Ipoh aku datang!!!


I wish i have a gadget, so that i can blogging anywhere.

Maaf tak dapat update selalu. mesti rindu saya kan? kan? kan? elehh tak nak ngaku la tu.. :*

Jujur saya katakan. Bila balik cuti semester memang susah saya nak update since i dont have 'internet'/wifi dan yang satu keluarga dengannya at home.

Lepas tu saya ni jenis pemalas nak buat catatan. So, bila ada idea nak tulis ia datang dan pergi begitu sahaja la.

Sekarang dah ada di UIA. Cuti dah habis. Isnin ni bakal masuk semester baru (Tahun 3 semester 2).

Ha. apa? tak dengar la.. Korang tanya apa? result? owhhh.. hehehehe.. seriously saya tak check lagi. ada problem sikit :D nanti dah dapat result saya bagitahu tau! doakan cemerlang je.

Ok. Cuti semester hanya berbaki 3 minggu sahaja. Minggu pertama saya habiskan dengan bantu senior-senior dalam program 'Finishing School Program' yang diadakan di Shah alam De Palma Hotel. Nak tahu pasal program tu? ala.. nanti lah.. Tunggu next post ok? >..<

Jadi, minggu kedua saya habiskan masa di rumah (Ipoh). Kawan-kawan saya ramai yang dah merancang cuti mereka. Ada yang ke Indonesia, Ada yang ke Singapore, Bangkok, dan lain-lain. Cemburu juga lah bila tengok Instagram dan twitt2 diorang tentang percutian masing-masing.

Since saya tak berapa nak ada budget nak pergi jauh-jauh. i decided to explore my hometown! serious weyh kalau korang tanya aku dekat ipoh ada apa? mati kutu tau nak menjawabnya. #eh kenapa kutu yang mati? saya tak da kutu la... huhu mati akal nak menjawabnya.

Jadi saya google2 sikit tentang Ipoh dan bertanya pada kawan-kawan. Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik. Kali ini saya jalan-jalan di Ipoh sahaja. Saya bukan berseorangan. hahaha. Saya siap jemput pengacara terkenal Malaysia tau. teka siapa? tekalah? ha apa? Pak Nil?? haha nak ke Pak Nil jalan-jalan dengan saya? Huhu Saya ajak teman saya (refer to the picture above) untuk bersama-sama since dia ni tak pernah datang Perak to be exact, Ipoh la.

Korang dah bersedia untuk menjelajah Ipoh bersama kami? JOM ikut kami.




Kami gerak ke Ipoh pada malam isnin pukul 9.30 malam naik KTM dan sampai Ipoh pada 12.30 mlm (3 jam). Mula-mula nak naik ETS tapi, since kami tak la rushing sangat nak pergi Ipoh dan nak jimat kos :D Jadi kami beli tiket murah KTM RM12. hehe #eh korang tahu tak yang ETS sekarang memberi perkhidmatan mereka 2 jam sekali. so, memang tak risau sangat la setiap 2 jam ada train. dengan harga yang berpatutan. ETS Silver RM 25 ETS Gold RM 35.  Kalau naik ETS cepat sikit sampai dalam 2 jam macam tu dah sampai Ipoh dan tenpat dia lebih selesa sikit siap ada wifi lagi. :D

Since malam tu dah sampai tengah malam jadi tak ke mana lah kan. Balik rumah dan rest.

Esoknya, saya dah mula merancang-rancang nak pergi jalan mana dekat Ipoh ni.  Kitorang keluar tengah hari. Pergi Ipoh Parade dulu jalan-jalan sementara tunggu hari tak panas. Lepas dah bosan dekat mall saya pergi ambil angin di Gunung Lang.

Taman Rekreasi Gunung Lang

Basically, this taman rekreasi Gunung Lang ni sesuai la untuk beriadah, picnic, Photoshoot dan lain-lain. Tempat dia best la juga ada tasek berlatar belakangkan gunung.

*abaikan model ini* nampak tak tasek dan gunung dibelakang?

Boleh bagi ikan makan. :D
nampak tak?? best kan nak lepak-lepak bersama keluarga tercinta dudk atas tikar mengkuang, dengan buah-buahan dalam raga rotan bersama sandwich yang disediakan bonda. :D

Lepas tu, Sebelah malamnya kami pergi Gerbang Malam. gerbang Malam ni macam downtown ala-ala pasar malam macam tu la.


Tapi, malam tu kami macam lewat sangat dan time tu renyai-renyai. so, kedai tak banyak buka.

Next day hari rabu,  kitorang jalan-jalan mandi sungai! haha dekat Ulu Chepor. Mula-mula nak pergi Lost World of Tambun tapi mak kata tak best hahaha mak suruh mandi sungai!

Kesjukan! ini lagi best dari Lost World.

Tak Percaya?? tengok muka dia?? sukakan suka kan?

Syok mandi sungai!!!

Sumpah dah lama tak mandi sungai! memang best! plus kitorang pergi hari orang kerja. so, tak ada orang sangat. air pun clean jer.

Dah petang kami pun pulang.

Malamnya pula pergi lagi sekali ke Gerbang Malam sebab tak puas. Kali ni baru banyak kedai yang buka. Lepas dah jalan-jalan dekat gerbang malam singgah makan dekat Vanggey. Vanggey ni famous la kat Ipoh. Ala pernah dengar tak nasi ganja?? haaaa.. tapi yang saya pergi ni bukan yang original punya., yang original saya tak tahu jalan. nak ke sana. tak sempat nak survey >..<

Sejak 1955 :D
 Esoknya pula kami ke Kuala Kangsar perak! hahaha. Nak cari Laksa dan Cendol.

Taman Kanak-Kanak Kuala Kangsar



Lepas dah makan balik rumah. Actually dekat Kuala Kangsar ni ada juga tempat-tempat menarik. Next time lah kita cerita dan jalan-jalan sana.


Sebelah malam pula pergi cari char kuey tiow. Dekat Ipoh famous dekat Padang Ipoh la. Dah kenyang balik tidur. 


Kalau ikut kan banyak lagi tempat-tempat yang menarik. Cuma saya memang tak tahu sebab kalau balik rumah memang tak keluar sangat kecuali ada kawan-kawan datang.

Sebenarnya Post ni nak buat awal-awal sebab saya kena taged dgn kawan saya Maisarah dalam segmen saya blogger negeri



Kalau ikut syarat dia kena tempek banner kat atas ni pastue backlink kan dia. Since saya tak tahu nak backlink hahaha. saya letak je la tuan bdan yang punya segmen ni ---> Fizagraphic  *sorry tak penuhi syarat anda*

So, Saya Blogger dari negeri Perak.

Ti kita jalan-jalan lagi ya.

Share:

0 comments