PANTAS MASA BERLALU

MASA ITU HALILINTAR

Ezani : Hanan! perasan tak?? cepat je kan dah hari khamis... rasa baru je hari isnin.

Hanan : Yup! kamu sedar tak yang kita dah sebulankan duk UIA ni. padahal hari tu baru je minggu taaruf.

Ezani : Ye la.. sekarang masa cepat betul berlalu.. kita pun kena pantas juga


Masa begitu pantas berlalu. Hampir sebulan berada di UIAM gombak tidak terasa perubahan masa yang sedang berlaku. Segalanya berlaku terasa seperti terlalu cepat. Terasa diri masih baru mendaftar disini. Kerja-kerja semakin bertambah. Tugas sebagai pelajar dan bakal kaunselor sangat menguji diri. Bukan senang nak senang! perjalanan hidup ini benar-benar mendidik diri. Satu cara Allah mentarbiyah diri kita. Ahlan wa sahlan kepada sahabat baru dalam diri ini.. kalian menambah warna dalam kehidupan saya. mengenali kalian buat aku kenal diri.. mengenal diri buat aku mengenali Tuhan! TERIMA KASIH untuk ukhwah ini.

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk

Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut
tiap kali aku terjatuh


Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin

Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


Share:

0 comments