Saya kaunselor?? Guru kaunseling??


2007 di Rumah Klebang Jaya.


''Angah, angah jadi cikgu je la.. Cuba isi maktab''


mak sibuk melipat pakaian kami.

dia mula bicara akan soal masa depan.


'' kalau angah kena mengajar ke sabah, Serawak pun mak ikut. Dapat mana-mana pun mak ikut. Rumah ni kita sewakan"


Bicaranya penuh harapan. harapan seorang ibu terhadap anak terunanya seorang.


Tika itu aku baru sahaja selesai mengajar anak-anak jiran.

Dalam fikiran cuba mencerna apa yang mak katakan.

Benar .... siapa yang akan jaga mak nanti.. kalau bukan aku...??

Benar.. selepas kakak berkahwin.. mak punya siapa lagi kalau bukan aku...??

Benar.. andai jodoh adik perempuanku hadir sebelum aku.. dengan siapa mak nak menumpang kasih kalau bukan aku??

Benar... kakak dan adik akan bersama bakal-bakal suami mereka suatu hari nanti..


2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah...



Name
MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD JAMIL
Matric No.
1017433
Programme
BACHELOR OF EDUCATION (GUIDANCE AND COUNSELLING)


Berjaya, berada dalam bidang pendidikan...


masih teringat saat di Darjah 1..

saat mengisi borang 001..

diruangan cita-cita..

ya.. perkataan 'Guru' lah yang ku tulis buat pertamanya dalam borang 001.


kini..

aku disini...

disini mengisi diri..

mempersiapkan diri..

bakal kaunselor..

bakal mendengar rintihan anak-anak remaja..

bakal mendengar luahan rasa ibu bapa..

bakal mendengar ceritera anak bangsa..

bakal mendengar perit jerih pemudi pemuda..

bakal mendengar... mendengar.. mendengar...

mendengar ibarat punya telinga ke-3

bukan sekadar mendengar.. tetapi turut sama membimbing...

turut sama merasai..

turut sama menghayati..

turut sama merenungi..

mengenali anda.. aku juga mengenali diri...



Oktober 2010...

sudah di akhir semseter pertama kini...

segala teori-teori dihadam kini...

bakal dicurahkan di kertas peperiksaan nanti..

bakal digunakan suatu hari nanti..

benar.. bukan mudah...

benar..bukan senang..

benar.. ia mencabar...

terfikir kembali...

adakah aku 'in the right track'??

adakah kata-kata mak itu doa hingga aku dijalan ini...

mampukah aku teruskan???

moga aku mampu...

bakal kaunselor dan guru




p/s mak.. pergi pangkor 6hb ni.. jangan lupa ole2.. sorry tak dapat join mak.. angah ada exam..

Share:

0 comments