Semalam pembentangan tajuk TRANSITION dalam kelas Moral Development in Sociological Perspective. Ia berkaitan peralihan kehidupan dari dunia kanak-kanak - sekolah- universiti-alam pekerjaan-bersara. Banyak perkara dalam hidup ini yang belum saya tahu. kadang-kadang saya memikirkan apa yang terbaik untuk saya dalam menempuh fasa alam universiti. Saya harus melakukan persediaan yang cukup hebat untuk menempuh alam pekerjaan. Apa-apa yang berlaku dalam sesuatu fasa itu akan mempengaruhi fasa yang akan datang.
seHEBAT PADI.. Makin berISI makin Tunduk.
~Ahmadsaiful of DeviantArt~
Jendela dibuka...,
Suasana baru terbentang di mata.
Langit makin cerah disinari suria...
Di hadapan terhidang luas padang menghijau.
Tesergam indah bangunan-bangunan dari mahallah Zubair.
E 2.7 Mahallah Ali.. Penginapanku kini..
Bakal membawa seribu erti dalam kamus hidup ini.
......................

Sebiru Hari Ini
Birunya Bagai Langit Terang Benderang
Sebiru Hari Kita
Bersama Di sini
Seindah Hari Ini
Indahnya Bak Permaidani Taman Syurga
Seindah Hati Kita
Walau Kita kan terpisah
Bukankah hati Kita Telah Lama Menyatu
Dalam Tali Kisah Persahabatan Illahi
Pegang Erat Tangan Kita Terakhir Kalinya
Hapus Air Mata Meski Kita Kan Terpisah
SELAMAT JALAN TEMAN
TETAPLAH BERJUANG
Semoga Kita Bertemu Kembali
Kenang Masa Indah Kita
Sebiru Hari Ini
: EDCOUSTIC
Kini bermula kembali.. kembara mengenal diri... mengenal Illahi..
Lama sudah tidak dapat 'update' blog, ekoran daripada beberapa faktor yang menghalang. Kini sudah hampir dua minggu bermulanya semester dua. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. keputusan peperiksaan semester lalu memuaskan. Meskipun tidak mencapai target yang diinginkan.
Sebagai pelajar, jangan berhenti berusaha. Jangan pernah putus asa. Alhamdulillah, semester ini saya mengambil 7 Subjek.
MORAL DEVELOPMENT FROM THE PSYCHOLOGICAL PERSPECTIVE
MORAL DEVELOPMENT FROM THE SOCIOLOGICAL PERSPECTIVE
THE ORGANIZATION OF THE SCHOOL CO-CURRICULUM
ETHICS IN COUNSELLING
THEORIES OF PERSONALITY
UNDERSTANDING STUDENTS WITH SPECIAL EDUCATIONAL NEEDS
BAHASA MELAYU LANJUTAN
Moga aku berjaya