Still chasing pavements.

Hello there...

Sekarang jahit manik dekat baju dah common kan?? but still ada yang gigih pergi tempah dengan orang since you guyz tak pandai nak jahit sendiri kan?

Kalau ambil tempahan mesti mahalkan?? beratus ratus kot. Terfikir tak kalau korang pandai jahit sendiri, korang tak payah upah orang plus BOLEH AMBIL UPAH pula.. Kiranya dalam masa yang sama korang boleh berniaga juga..

Jadi, saya nak ajak sapa2 yang berminat untuk turut serta bersama saya belajar menjahit manik bulan NOVEMBER ini.

Date: 23hb November 2013
Time: 10 am - 5pm
Venue:  6-1A Medan Bukit Indah 3, Bukit Indah 68000 Ampang, Selangor. 
Jenis Jahitan : 10 teknik jahitan asas. SEPULUH tauuuuu!! SEPULUH!!!! sapa nak ajaq hampa banyak tu?

"Sesi Bengkel Sehari Jahitan Manik kami ini bakal mendedahkan langkah demi langkah sehinggakan peserta yang tidak pernah mempunyai asas dan pengalaman menjahit akan dapat menguasainya dengan mudah. Pelbagai tips akan diberikan sepanjang sesi bengkel tersebut.
Melalui sesi Bengkel Sehari Jahitan Manik ini, kebolehan setiap peserta akan diasah dan digarap sehingga anda mampu untuk melakukannya sendiri. Percaya atau tidak, dengan berpandukan modul pembelajaran kami, anda juga boleh pandai menjahit manik hanya dalam masa 1- HARI !" - Dannie kamaruddin (Pakar Manik)


woii korang akan diajar oleh pakar manik kot. Sijil penyertaan juga akan diberikan.. so, korang kira boleh yakinkan pada orang yang korang boleh jahit manik lepas ni.

Jadi, saya mencari hanya 5 orang untuk join saya. Kalau duduk sekitar2 KL tu ok lah.. senang nak datang.

Limited untuk 5 orang sahaja.

10 JENIS JAHITAN dengah harga yuran sebanyak RM150.

RM150 (Bahan manik,jahitan dan kain disediakan, 10 Jenis Jahitan, Sijil Penyertaan)

worth it kan???? JOM!

Berminat? sila contact saya di talian 0132369373

Tarikh tutup pendaftaran 13.11.2013

Sini gamabr2 contoh2 jahitan dan juga peserta yang pernah join.

    
















Banyak perkara yang dilalui, dihadapi, dijalani serta dikendali sepanjang semester ini, Sehingga tak sempat untuk meluangkan masa untuk mencoret kata-kata.

Sekarang saya sudah pun berada dalam minggu ke-6 semester ini. Tinggal 10 minggu je lagi untuk habiskan kuliah dan semester depan internship!!! yeayyy. 8 bulan je lagi nak habiskan degree ni..

Dalam minggu-minggu yang berlalu kerja -kerja yang mendatang tanpa henti. Dalam awal minggu semester kena handle program untuk pelajar dari Johor Baru SMA Bugisiah datang ke UIAM. Awal-awal semester dah macam-macam drama. Tahu-tahu je la kan kalau dah berprogram ni, banyak orang banyak ragam. Jadi layankan je.

Lepas tu minggu seterusnya handle program untuk special needs students. Ini lagi banyak drama and dekat sini you will know the true color of ur frenzz. But forget about the drama.. Untuk program ni, seronok dapat bersama dengan diorang. They are so special and cara layanan pun kena special juga la..

Next, Lawatan from Sekolah agama dari Johor Bharu lagi. Nasib baik they only requested for jalan-jalan sekitar UIA. if not... sumpah x larat dah nak handle. Buttttttt,

Untuk kelas seminar, kitorang kena buat World Mental Health Day celebration. Tapi main committee is from group lain. Kitorang sub com diorang. Ini belum lagi kerja-kerja lain yang x perlu nak sebut kat sini. sumpah.. banyak yang nak dicerita hingga tak tercerita.. jadi saya tulis je mana yang mampu. Sini ada beberapa gambar untuk tontonan umum.

activities that we did 

with the chaiperson

i choose healthy lifestyle



Hello Hello Hello Kitty!

