Still chasing pavements.

Petang yang mendamaikan. Cuaca yang redup dengan angin sepoi-sepoi membelai wajah. Tidak seperti hari-hari yang sebelumnya. Hari yang indah seperti ini rugi kalau tidak dinikmati.

" Nik, jom jogging! "

       " Jom, kat mane?"

" Jogging dekat tasek la. kita lalu mahallah Salahuddin ok?"

       " Tak ada hal."

Kasut jenama Nike Lunarfly disarung.Ear phone dipasang dan mp4 dihidupkan. Langkah bermula merentas bumi UIA.


I wouldn't wanna be anybody else
You made me insecure,
Told me I wasn’t good enough.
But who are you to judge
When you’re a diamond in the rough?
I’m sure you got some things
You’d like to change about yourself.
But when it comes to me
I wouldn’t want to be anybody else.

" wei, Syahmi  kita rehat dulu la. Aku dah penat ni."

      " Ok. Jom rehat dekat tepi tasek tu."

Who says, who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurtin'?
Trust me, that's the price of beauty
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

Syahmi memandang ke dalam tasek. Nampak reflection muka. Nampak reflection orang bernama Syahmi. Nampak  reflection seorang pelajar kaunseling. nampak refection orang mengenggam ijazah.Nampak reflection seorang yang berjaya. Nampak reflection orang yang bahagia. Nampak reflection senyuman yang gembira. Indah!

Glurp!
Hilang terus reflection bayang-bayang tadi. Musnah!

"Nik, yang kamu campak batu tu kenapa?"

      " Dah tu kamu tersenyum sorang-sorang dalam tasek tu kenapa?"

" Errr, Mana ada.!"

      " Dah kantoi, tak mengaku pula"

" Sudah la, jom balik mahallah dah nak dekat maghrib ni"

It’s such a funny thing
How nothing’s funny when it’s you
You tell ‘em what you mean
But they keep whiting out the truth
It’s like a work of art
That never gets to see the light
Keep you beneath the stars
Won’t let you touch the sky


Seusai menunaikan solat maghrib. Syahmi mencari satu sudut dalam masjid. Badan disandar ke dinding.Kaki dilunjurkan. Terasa renggang urat-urat. Lega!

Mata memandang tubuh. memandang keseluruhan tubuh. Jelas ini bukan refelction seperti petang tadi. This is the real of me. Tubuh seorang bernama Syahmi. Tubuh seorang pelajar kaunseling. Tubuh seorang yang inginkan kejayaan. Tubuh seorang yang dambakan kebahgiaan. Tubuh yang menyimpan seribu satu rasa duka dengan menunjukkan senyuman. Inilah realiti.


Who says you’re not star potential?
Who says you’re not presidential?
Who says you can’t be in movies?
Listen to me, listen to me
Who says you don’t pass the test?
Who says you can’t be the best?
Who said, who said?
Won’t you tell me who said that?
Yeah, who said?

Ilusi selalu sahaja yang terindah. Kita bisa sahaja membayangkan perkara-perkara yang hebat sedangkan hakikatnya kitalah paling lemah. kita bisa sahaja mengimpikan menjadi yang arif sedangkan hakikat kitalah si dungu. Realiti mampu mengalahkan ilusi. Ilusi seperti bayang-bayang dalam air bisa dihapuskan oleh batu yang realiti jika dicampakkan ke air. Persoalan untuk diri kita, bagaimana nak jadikan Ilusi itu menjadi realiti? Bagaimana kita mengreflectkan ilusi itu supaya menjadi realiti? semua ada dalam hati. Hati yang punya keyakinan. Keyakinan dengan hakikat penciptaan. Hakikat kita diciptakan sebaik kejadian. Kita sahaja meletakkan ilusi itu dibawah "unconcious mind" kita tanam sedalam-dalam keyakinan itu sehingga realiti yang kita tidak inginkan itu berjaya menundukkan ilusi yang kita idamkan. Ayuh kembalikan keyakinan bahawa kita MAMPU dan kita BOLEH.


SELAMAT MENEMPUH TAHUN 2 PENGAJIAN DI UIAM SYAHMI!!!!!!


















                                                                      devianart~kpavlis

Sehelai kertas tertulis Things-To-Buy dipandang sekali lagi. Otak berputar-putar memastikan semua barang yang ditulis sudahpun dibeli.

"Rasanya semua dah cukup ni. beg..., seluar..., shampoo...., facial wash..., ubat gigi.., berus gigi...,"

Beg plastik Jusco dijinjing dua belah tangan sambil berjalan menuju ke parkir kereta. Barang-barang diletakkan di belakang. Enjin dihidupkan.Hanan menekan pedal minyak dan terus meluncur keluar dari pusat membeli belah Jaya Jusco.

