Detik-Detik yang berlalu

Ya Allah.. rindunya ingin menulis kembali. Tangan mula rasa gatal untuk menekan tiap-tiap kekunci, perasaan ingin mencoret kata-kata kembali meninggi.. Tetapi, apakan daya masa lebih mencemburui... tugasan sedia ada menuntut hak-hak mereka untuk didahulukan. Peperiksaan yang sudah dijanjikan tarikhnya kian tiba...dan kini untukmu blogku! hehe :)

MINGGU SELEPAS RAYA.
Ya, tidak dinafikan oleh semua..Minggu selepas raya teramatlah sibuknya.. Tidak terkecuali saya dan rakan-rakan. Kami ditugaskan untuk melaksanakan program di sekolah yang telah dipilih. Alhamdulillah...Group saya yang mulakan dulu. Buka sahaja kuliah selepas raya, kami sudahpun sibuk dengan persiapan untuk program kepimpinan untuk adik-adik SMT Gombak. Alhamdulillah program tersebut kini selesai.. komen yang positif dari adik-adik dan pihak sekolah... Disepanjang saya menjadi pengarah program, saya mendapati bukanlah mudah bagi saya untuk memuaskan hati semua pihak terutamanya dalam kalangan AJK. begitu konflik yang berlaku sehingga ada yang mahu korbankan persahabatan yang terjalin. Ramai jugalah pihak yang berkecil hati... Saya dapati saya bukanlah seorang yang layak untuk jawatan pengarah program. meskipun begitu, ketahuilah wahai sahabat.. aku berusaha untuk kearah yang terbaik. kepada sesiapa yang terasa hati sepanjang kita bekerja bersama, maafkan saya. semoga Allah membalas jassa baik kalian. Untuk adik-adik SMT Gombak.. gembira dapat bertemu kalian.. sesungguhnya kalian adalah generasi masa depan yang bakal mencorak MUSTAQBAL NEGARA.

Adik-adik SMT Gombak


PEPERIKSAAN & TUGASAN
Alhamdulillah, fatrah peperiksaan pertengahan semester selesai juga. keputusannya juga Alhamdulillah, saya lulus. Syukur tidak terhingga kepada Allah atas apa yang diaturkan-Nya. Kini persediaan untuk peperiksaan akhir semester pula yang hampir tiba. Saya akui.. untuk jadi seorang kaunselor itu bukanlah mudah. banyak betul tugasan yang diberi. kebanyakkannya kerja-kerja yang memerlukan saya keluar dari kampus. mencari sekolah,kaunselor, guru dan klien. Perlu jalankan program, perlu lakukan temuramah, mocking in class, report sesi kaunseling dan sebagainya. Ini baru permulaan. baru semester pertama di kampus induk. Masih panjang dan jauh perjalanannya. Makanya, langkah pertama itu haruslah kuat, lengkap, hebat dan bersedia untuk segala mehnah yang menanti.

Share:

0 comments