya just beli tiket balik je. dengan harga Rm25 sorang. Pelik kan?? Pergi RM75 balik RM25 je. what theeee???

Dah sampai terus lah check in tempat tidur yang dah dibooking awal. Tidur dekat Popeye GuestHouse. Rm80 untuk dua malam. Tahulah Guesthouse je but at least beri lah heater ke, sabun kecik2 tu ke. sedih!
 Btw, Popeye Guesthouse ni berdepan dengan Krabi Heritage Hotel. Dekat je dengan pantai Aonang lebih kurang 5 minit jalan kaki.



Petang tu kitorang jalan-jalan kat pantai Aonang ni je amik angin. Tak lama lepas tu hujan. huhuhuhu. Balik terus tempat tidur. Siap-siap mandi semua sebab lepas tu nak jalan-jalan dan cari makan. Kitorang Jalan-jalan la dekat area-area situ. Biasalah diorang jual barang-barang macam key chain, baju, FM, dan banyak lagi.



Gambar yang kat atas tu nampak kan dia tulis anak panah Popeye Guesthouse, haaa tu la tempat tidur kitorang. Belakang tu jalan sikit akan nampak pantai depan yang mak saya mengadap tu ada mcD.

Macam-macam kedai ada. tempat massage pun banyak.

Kitorang pusing-pusing dan cari pakej untuk esok. the thing is, duit yang kitorang tukar mula-mula tadi tu tak cukup. Dah kelam kabut mencari money changer. memang lah banyak tapi memang rugi lah tukar kat situ. dapat sikit je. Kedai dekat situ mostly tutup pukul 10.30. Perut dah lapar. Nak beli makanan. mecari kedai yang boleh makan, halal,sedap dan murah punya la payah. Even dekat dalam 7e diorang pun penuh babi. Maggie babi, roti babi semua babi.

Last-last masa jalan-jalan tu ada la jumpa kedai muslim. buruk je kedai dia. Kitorang gelar kedai ni kedai tebing. Sebab kedai dia bukan dalam kedai sangat. dia simen kan tebing tu lepas buat lantai. Sedap makanan dia. Tomyam dia best!!!! harga?? nasi kalau goreng2 lebih kurang RM6.50 mahal kan.. huhuhu tom yam RM7. dah la sikit. tapi kitorang tak merungut sangat sebab sedap.  Memang malam tu tak sempat pun nak beli siap2 pakej untuk esok. kitorang balik je terus dengan harapan esok pagi-pagi sempat lagi.


Remember that i told you before this yang my mom juga guna cream myneocure ni. Set penjagaan muka ini terbukti berkesan bila mak saya sendiri menjadi pengguna hampir dua bulan. Kesannya jelas kelihatan hanya dalam seminggu (tertakluk kepada kerosakan muka).

Mak saya menghadapi masalah jeragat di muka, dan kini kesan jeragat tersebut tidak kelihatan lagi,

Ini bukti gambar sebelum dan selepas penggunaan myneocure set penjagaan muka.


Lihat pada kedua-dua pipi mak saya, ada kawasan yang berjeragat dan kulitnya nampak kusam dan tidak bermaya.

tapi kini tidak lagi


Muka tiada jeragat, nampak lebih muda dan bermaya.
Apa yang menarik tentang myneocure ini yang saya suka adalah, setelah enam bulan penggunaan kita boleh berhenti menggunakannya dan ia tidakpun memberi kesan buruk setelah berhenti menggunakannya.

more info tentang my neocure lihat pada entry saya sebelum ini ----> MyNeoCure
n
Mempunyai kulit yang cantik, bersih dan putih menjadi impian setiap orang baik lelaki mahupun perempuan. Ada yang sanggup menghabiskan beribu-ribu demi untuk tampil lebih cantik dan sihat. Pelbagai produk diluar bersaing untuk mendapatkan tempat dihati pembeli dengan pelbagai tawaran.

Hari ni, saya nak perkenalkan satu produk kulit MyNeoCure. Produk ini adalah hasil kajian daripada seorang doktor Giena Hadi. Beliau membuat kajian dan menghasilkan produk ini bagi membantu sesiapa yang menghadapi masalah jeragat ,jerawat,parut dan masalah kulit yang tidak sekata warnanya.