                                                                     (^,^)

T-shirt putih Padini disarung ke badan. sedikit minyak wangi aroma oriental bouquet diletakkan sedikit di nadi lalu di sapu di tengkuk dan baju. Laptop disisi dibuka. Hanan membetulkan duduknya. mengambil angin petang2 diluar rumah sambil mengadap laptop.


                               nadiah: Salam alaik

Popup instant message dari laman sosial Facebook tiba-tiba muncul. Kening Hanan terangkat sebelah.

                               aiman_hanan: Salam. What's on?

                               nadiah: Nothing much. Ko dah siap packing nak balik esok?

                               aiman_hanan: so far.. semua dah settle. why? ko dah settle?

                               nadiah: aku still packing ni. ko tak baca ke status facebook aku?
                               aku siap tulis lagi kat status aku ~.P.A.C.K.I.N.G.~....

                               aiman_hanan: owh. sorry la aku baru on FB ni :) kalau macam tu
                               kamu siapkanlah dulu kerja kamu.

                               nadiah: eh tak pe.. aku tengah rest ni. hurmm weyh hanan... aku rasa macam tak   
                               bersedia je nak balik kampus ni. Entah la.. mungkin ni padahnya cuti 4 bln.

                               aiman_hanan: ala..janganlah macam tu. esok dah nak balik dah. nak tak nak kene
                               kene tempuh jugak. kita kan dah masuk tahun dua...

                               nadiah: hurmm tu la.. nak tak nak kene tumpuh juga la yer.. hehe. ko dah ready ke?

                               aiman_hanan: erkk.. aku?? hurmm ready kowt...        

                               nadiah: ade "kowt2" pulak..

                               aiman_hanan: hehe :)

                               nadiah: O.K. la bro, got to go. banayak x packing lagi ni. Assalamualaikum.

                               aiman_hanan: Rightio. waalaikumussalam.


                                                                     (^,^)


Hanan merebahkan badannya atas katil. Lengan tangan kanan diletakkan kebelakang kepala. Perbualan dengan Nadiah petang tadi diingat semula.

Bersedia ke aku?
Bagi orang lain mungkin tidak penting untuk memikirkan hal-hal sebegini. ala bila tiba masanya kena balik juga kampus tu. pergi kelas. jumpa kawan-kawan semuanya seperti biasa.

Itu bagi orang lain.. tetapi bagi aku?

                      PERMULAAN YANG BAIK MEMBAWA PENGAKHIRAN YANG LEBIH BAIK
Kena pastikan diri betul-betul dalam keadaan bersedia untuk menghadapi 4 bulan akan datang. Sebab itu ada dikalangan kita yang tidak mengambil endah tentang langkah pertama kebanyakan gugur di pertengahan.
Tidak guna kalau sekadar memastikan keperluan fizikal sahaja lengkap sedangkan minda kita masih kusut. Untuk itu.. marilah sama-sama kita pasang niat, pasang azam semoga langkah pertama kita esok membawa kejayaan di penghujung jalan sana.


.: everything you need to realize your dreams is right inside you. you are the person who can make things happen. you have great energy and potential within you to generate new ideas, connect with the right people and attract perfect opportunities. when you trust yourself enough, great things begin to unfold to the palm of your hand. just live your dreams today and make beautiful things happen! :.                         
" Jad, Angah buat solat witir dekat rumah je lah.. Rasa mengantuk sangat nak sambung."

          " Owh! oke."

" Nanti dah balik, gerakkan tau nak study sikit."

PETANG SEBELUM BERBUKA.

" Angah, Abah masuk hospital balik. Dia rebah masa nak pergi mandi"

" Hurmm, Nak patah balik ke? baru je sampai rumah dah nak berbuka ni."

" Tak pe lah, lepas terawih nanti tok dgn pah nak pergi hospital ikut sekali"

BALIK DARI SURAU

Selepas selesai solat witir.

" Ya Allah, ampunkan lah dosaku, dosa ibu bapaku. Ya Allah. Jadikan lah sakit yang Abah tanggung menghapuskan dosanya dan andai degan mengambil Abah dariku itu jalan untuk menghilangkan sakit yang ditanggung. Aku redha.  Walau berat hati ini untuk lepaskan dia pergi.  Ameen."

Badan rasa lemah. Mata semakin berat. Penat siang tadi tidak hilang lagi. Tidak sedar bila terlena.


12.00 TENGAH MALAM

"Angah, Bangun Angah."

Badan dirangkul dan dipeluk erat. air mata mengalir tak terucap.

"Abah dah tak da.. Pergi ambil wuduk, Baca Quran. Kejap lagi jenazah sampai"

Menggeletar. Sedih. Terkilan.

Menggeletar mendengar kabar kematian abah. Rasa seperti mimpi yang menakutkan.