FYI, i dah habis practicum. >___<

Right after seminggu lepas hari raya, habis bertugas sebagai kaunselor pelatih.
The most terrible part is time nak buat report. Tuhan saja yang tahu, betapa dateline yang diberi tidak dapat cover semua report yang perlu dihantar. Sampai demam dan sempot dibuatnya hingga kan tidur malam bertemankan gas penyedut!

Since the result still in progress. Jadi saya tak tahu saya dapat grade apa for my practicum. Hopefully berbaloi baloi la.

Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang berada di SMKTS.
Terima kasih untuk semua yang membantu.



Selamat hari raya!!!




















perasan tak yang this month punya ramadhan tak terasa apa2 pun. i mean. masa dia jalan cepat sangat. especially for me la yang dah start kerja as trainee counselor kan. Masa tu berjalan cepat je. Ke saya sorang je rasa???? >___<








Btw, skrng dah 5 syawal kan..  ada yang masih bercuti, sibuk memenuhi undangan open house, ada yang dah mula kerja, ada yang duduk rumah kira duit raya, tengok tv dan ada juga yang dah mula puasa 6. Eh, puasa 6???  




Yer adik2. Puasa 6. Tahu tak adik-adik yang puasa 6 adalah puasa selama 6 hari di bulan syawal. :) puasa 6 adalah puasa sunat yang mana banyak ganjarannya. 

Menurut dalam laman web ukhwah.com yang saya google dalam artikal yang disiarkan menyatakan, Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. *if ada ustaz2 kat luaq sana if salah kenyataan ini mohon pm saya ya*

:)

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Wahhhh korang!!!  boleh bayangkan tak?? baby baru lahir macam mana? suci lagi kan... korang tak nak ke rebut peluang ni?

kaedahnya bagaimana?

ada yang puasa straight 6 hari. ada yang putus2 tetapi masih dalam bulan syawal kecuali 1 syawal. 1 syawal hari raya dik nooon. haram puasa tauuuu.

Ok biasanya ada yang akan niat qhada sekali dengan niat puasa 6 kan? especially yang perempuan coz diorang nak ganti puasa alang2 dah nak puasa 6 kan. ok.. dalam artikel yang di paparkan dalam laman web ukhwah.com ni kata,

yeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

So??? better pilih asing la kot. kan? 

My makcik and nenek dah start since raya kedua lagi... hahahaha dasat2. dah nak habis dah. Diorang buat direct terus 6. since diorang puasa. saya la yang jadi tukang buat air dan tukang rasa makanan untuk tetamu yang datang.

InsyaAllah.. Lepas ni saya pula nak puasa. Jom la sesama kita! 
Bila hari raya je, dalam kepala yang terlintas mesti baju raya, kueh raya, duit raya dan semua raya yang ada di muka bumi ini kan?? >..<

FYI, Saya tak beli lagi baju melayu. :) InsyaAllah hari masak nanti baru mak ajak pergi beli. Sejak dah masuk universiti ni, memang dah tak kisah sangat. Beli baju pun last-last minute.Dulu masa kecik-kecik zaman 1997-2000 biasanya mak akan jahit baju kitorang tak pun, makcik or jiran-jiran dekat kampung. So, baju memang akan ikut ukuran bentuk badan. Saya punya badan memang susah kalau nak beli siap sebab saya ni kurus. Kalau beli yang siap. Tak cantik. besar gelebeh. *__*

Sekarang, memang tak sempat. kalau untuk raya, beli je mana yang berkenan dihati.

Cakap pasal baju melayu. Boleh tengok la perubahan pada baju melayu dulu dan sekarang. Kalau dulu, baju melayu biasanya kosong je kan. kalau nak bercorak pun sekadar petak-petak atau belang-belang jalur.