Untuk pengetahuan anda bahan-bahan yg digunakan - Formula yg menggabungkan AHA,gluta, Vit C, Reinoic acid and hydrocortisone. Gluta mengurangkan pembentukan melanin dalam kulit. Melanin adalah pigmentasi dikulit yg menyebabkan kegelapan... kulit. Gluta selalunya digunakan utk mencerahkan kawasan gelap dikulit seperti kedutan, kesan penuaan, cholasma, dan melasma. Vit C bertindak sebagai anti-oksida kulit yg membantu kulit utk lebih kelihatan segar dan sehat. Retinoic acid pula digunakan untuk membantu dalam meningkatkan pembaikan struktur kulit yg mana akan menghasilkan kulit yg lebih halus, gebu serta dapat membantu dalam menyingkirkan sel-sel kulit mati. titanium dioxide and zinc oxide (Z-cote)

1. Adakah MyNeoCure mengatasi masalah kulit? - Ya, MyNeoCure mengatasi masalah kulit : Berkesan untuk mengatasi masalah seperti: -kulit kusam dan tidak bermaya -
masalah jerawat dimuka dan badan -
masalah jeragat yang teruk -tompok-tompok hitam -
kulit tidak sekata dan berbelang -
kesan dan parut jerawat -
kulit berminyak -
kesan melecur akibat terdedah kpd cahaya matahari -
masalah kehitaman seperti dicelah-celah ketiak, pelipat, siku dll -masalah kegatalan kulit -
kesan akibat digaru/ gatal -kelemumur yg teruk -
tumit kaki pecah-pecah

2. Apakah kesan yg boleh dilihat selepas pemakaian MyNeoCure ? Kesan selepas pemakaian: -
kulit jadi natural cantik dan berseri-seri (paling best)
-kulit menjadi lebih cerah
-kulit jadi lembut, licin dan halus
-kulit kusam jadi lebih bermaya
-nampak lebih awet muda
-dapat membuang sel-sel kulit mati dan menghalangnya dari terus berlapis-lapis dipermukaan kulit
-jerawat akan hilang
jeragat hilang selamanya menjadikan kulit lebih cerah
-kulit mejadi sekata dan cerah
-parut jerawat lebih pudar
-kulit kurang berminyak
-kawasan kehitaman dibadan menjadi cerah dan lembut
-kegatalan kulit hilang -kelemumur hilang
-tumit kaki yg pecah-pecah akan menjadi lembut dan halus dan nampak kemerah-merahan

3. Bagaimanakah MyNeoCure digunakan? Cara-cara menggunakan krim: -

Pakai 2 kali sehari (untuk kesan lebih cepat).
Siang: pakai Neo krim kemudian pakai SPF. Sapu secara rata dan menaik keatas. Pemakaian SPF adalah mesti untuk mengelakkan daripada kulit terdedah kepada sinar UV yang merbahaya dan boleh merosakkan kulit. Malam sebelum tidur: pakai Neosarata krim sahaja.

4. Sekiranya saya telah berpuas hati dengan kulit saya, adakah saya boleh menghentikan pemakaian produk ini?
- Ya, sekiranya anda telah berpuas hati dengan kulit anda, anda boleh samada: menjarakkan pemakaian (3 hari sekali sapu waktu malam), ataupun menghentikan pemakaian.

5. Selain diwajah, bolehkah krim ini digunakan ditempat lain?
- Ya, selain wajah, krim ini juga boleh disapu di area2 badan kecuali dikawasan2 seperti mata, mulut, lidah, kawasan dalam kemaluan depan atau belakang dan kawasan puting susu (takut termakan bayi semasa menyusu). - Sekiranya anda ingin memutihkan celah2 badan, krim disapu seperti biasa. Amount krim terpulang pada anda. Untuk kelemumur, sapu nipis pada kawasan yg berkenaan, tidak perlu bilas. Masa mandi basuhlah kepala seperti biasa. Untuk putihkan kulit badan juga boleh tetapi mungkin mengambil sedikit masa.