Sedih, Sedih tak dapat berada di sebelah abah saat abah menghadapi waktunya.

Terkilan, terkilan sebab tertidur. tak dapat jumpa abah. minta ampun.

Ramadhan itu menjadi satu titik peralihan untuk aku. Peralihan menggantikan tempat abah sebagai ketua keluarga. Ramadhan itu memberi pengajaran bermakna. Ramadhan itu mendidik jiwa.. Ramadhan itulah yang buat aku jadi kuat, tabah, menyimpan segala kesedihan, persoalan, kekecewaan ke dalam ruang yang jauh dari pandangan orang. ku simpan semua rasa.. Rasa yang tak semua orang rasa.


RAMADHAN DATANG LAGI.

Ini ramadhan yang ke-4 tanpa abah disisi. Damailah abah di sana. Moga Abah bahgia dan ditempatkan ditempat orang yang mulia. Suatu nanti bila saat dan masanya tiba akan kita bertemu jua. kerana hakikat setiap yang hidup pasti bertemu ajalnya. Semoga ramadhan kali ini memberi makna. Makna yang hanya hati ini yang rasa. Aku rindu.
HaPpY bIrthDay to Me!!!

THANKS pada yg wisH
CUNGKIL? GILAP?

Huhu.. Apa ni? Tertanya-tanya tak?
tak da kaitan dengan kerja-kerja carigali yang perlukan kita mencungkil dan menggilap..


Terfikir nak bercakap tentang ini waktu tengah menyaksikan sukan tahunan adik saya.

"Beb, bila kamu main ni beb? asyik kawan kamu je dari tadi"
       "Tak main kot"
"kenapa?"


Hairan saya, permainan dah banyak dilangsungkan. dari tadi sekolah adik saya hantar budak yang sama. Bila masa untuk adik saya pula beradu tenaga??


" Mak, kenapa beb tak main-main pun?"
           "Entah, tadi mak dengar cikgu dia cakap, dia tak kuat lari"
" Laarrrhh.. mana boleh macam tu."


Kehairanan saya juga turut dirasakan oleh orang lain.


"Cikgu, bila anak saya nak main ni?"
          "Owh, nanti dia baru main"


Untuk permainan yang terakhir barulah nama adik saya dipanggil. 



Newer Posts Older Posts Home

ABOUT AUTHOR

Very Good Hello! i'm Syahmi, 26 years old. Penang-Ipoh-KualaLumpur i'm a rare species. save me before i extinct.. :p

POPULAR POSTS

  • Bahang Exam
    Perasan tak cuaca sekarang dah tak selalu hujan. Kalau hujan pun tak lama dan tak kerap.  Mungkin sebab dah nak masuk Januari kowt...
  • this story about CONFIDENCE, TRUST and HOPE
    One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of pray everyone gathered and only one boy came with an umbrella. That's CON...
  • Andai Bisa.
    Pandang sahaja pada matanya Mungkin kau bisa merasa.. Keperitan dan kesedihan yang dirasa Pandang sahaja matanya Mu...
  • DON'T FORGET WHAT YOU PROMISE BEFORE.
    Hello guys, As you read the tittle there, it is actually about me. Blogging or writing is something that i put in my Thing-must-do list....
  • Angan & Cita
    ambition by ~7oodie (devianart) Assalamualaikum. Lama tidak menulis dalam blog. Bukan apa, banyak idea menulis hanya tersimpan dalam draft ...
  • There's Only Today.
      Hello Malaysia! Semalam menjadi sejarah sekali lagi satu perhimpunan telah diadakan. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 organi...
  • Tahun 2013
    Untung Orang lahir tahun 1990. Mudah kiraan umurnya. 2013 ---- 23 tahun Syukur masih lagi di sini. Untuk hidup 23 tahun yang di beri....
  • The Power of Apps.
    Hello, hahaha once the mood come, terus tak berhenti kau tulis entry ye.. Tulis entry ni pun sebab my friend asked me to help him pro...
  • FIRST PAPER YANG MERESAHKAN!!!
    Semalam exam final. Sangat cuak bila first paper... takut bila apa yang dibaca tak keluar. Dalam resah gelisah tu boleh pulak tak jumpa temp...
  • CUNGKIL atau GILAP??
    CUNGKIL? GILAP? Huhu.. Apa ni? Tertanya-tanya tak? tak da kaitan dengan kerja-kerja carigali yang perlukan kita mencungkil dan menggilap...
Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Blog Archive

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  June (1)
      • Ramadhan kareem
  • ►  2015 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (37)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (41)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (15)
    • ►  January (9)
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)

Follow us

award dari kak ummu

award dari kak ummu

Copyright © 2016 Still chasing pavements.. Created by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates