Alhamdulillah.. akhirnya apa yang diinginkan oleh hati..berjaya dicapai...langkah pertama.. sya berjaya menyambung IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BIMBINGAN DAN KAUNSELING) (KEPUJIAN). Moga Allah memberkati sepanjang pengajian saya di UIAM bermula 6hb Julai nanti..

Setiap apa yang berlaku pasti ada pesanan yang di titip oleh Tuhan buat hamba-Nya untuk di jadikan pedoman dan panduan. Begitu juga apa yang saya lalui dalam hidup ini. Saya berusaha memahami bicara Tuhan. Bicara-Nya, teguran-Nya serta pesanan-Nya dapat saya rasakan di setiap apa yang saya lakukan. Saya amat takut kehilangan rasa itu. ISNIN :
" DAMN! aku tak bawa buku rekod kehadiran mengajar.. Habis lah Aku! baru kerja dah buat hal. alamak! jam dah 6.30 ptg ni.. masuk pukul 7 sempat ke kejar balik rumah dulu? ptg-ptg mesti jam.. arghhh Redah la dulu.." Hanan terus pergi ke lif di bangunan PETRONAS KLCC.. menuju ke P3.
" Eh.. betul ke tempat aku parking motor tadi? mcm lain je.. aduh.. da lewat ni.. ni da lah kali pertama park motor kat sini. pelupa betul aku ni" Hanan berpatah balik ke lif dan terus ke tingkat P4.
Hampa.. tidak ketemu jua tempat motornya yang diparkir pagi tadi.
" Jam dah 6.40 ni tak sempat ni.." Hanan berpatah balik ke lif menuju ke tingkat G. berjumpa dengan pak gurd..dengan muka tebalnya dia bertanya area parking motor tingkat berapa.
Setelah mengetahui yang tempat parkir motor hanya di P3 dan G hanan terus menuju ke P3. dan kali ini dia berjaya berjumpa tempat motornya di parkir.... tetapi jam sudah pun 7 ptg.
Hanan menghantar SMS kepada kawan di tempat kerja untuk maklumkan yang dia lambat sampai. Hanan terus memecut ke rumah untuk ambil buku rekod yang tertinggal..
Setiba di tempat kerja, Hanan menunaikan solat maghribnya terlebih dahulu memandangkan sudah hampir isya' tika itu.
Malam itu Hanan memikirkan kembali harinya yang agak kelam kabut tadi. Dalam masa yang sama Hanan memeriksa mesej-mesejnya yang tidak sempat dibaca..
Sender : UIA. faiz MZ 24 may 2010 8.40 p.m. SALAAM ISYA'! "Sesungguhnya besarnya pahala tergantung pada besarnya cubaan. Jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan mengujinya dengan cubaan. Barang siapa yang reda atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredaan Allah dan barang siapa yang berkeluh kesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah."- diriwayatkan oleh Anas r.a.
Hanan mengingati yang permulaan paginya hari itu... dia terlewat bangun dan menunaikan solat subuh secara kelam kabut dan ala kadar. Tidak kusyuk mahupun bersungguh-sungguh. apa yang pasti dia tidak mahu terlewat daripada pergi kerja. Mungkin disebabkan itu Tuhan menegurnya dengan menjadikan harinya itu kelam kabut dan tidak teratur.
Dalam menjalani hidup ini perlu kita ingat bhawa setiap aturan yang Tuhan jadikan ada sesuatu yang tersirat. Belajarlah untuk memahami bahasa Tuhan. Jagalah solat kita...dengan terjaga solat insyaAllah kita juga terjaga.~ Jiwahanan


Ding! Ding! Ding! Ding! Ding... Bunyi detakkan jam sebanyak 5 kali. Menandakan jam sudah pukul 5 petang.
Seusai solat asar berjemaah Hanan masih setia di tempat solatnya di Masjid al-Azhar KUIS. Sebahagian rakan-rakannya ada yang bergegas keluar bersiap untuk ke padang bola, ada juga yang masih menyambung menghafal al-Quran terutamanya pelajar Tahfiz wal Qiraat. Hanan bertelekur sendirian. Dia cuba mencari kembali rasa itu.. ya rasa yang selama ini mendiami lubuk hatinya. tapi, entah mengapa rasa itu seakan pergi. pergi dan semakin jauh dari hati. rasa apakah itu? Rasa berTuhan! Itulah rasa yang dia cari-cari selama ini. Rasa itu pernah ada dihatinya. Rasa berTuhan itu membuatkan dia bahagia dari biasa. Membuatkan hatinya mudah tersentuh dengan apa sahaja. Sensitif; lihat senja berlabuh sahaja mampu mengalirkan air mata, lihat gelap bukat malam membuatkan hatinya tersentuh, dengar sahaja alunan al-Quran buatkan hatinya menangis hiba. Ya.. kini rasa itu semakin hari semakin pergi... Hanan melangkah lemah. keluar dari masjid. dia berjalan perlahan-lahan menuju tasik dipintu utama masuk KUIS. Hatinya mengalunkan kata-kata
Ya Tuhanku,
Dalam perjalanan yang belum terhenti ini. Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda… Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan. Layakkah aku dalam rahmat-Mu… Di bawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu. Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.
