Ada Apa Dengan Senja


" Kenapa duduk sorang-sorang ni?"

"Saja.., nak join?"

"boleh juga."

Aiman Hanan memberi sedikit ruang kepada Kamil Asyraf untuk duduk disebelahnya. Aiman hanan suka bersendiri dikala senja hampir melabuhkan tirainya.
" Kamil sihat?" Aiman Hanan sekadar berbasi-basi.

"Alhamdulillah! sihat." Kamil Asyraf menjawab ringkas."Kenapa Hanan suka duduk dekat sini ya? waktu petang-petang macam ni? ada masalah ke?" Kamil ikhlas bertanya.
" Masalah? errr.. mana ada, kenapa.., muka Hanan macam orang bermasalah ya?" Aiman Hanan membalas.

Angin bertiup lembut, mata Aiman Hanan terkena habuk kecil. Dia memejamkan mata seketika. Pedih.

Kamil Asyraf memegang muka Aiman Hanan lembut. Dibukakan kelopak mata Aiman Hanan. Lalu meniup lembut ke mata Aiman Hanan. Sejuk.
" Terima Kasih!" Kata Aiman Hanan. Ikhlas. "Nak tahu tak? Hanan suka tengok pemandangan waktu senja. Rasa tenang. Kadang-kadang rasa sedih, sebak dan rasa nak menangis sahaja. waktu senja, cantik. Sukar nak ungkap dengan kata-kata. Rasa nak gapai sahaja langit itu." Aiman Hanan berbicara.

" Owh.. syahdunya sahabat aku seorang ni." Kamil Asyraf mula berdiri dan mengadap matahari yang terbenam. Berusaha merasai apa yang sahabatnya rasa. Memang benar, melihat keindahan diwaktu sebegini memang cantik. Kenapa dia tidak pernah perasan yang di SMK Bukit Merchu ini ada pemandangan seindah ini.
Aiman Hanan menarik tangan Kamil Asyraf untuk duduk kembali. Aiman Hanan merapatkan tubuhnya disisi Kamil Asyraf. Mereka mengadap antara satu sama lain. Aiman Hanan meletakkan novel SINERGI karya HILAL ASYRAF di sebelahnya lalu memegang kemas bahu Kamil Asyraf.

"Terima Kasih sebab jadi sahabat aku" Aiman Hanan berbicara. Ikhlas.
" Eh, macam Irfan dalam novel SINERGI pula kamu ni. Ni pengaruh Hilal Asyraf la ni." Kamil Asyraf menguntum senyum. Terhibur dengan gelagat sahabatnya. Ada sahaja kejutan yang dibuatnya. " Terima kasih juga sebab jadi sahabat aku yang setia"
........................................................................................................................
UNTUKMU...



Kami berbeza dari semua perkara. Seorang bakal Kaunselor dan seorang bakal peguam negara. walau berbeza, angan kami tetap serupa. Kerana yang menyatukan hati kami adalah IMAN di jiwa. Kasih kami hanya mengharap redha-Nya.....Moga ukhwah ini sampai ke syurga...... Dan SENJA ITU MENJADI SAKSI KITA......




...

Share:

0 comments