Rindu, Ramadhan. Abah.

" Jad, Angah buat solat witir dekat rumah je lah.. Rasa mengantuk sangat nak sambung."

          " Owh! oke."

" Nanti dah balik, gerakkan tau nak study sikit."

PETANG SEBELUM BERBUKA.

" Angah, Abah masuk hospital balik. Dia rebah masa nak pergi mandi"

" Hurmm, Nak patah balik ke? baru je sampai rumah dah nak berbuka ni."

" Tak pe lah, lepas terawih nanti tok dgn pah nak pergi hospital ikut sekali"

BALIK DARI SURAU

Selepas selesai solat witir.

" Ya Allah, ampunkan lah dosaku, dosa ibu bapaku. Ya Allah. Jadikan lah sakit yang Abah tanggung menghapuskan dosanya dan andai degan mengambil Abah dariku itu jalan untuk menghilangkan sakit yang ditanggung. Aku redha.  Walau berat hati ini untuk lepaskan dia pergi.  Ameen."

Badan rasa lemah. Mata semakin berat. Penat siang tadi tidak hilang lagi. Tidak sedar bila terlena.


12.00 TENGAH MALAM

"Angah, Bangun Angah."

Badan dirangkul dan dipeluk erat. air mata mengalir tak terucap.

"Abah dah tak da.. Pergi ambil wuduk, Baca Quran. Kejap lagi jenazah sampai"

Menggeletar. Sedih. Terkilan.

Menggeletar mendengar kabar kematian abah. Rasa seperti mimpi yang menakutkan.

Sedih, Sedih tak dapat berada di sebelah abah saat abah menghadapi waktunya.

Terkilan, terkilan sebab tertidur. tak dapat jumpa abah. minta ampun.

Ramadhan itu menjadi satu titik peralihan untuk aku. Peralihan menggantikan tempat abah sebagai ketua keluarga. Ramadhan itu memberi pengajaran bermakna. Ramadhan itu mendidik jiwa.. Ramadhan itulah yang buat aku jadi kuat, tabah, menyimpan segala kesedihan, persoalan, kekecewaan ke dalam ruang yang jauh dari pandangan orang. ku simpan semua rasa.. Rasa yang tak semua orang rasa.


RAMADHAN DATANG LAGI.

Ini ramadhan yang ke-4 tanpa abah disisi. Damailah abah di sana. Moga Abah bahgia dan ditempatkan ditempat orang yang mulia. Suatu nanti bila saat dan masanya tiba akan kita bertemu jua. kerana hakikat setiap yang hidup pasti bertemu ajalnya. Semoga ramadhan kali ini memberi makna. Makna yang hanya hati ini yang rasa. Aku rindu.

Share:

1 comments