Wahai Tuhanku,
Ku merayu di malam hari. Menagih ampunan dan kasih sayang-Mu.
Wahai Tuhanku,
Rayuanku, terimalah daku… Sebagai hamba-Mu yang dalam lindungan-Mu setiap saat masa yang berlalu. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasih sayang-Mu Ya Rabbi.
Ya Allah,
Dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik di malam yang hening. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar. Mengharapkan doaku bertaut dalam restu-Mu.
Wahai Tuhanku,
Pencipta Kasih Sayang. Yang Memiliki Setiap Hati. Yang Maha Mengasihi. Kasih sayang yang luhur buat hamba-Mu.
Ya Rahman. Ya Rahim,
Kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cinta-Mu Ya Rahman. Rayuanku, janganlah kasih yang setitis di dalam hati ini, melalaikan daku dari mengingati-Mu. Pautkanlah daku pada cinta dan rahmat-Mu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi. Segala puji-pujian bagi-Mu Ilahi, ke atas semua nikmat-nikmat-Mu yang tidak terhitung.
Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah…
Saya suka membaca hasil karya ust hasrizal.. penulisannya yang padat dengan pesanan. Bukunya yang terbaru " SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH" dalam bab 'MASIN MULUT BONDA'. ringkasannya,,, ust hasrizal menceritakan yang ada beberapa peristiwa yang dia lakukan tetapi ada larangan bondanya.. akhirnya apa yang dilakukan tidak menjadi lancar dan ada sahaja musibah yang berlaku. Begitu juga dengan apa yang saya rasa.. ya.. yang saya terkesan serta terkilan.. menyesal? mungkin juga.. saya manusia.. tentu punya rasa.. Dulu saya pernah belajar di KUIS. saya ingat lagi saya tak dapat tawaran ipta.. saya nak masuk KUIS.. tetapi saya begitu risau untuk minta pada mak saya.. sehinggakan saya terpaksa tulis surat dan masukkan dalam beg tangan mak saya. dan akhirnya mak saya izikan.. saya sempat belajar 1 sem.. alhamdulillah.. saya belajar dengan seronok, aman bahagia dan CEMERLANG! kehidupan saya dengan rakan-rakan begitu baik. dengan pelajar ijazah dan senior juga sangat akrab. kepercayaan lecturer pada saya sangat tinggi hingga sanggup mengizinkan saya menjadi pengarah program satu program yang melibatkan pelajar senior ijazah dan diploma.. padahal masa itu saya pelajar diploma tahun 1! habis satu semester saya dapat tawaran UIAM. wow... universiti idaman. saya maklumkan pada mak.. mak tidak izinkan sebab duit banyak habis di KUIS.. banyak kali saya tanya dan telefon mak ketika itu.. hampir sahaja saya melupakan hasrat untuk masuk UIA. akhirnya mak benarkan sebab atuk saya suruh masuk. saya tahu mak berat hati. dan akhirnya.... kehidupan saya tak seperti di KUIS sebelum ini. prestasi pelajaran semakin menurun... entahlah.. ujian Allah pada saya.. doakan yang terbaik untuk saya...
ABOUT AUTHOR
Very Good Hello! i'm Syahmi, 26 years old.
Penang-Ipoh-KualaLumpur
i'm a rare species. save me before i extinct.. :p
POPULAR POSTS
-
Perasan tak cuaca sekarang dah tak selalu hujan. Kalau hujan pun tak lama dan tak kerap. Mungkin sebab dah nak masuk Januari kowt...
-
One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of pray everyone gathered and only one boy came with an umbrella. That's CON...
-
Pandang sahaja pada matanya Mungkin kau bisa merasa.. Keperitan dan kesedihan yang dirasa Pandang sahaja matanya Mu...
-
Hello guys, As you read the tittle there, it is actually about me. Blogging or writing is something that i put in my Thing-must-do list....
-
ambition by ~7oodie (devianart) Assalamualaikum. Lama tidak menulis dalam blog. Bukan apa, banyak idea menulis hanya tersimpan dalam draft ...
-
Hello Malaysia! Semalam menjadi sejarah sekali lagi satu perhimpunan telah diadakan. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 organi...
-
Untung Orang lahir tahun 1990. Mudah kiraan umurnya. 2013 ---- 23 tahun Syukur masih lagi di sini. Untuk hidup 23 tahun yang di beri....
-
Hello, hahaha once the mood come, terus tak berhenti kau tulis entry ye.. Tulis entry ni pun sebab my friend asked me to help him pro...
-
CUNGKIL? GILAP? Huhu.. Apa ni? Tertanya-tanya tak? tak da kaitan dengan kerja-kerja carigali yang perlukan kita mencungkil dan menggilap...
Powered by Blogger.
Followers
Total Pageviews
Follow us
award dari kak ummu
