Semalam exam final. Sangat cuak bila first paper... takut bila apa yang dibaca tak keluar. Dalam resah gelisah tu boleh pulak tak jumpa tempat exam. OK FINE! --> pengajaran datang awal!!!!!!
Alhamdulillah.. Semua soalan dapat jawab.. tapi tak sure la boleh dapat markah tinggi atau tak. 2 soalan pun dah 20 markah, bayangkanlah berapa banyak kena goreng!
Sangat-sangat meresahkan bila tengok ramai yang keluar awal! oke fine.. hebatnya diorang.... Saya memang jarang keluar dari dewan peperiksaan terlalu awal. Bagi saya, kita tidak tahu mungkin disaat-saat akhir Allah beri ilham kepada kita untuk menjawab soalan. Kadang-kadang saya keluar awal juga bila saya betul-betul yakin dengan jawapan yang saya tulis. :)
Ok, Esok dua paper sekali gus! oke ni bukan meresahkan lagi.. ini benar-benar buat hati berdegup kencang ala-ala luar alam punya style!
p/s : mlm ni final MASTER CHEF MALAYSIA.. *tiba2*
Yahhh... I'm still blogging even in the study week and the examination is just around the corner! itu tak masuk lagi masa yang digunakan untuk facebooking dan saya tersangatlah rajin mengepost status2 di FB...
Tak tahu mengapa sejak akhir-akhir ni rajin pula update status kat FB.. dah rasa macam melepaskan gian pula. Tak kisah orang nak kata saya syok sendiri ke.. apa ke.. ~peduli pun tidak!
Saya bakal menempuh peperiksaan akhir untuk semester ini. dan.... saya masih berjuang menghabiskan nota-nota yang belum dibaca......
terima kasih juga pada kawan saya yang sama-sama sudah pening tahap petala ke-8 :
Aisyh....,
Kuma dan
Lala setia memeriahkan suasana study saya!
Dah tahun 2012 dah??? Macam biasa.. klise sgtkan 'tahun baru azam baru'... Saya??? azam saya bukan bermula pada tahun baru.. tapi setiap hari... mmg setiap hari saya berazam untuk jadi org yang lebih baik. mungkin sesetengah orang azamnya lebih realistik barangkali. maksud saya lebih jelas nampak.. mungkin dari sudut pencapaian, kecemerlangan, target barang-barang yang mahu dimiliki.. mungkin juga ada azam yang ingin mengubah status dari SINGLE ---> MARRIED..
Walau sudah terlewat beberapa hari untuk post berkaitan dengan Tahun Baru.. tapi tidak salah bukan andai saya menganggap hari-hari adalah tahun baru bagi saya.
Kalau tanya saya apa azam saya??? terlalu banyak untuk disenaraikan..
tetapi yang saya mahu kongsikan.. 1 buku dihasilkan dalam tahun ini..
Hari ini saya di beritahu oleh sahabat saya, najmi mustaffa tentang seorang pelajar UIA Nur Jamilah karyanya yang berjudul 'friends forever berjaya diterbitkan buat kali pertama.. Ok! saya CEMBURU...!
Saya memang bercita-cita untuk menerbitkan buku sendiri.. bukan untuk mengejar glamor mahupun kemewahan tetapi adalah disebabkan kecintaan saya dan keghairahan saya dalam bidang ini. Saya gembira jika saya dapat kongsi apa yang saya rasa.. apa yang saya fikir apa yang saya angankan..Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa tidak ditulis sahaja di blog..Kenapa mesti buku sahaja? pasti ada yang meragui niat saya. Saya hanya melihat kepada keterbatasan saya dan juga pembaca. Mungkin dengan adanya buku, saya bisa bercerita kepada semua walau tiada bekalan elektrik sekalipun. Semua mampu membaca karya saya walau tiada perkhidmatan internet sekalipun. Sekurang-kurangnya kelak saya ada buah tangan untuk anak-anak saya bila adanya buku. :) Andai saya ikhlas bisa sahaja ia menjadi penambah pahala buat saya. Masa akan terus berlalu, meninggalkan kita, dan rugilah kita kalau gagal mengutip pahala dan hanya menggalas dosa!
Pernah sahaja bila saya suarakan hasrat ini, ada yang ketawa, ada juga yang menyindir sinis. Mungkin mereka beranggapan bahawa angan saya tidak mungkin bisa menjadi kenyataan. saya juga tidak menidakkan bahawa ada kawan-kawan yang memberi sokongan dan galakan. malah menyumbang idea terhadap cerita-cerita yang patut saya bawakan. Tetapi bagi saya, bak kata IMAEN Sebarang kata puji yang cuba mengangkat saya setinggi Everest atau sebarang nista keji yang mencampak saya ke jurang sedalam Marianas Trench tidak akan mengubah apa-apa. Ya! saya tidak apa-apa.
Ada yang mengatakan otak saya random! ikut sahaja kata hati, main aci redah dan sukar untuk dijangkakan. Tetapi bagi saya, tidak salah saya punya mimpi...andai bisa saya berlari ke langit mahu sahaja saya coretkan segala apa yang saya rasa..biar semua yang berada dibumi mampu membaca isi hati saya. seperti kata Iman xara, Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara... Kalau tidak dapat hasilkan buku sekalipun, saya masih ada ruang untuk menulis dimana-mana seperti blog, Fb... atau mungkin saya bisa menulis dilembaran-lembaran kertas lalu saya masukkan ke dalam botol kosong dan campakkan ke laut...untung-untung ada yang membaca dari jauh.
UNTUNG SABUT TIMBUL...UNTUNG BATU TENGGELAM... UNTUK SAYA???
BOLEH JADI TIMBUL DAN MUNGKIN JUGA BOLEH TENGGELAM..... siapa tahu.. rencana Tuhan untuk saya. :)
TERUS BERMIMPI,