CUNGKIL atau GILAP??

CUNGKIL? GILAP?

Huhu.. Apa ni? Tertanya-tanya tak?
tak da kaitan dengan kerja-kerja carigali yang perlukan kita mencungkil dan menggilap..


Terfikir nak bercakap tentang ini waktu tengah menyaksikan sukan tahunan adik saya.

"Beb, bila kamu main ni beb? asyik kawan kamu je dari tadi"
       "Tak main kot"
"kenapa?"


Hairan saya, permainan dah banyak dilangsungkan. dari tadi sekolah adik saya hantar budak yang sama. Bila masa untuk adik saya pula beradu tenaga??


" Mak, kenapa beb tak main-main pun?"
           "Entah, tadi mak dengar cikgu dia cakap, dia tak kuat lari"
" Laarrrhh.. mana boleh macam tu."


Kehairanan saya juga turut dirasakan oleh orang lain.


"Cikgu, bila anak saya nak main ni?"
          "Owh, nanti dia baru main"


Untuk permainan yang terakhir barulah nama adik saya dipanggil. 



Apa kaitan dengan CUNGKIL dan GILAP?
Ada kaitannya....

Untuk individu yang bergelar GURU/CIKGU/USTAZ/USTAZAH. Sesiapa sahaja yang berkaitan dengan bidang mengajar...perlu tahu tahap perkembangan anak murid berada ditahap mana.

Ini pendapat saya.. Boleh setuju boleh juga tidak..
Bagi saya., untuk anak-anak yang masih di pra sekolah/tadika. mereka berada didalam tahap MENCUNGKIL.. Masa inilah guru-guru harus beri kepercayaan bahawa semua anak-anak murid adalah sama. Ada bakat dalam diri mereka yang perlu kita cungkilkan dengan sedikit sokongan yang betul. Berikan semua anak-anak murid rasai semua perkara. Dari situlah kita dapat tahu anak-anak murid kita itu dimana kelebihan dan kekurangan mereka. Kalau awal-awal lagi kita sudah menidakkan kebolehan mereka, bagaimana bila mereka sudah berada di peringkat sekolah rendah dan menengah.. Pasti mereka menjadi anak-anak yang tiada keyakinan diri dan kebelakang. 


Saya tahu, cikgu mengejar mata dan kemenangan untuk menaikkan nama sekolah. Tetapi, janganlah dek kerana terlalu taksub mengejar kemenangan, potensi diri anak-anak murid tertimbus begitu sahaja.


Bila pula masa GILAP?
masa menggilap adalah pada tahap sekolah rendah dan menengah. Setelah kita mencungkil bakat mereka. setelah kita tahu kelebihan mereka. barulah datangnya menggilap.
Semua ini adalah proses.. Tiada siapa boleh menidakkan. 


Saya ingat lagi.. masa saya ditingkatan 1. Saya hanya menyimpan keinginan untuk mewakili sekolah. seronok tengok senior-senior berbahas dan menyampaikan pidato dengan baik di atas pentas, Semua mata tertumpu pada mereka. Nampak hebat! saya menanam dalam diri dengan tekad "Aku akan berada di atas pentas itu suatu hari nanti"


Siapa sangka.. mimpi jadi nyata.. menjadi pemidato sekolah.. berjaya mengalahkan sekolah hebat MCKK. itu kenangan terindah.


Tidak semua orang punya kekuatan untuk buktikan mereka boleh. Untuk itu, berilah sokongan dan kepercayaan pada anak-anak bahawa mereka BOLEH!!!!


p/s
- beb, u kene kuruskan badan la.. huhu sebab tu cikgu u rasa u tak kuat lari! :P

Share:

1 comments