Andai Bisa.




Pandang sahaja pada matanya
Mungkin kau bisa merasa..
Keperitan dan kesedihan yang dirasa

Pandang sahaja matanya
Mungkin kau bisa melihat
Betapa lemahnya dia
Walau jasadnya tidak menunjukkan rasa

pandanglah.., Pandanglah pada matanya
dengan pandangan jiwa
Mungkin sahaja kau bisa mengerti
betapa peritnya penantiannya.
Penantian yang tidak tahu mana hujungnya.

Bisakah bertemu bahgia?
atau kecewa sahaja yang layak diterima?

Andai kau rasa penantianmu itu memberi makna..
teruskan sahaja dengan rela.
Andai kau rasa ia suatu yang sia-sia
hentikan saja!

 Banyak yang tak ngerti,
Lalu terluka,
Dan saling menyalahkan,
Mungkin kerana itu kau takut bicara tentang hati.

.Dan selagi diri ini masih ada,
Selagi kudrat diberi upaya,
Selagi Tuhan mahu ku ada lama,
Ingin saja ku peluk kongsi luka,
Mahu saja ku peluk rasa sama suka,
Buat kamu  andai bisa.


i wrote this especially for my friend.







Share:

0 comments