Tapi sekarang dah dimoden kan. ada yang baju warna lain, tengkuk, poket, warna lain.

Contoh dia macam ni.


ada pula yang lengan dia boleh lipat-lipat macam ni


Cantik kan?? nampak moden la orang kata. Tapi im certainly not wearing this for my hari raya. :) Jiwa saya more to Baju Melayu dulu-dulu. Kosong. Simple.

Tapi, Kalau saya beli baju macam atas ni, saya akan pakai time ada occasion tertentu je. Ye lah. baju cantik sayang nak guna hari-hari. :)

Untuk baju diatas ni saya jumpa dalam blog engkumuzahadin. Boleh la kalau nak tengok koleksi-koleksi kontemporari yang ada.

Ok. Kalau cakap pasal pilihan hati saya.  Korang boleh ke Butik Sofia Iman. Saya suka baju melayu kosong yang dikenakan dengan kain songket macam ni.


Yang nampak kan dia berbeza adalah kain songketnya. Nampak lebih smart kan??? betul tak. Kemas, simple, dan handsome. :)


 Korang boleh la melawati laman web dia dekat sini : sofiaiman

Walau apa jenis sekalipun baju melayu anda pakai pastikan anda selesa dengan pakaian tersebut. Itu tips yang paling penting. Beli fabrik yang tak panas dan tak mudah kedut :)


Kalau nak pakai mcam ni pun x pe. ngeeeeee..

xoxo,
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT AUTHOR

Very Good Hello! i'm Syahmi, 26 years old. Penang-Ipoh-KualaLumpur i'm a rare species. save me before i extinct.. :p

POPULAR POSTS

  • Bahang Exam
    Perasan tak cuaca sekarang dah tak selalu hujan. Kalau hujan pun tak lama dan tak kerap.  Mungkin sebab dah nak masuk Januari kowt...
  • this story about CONFIDENCE, TRUST and HOPE
    One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of pray everyone gathered and only one boy came with an umbrella. That's CON...
  • Andai Bisa.
    Pandang sahaja pada matanya Mungkin kau bisa merasa.. Keperitan dan kesedihan yang dirasa Pandang sahaja matanya Mu...
  • DON'T FORGET WHAT YOU PROMISE BEFORE.
    Hello guys, As you read the tittle there, it is actually about me. Blogging or writing is something that i put in my Thing-must-do list....
  • Angan & Cita
    ambition by ~7oodie (devianart) Assalamualaikum. Lama tidak menulis dalam blog. Bukan apa, banyak idea menulis hanya tersimpan dalam draft ...
  • There's Only Today.
      Hello Malaysia! Semalam menjadi sejarah sekali lagi satu perhimpunan telah diadakan. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 organi...
  • Tahun 2013
    Untung Orang lahir tahun 1990. Mudah kiraan umurnya. 2013 ---- 23 tahun Syukur masih lagi di sini. Untuk hidup 23 tahun yang di beri....
  • The Power of Apps.
    Hello, hahaha once the mood come, terus tak berhenti kau tulis entry ye.. Tulis entry ni pun sebab my friend asked me to help him pro...
  • FIRST PAPER YANG MERESAHKAN!!!
    Semalam exam final. Sangat cuak bila first paper... takut bila apa yang dibaca tak keluar. Dalam resah gelisah tu boleh pulak tak jumpa temp...
  • CUNGKIL atau GILAP??
    CUNGKIL? GILAP? Huhu.. Apa ni? Tertanya-tanya tak? tak da kaitan dengan kerja-kerja carigali yang perlukan kita mencungkil dan menggilap...
Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Blog Archive

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  June (1)
      • Ramadhan kareem
  • ►  2015 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (37)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (41)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (15)
    • ►  January (9)
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)

Follow us

award dari kak ummu

award dari kak ummu

Copyright © 2016 Still chasing pavements.. Created by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates