KAU PERGI.....




picture by:marebear-bear




" Abang, ni sem last saya di KUIS. Saya dapat tawaran daripada UIA." Hanan menundukkan kepalanya. Dia tidak mampu memandang muka abangnya.

" Adik, dah fikir masak-masak? Lagipun dah satu sem adik dekat sini.” Firdaus memandang wajah Hanan dengan rasa kasih sayang. Walaupun mereka bukanlah saudara kandung dan malah mereka baru sahaja kenal dalam satu semester.

Ni pesanan arwah abah supaya adik dapat belajar di UIA. Lagipun adik lebih rela meninggalkan daripada ditinggalkan.”

“ Jadi, adik rela la tinggalkan abang disini?”

“Adik tak sanggup sebenarnya, tapi adik yakin yang abang mampu hidup tanpa adik. Abangkan ramai kawan disini”

……………………………………….

"Ok class! Our lesson is about DEATH! The phase of death. Anybody know about death? How u fell when u know that u'll die?" Dr Nik Hisham memulakan kelas 'Educational Psychology' dengan persoalan.

seluruh kelas diam menanti butir bicara selanjutnya.

“Hanan! tell me the phases of death.” Suara Dr Nik membawa pergi ingatan Hanan dan mengembalikan fikirannya ke dalam Kuliah.

“ Err… Sorry Dr, can you please repeat the question…” Hanan membetulkan duduknya.

“ Awak berangan apa dalam kelas saya? Ok tidak mengapa, kita teruskan pelajaran kita.” Dr Nik meneruskan kuliahnya.

"ok! according to Elisaheth kubler Ross there are 5 phases of death. 1) Denial 2)Anger 3)Bargaining 4) Be pression 5) Acceptance." Dr Nik menjelaskan apabila seseorang itu tahu bahawa kematiannya semakin hampir fasa pertama yang akan dilaluinya adalah denial, menafikan bahawa dia tidak sepatutnya mati. How come i can die?? im taking good care of my health.

Fasa yang kedua adalah anger. Seseorang itu mula marah. Marah pada diri dan juga orang sekeliling. why u dont tell me earlier doctor? dan bermacam-macam lagi.

Kemudian dia akan melalui fasa yang ke tiga iaitu bargaining. merayu pada semua orang supaya diberi peluang hidup. Doctor ! please.... help me.. i will pay u! ya Tuhan, beri peluang untuk aku hidup lagi. Merayu, merayu dan terus merayu.

Akhirnya membawa ia kepada fasa Be pression. dia mula rasa tertekan dan ingin bersendirian. tidak mahu bertemu sesiapa hinggalah dia akan menerimanaya dengan pasrah dan ini adalah fasa terakhir.

Semua memberi perhatian yang penuh dalam kelas Dr Nik. Begitu juga Hanan menumpukan semula perhatiannya.

Kelas pagi itu tamat seperti biasa. Hanan terus ke masjid memandangkan hari tersebut adalah hari jumaat.

Seusai solat Hanan menemani rakannya ke kafe untuk makan tengah hari.

Bip! Bip! Bip!

Telefon bimbit Hanan menunjukkan ada panggilan diterima.

“Assalamualaikum! Siapa?” Hanan memulakan bicara.

“ Hanan, ni Wan ni. Kamu kenal tak Firdaus? Ala… yang keluar sama-sama dengan kita beli baju raya tu.”

“ ohhh.. Kenal. Kenapa?”

“ Dia dah meninggal…. Tengah hari tadi. Lemas dalam tasek KUIS.”

“ Ya Allah… Innalillah.. Jenazah dimana sekarang?”

“Jenazah di hospital Serdang. InsyaAllah solat di masjid KUIS”

Hanan mula menitiskan air matanya. Berita yang dibawa oleh Wan benar-benar diluar dugaannya. Dia mula teringat kata-katanya dulu.

Lagipun adik lebih rela meninggalkan daripada ditinggalkan.”

Hanan tidak sangka dahulu dia berpisah tempat pengajian sahaja. Tetapi kini Firdaus pergi untuk selamanya.

“ Ok lah Wan. Nanti aku datang”

……………………………………………………………………………………………..

HILANG

Aku ibaratkan setiap individu yang hadir dalam hidupku tidak kira dari ahli keluargaku sendiri mahupun teman-teman mereka adalah umpama sebahagian daripada anggota tubuhku. Ada yang melengkapiku seperti tangan, kaki,mata, telinga, hati dan sebagainya. Apabila hilang salah seorang daripada mereka daripada hidupku, maka hilanglah anggota tubuhku.

UNTUKMU

Aku yakin dan percaya, Allah lebih menyayangimu. Semoga rohmu dicucuri rahmat. dan ketahuilah bahawa, aku tidak pernah melupakan apa yang pernah kita lalui bersama meskipun hanya dalam satu semester.

Aku juga percaya perpisahan ini dua dimensi yang berbeza. Semoga kita dapat bertemu di akhirat sana. Memulakan putik-putik ukhwah yang membahagia.


KAU PERGI

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu


Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia



Share:

0 comments