6. Adakah MyNeoCure akan kesan merah atau pedih pada kulit?
- Tidak, Pemakaian krim Neo ini tidak akan meninggalkan kesan merah atau menggelupas seperti produk-produk lain. Tiada rasa pedih, merah atau sakit. Pembuangan sel-sel mati adalah secara semulajadi.

7. Sekiranya saya tidak menggunakan krim ini lagi, adakah kulit saya akan kembali kepada asal?
- Tidak, kesan cerah, halus, dan gebu adalah kekal dan tidak akan kembali kepada asal walaupun setelah menghentikan pemakaian.

8. Berapakah umur yang sesuai menggunakan produk ini?
- Krim ini boleh digunakan oleh lelaki dan wanita, lingkungan umur 7 tahun keatas. Bayi kurang setahun adalah tidak digalakkan. Kanak-kanak 1-6 tahun juga tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan termakan. Hanya boleh disapu sekiranya sudah berjumpa doctor atau penyakit kulit sukar sembuh (krim merawat alternative sahaja).

9. Bolehkah wanita mengandung boleh menggunakan Neostrata cream ini? - Wanita mengandung dan masih dalam pantang adalah tidak digalakkan menggunakan cream ini jika mengalami alahan.

10. Berapa lamakah masa yg diambil utk melihat hasil produk MyNeoCure ?
- utk kulit muka, seawal 7 hari sudah Nampak kesan. Utk badan bergantung kepada keadaan kulit dan individu.

11. Berapakah berat Neo cream dan SPF dan berapa lamakah krim ini boleh digunakan? - Neo cream 40g, SPF 10g. Untuk sapuan biasa 2 kali sehari boleh tahan hingga 30-45 hari (sapuan wajah). Sapuan badan pula bergantung pada pemakaian.

12. Adakah produk ini HALAL? - Ya HALAL. Bahan yg digunakan tidak mengandungi unsur2 HARAM. Walaubagaimanapun, pensijilan HALAL Malaysia dan KMM tidak diperolehi kerana produk ini diimport terus dari luar Negara dan tidak dipasarkan secara meluas di Malaysia. Sekiranya anda was-was, sebaiknya tidak menggunakan produk ini.

13. Bolehkah saya menggunakan produk lain semasa memakai krim ini? - Bagi individu yg mempunyai masalah kulit, diperingkat percubaan tidak digalakkan campur dengan produk lain. Tetapi sekiranya sudah dapat result diingini, bolehlah digunakan bersama produk lain dan mekap.

14. Adakah saya mesti memakai SPF? - Ya, anda mesti pakai SPF pada siang hari bg mengelak daripada kulit terdedah kepada sinar UV yg boleh merosakkan kulit.



Untuk satu set ini harga RM186 termasuk kos penghantaran.

Sila SMS ke 0132369373/0173451945 (syahmi) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

P/S : Mak saya juga menggunakan produk ini! kesannya amat memberangsangkan. :) nanti saya post gambar sebelum dan selepas dia. okeyhhh..





I would say that this movie is for 'Father's Day Celebration

Sebab cerita dia berkaitan hubungan anak dan bapa. They were together in one mission and get landed to the earth. 

Movie ni kategori science fiction, yang diterajui oleh Jaden Smith dengan Will Smith. Story line dia kita boleh agak, it's common story.. tak la berat sangat dia punya jalan cerita. Overall ceita dia pasal the son must save his dying father. Dia kena menentang arus dan segala masalah dengan sendiri sehingga berjaya.

"Danger is real...Fear is a choice" really means something. Kadang-kadang ketakutan yang ada pada kita membuatkan kita masih berada dalam kotak yang sama. Takut nak keluar dari kedudukan selesa.

Apa-apa pun saya bagi 3.5 over 5 stars. Sebab saya suka the values yang dalam cerita ni.

Selamat Menonton. :)



Habis dah pengajian saya bagi semester kali ini. Tinggal 2 sem lagi. Yeaaaaaaaayyyyyyhhh! seronok! nak habis dah. Tak sabar nak habiskan degree..

Sekarang dah start cuti sem. tapi, cuti saya hanya 2 minggu sahaja. :(

24hb dah start praktikal di SMK Setiawangsa!

Cuakkkk nak jadi kaunselor dekat sekolah ni.

btw, cuti ni saya akan ke Krabi! nantikan post saya tentang ke sana..
Jika ada sesiapa yang pernah ke sana nak berkongsi info. Silalah komen post ni ya. :)


PicInsta: syahmiejamil


It's has been a while I'm not updating my blog. Lame reason-busy.

Banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini yang membuat kan saya  memberi fokus kepada apa yang sepatutnya terlebih dahulu..

Saya sedang berada dalam zone final exam.

Tinggal 2 papers saja lagi. Doakan untuk saya yang terbaik.


Pic Insta: syahmiejamil
I am turning 23 years pld today (2 june)..

im happy and im thankful.

terima kasih buat mak, kakak, kawan2, anak murid dan kenalan semua... atas ucapan dan doa.. itu hadiah yang terbaik buat saya.






Newer Posts Older Posts Home

ABOUT AUTHOR

Very Good Hello! i'm Syahmi, 26 years old. Penang-Ipoh-KualaLumpur i'm a rare species. save me before i extinct.. :p

POPULAR POSTS

  • Andai Bisa.
    Pandang sahaja pada matanya Mungkin kau bisa merasa.. Keperitan dan kesedihan yang dirasa Pandang sahaja matanya Mu...
  • Bahang Exam
    Perasan tak cuaca sekarang dah tak selalu hujan. Kalau hujan pun tak lama dan tak kerap.  Mungkin sebab dah nak masuk Januari kowt...
  • this story about CONFIDENCE, TRUST and HOPE
    One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of pray everyone gathered and only one boy came with an umbrella. That's CON...
  • There's Only Today.
      Hello Malaysia! Semalam menjadi sejarah sekali lagi satu perhimpunan telah diadakan. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 organi...
  • DON'T FORGET WHAT YOU PROMISE BEFORE.
    Hello guys, As you read the tittle there, it is actually about me. Blogging or writing is something that i put in my Thing-must-do list....
  • Tahun 2013
    Untung Orang lahir tahun 1990. Mudah kiraan umurnya. 2013 ---- 23 tahun Syukur masih lagi di sini. Untuk hidup 23 tahun yang di beri....
  • The Power of Apps.
    Hello, hahaha once the mood come, terus tak berhenti kau tulis entry ye.. Tulis entry ni pun sebab my friend asked me to help him pro...
  • FIRST PAPER YANG MERESAHKAN!!!
    Semalam exam final. Sangat cuak bila first paper... takut bila apa yang dibaca tak keluar. Dalam resah gelisah tu boleh pulak tak jumpa temp...
  • Kem Pemantapan Kokurikulum SVIAN
    Habis je program dengan anak-anak PKNS hari tu, Terus sambung join program Kem Pemantapan Kokurikulum Seksyen 5 Wangsa Maju di Kuan...
  • JOM BELAJAR JAHIT MANIK
    Hello there... Sekarang jahit manik dekat baju dah common kan?? but still ada yang gigih pergi tempah dengan orang since you guyz tak pand...
Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (37)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ▼  June (14)
      • Practicum #day2
      • Practicum #day1
      • Kau adik, Aku Abang.
      • Final Year student!!!
      • Instagram
      • Ipoh-Hatyai-Krabi (day3)
      • Ipoh-Hatyai-Krabi (day-2)
      • Ipoh-Hatyai-Krabi (Day 1)
      • Bukti berkesan!
      • Mahu Wajah Cantik? Mari saya bantu.
      • Review Movie : After Earth
      • End of semester! Krabi aku datang!
      • It's has been a while I'm not updating my blog. La...
      • Had a Blast Turning 23!
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (41)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (15)
    • ►  January (9)
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)

Follow us

award dari kak ummu

award dari kak ummu

Copyright © 2016 Still chasing pavements.. Created by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates