Kaunselor TerHebat




seHEBAT PADI.. Makin berISI makin Tunduk.
~Ahmadsaiful of DeviantArt~
Jendela dibuka...,
Suasana baru terbentang di mata.
Langit makin cerah disinari suria...
Di hadapan terhidang luas padang menghijau.
Tesergam indah bangunan-bangunan dari mahallah Zubair.
E 2.7 Mahallah Ali.. Penginapanku kini..
Bakal membawa seribu erti dalam kamus hidup ini.

......................


Segenggam Tabah nyanyian kumpulan Inteam berlagu di radio.
Makna yang mendalam.
Ku terus memandang ke luar jendela.
Sesekali bayu lembut menyentuh muka.
Damai.... menenangkan hati yang gundah.
Syukur padamu Tuhan.
Disini aku ditempatkan...
Alhamdulillah...

......................

" Angah, Tukarlah UIA. Dulu Arwah abah ada cakap dengan Mak Teh... Kalau Angah tak dapat belajar di Mesir..., UIA pun jadilah" Mak Teh memujuk

" Mak, tak setuju, sebab dah habis banyak dah di KUIS. Terpulanglah pada Angah.. Angah yang nak belajar." Mak pula bersuara.

Aku? tiada jawapan untuk itu.... solat kudirikan... mengharap petunjuk-Mu Tuhan.
Akhirnya... dia memberikan....
Mimpi yang indah....
Mimpikan UIA..
Pergilah aku membawa diri...
Bersama harapan orang yang sudah Pergi....


.................................


Matrikulasi UIAM.

"Ya Allah.. Susahnya pelajaran ni. Kenapa sudah Baca pun tak faham-faham lagi.." Hati merungut....

" Rasa nak patah balik... nak belajar di Kuis semula.. exam susah nak score.. pointer pun rendah sangat. malu" Harapan sudah kabur.....

Terdengar bisikan yang menenangkan....

Teruskanlah Usahamu... Usah pandang ke belakang.. Terus maju ke hadapan.. Sesungguhnya cabaran dan dugaan yang kau lalui itu mengajarmu erti kehidupan. Bangkitlah dari lena yang panjang... Berdoalah pada yang Maha Kuasa.. kerana dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat mu....

Semester akhir Matrikulasi UIAM.

"Syahmi, Kau nak tukar Edu ke?" tanya siFulan

" Ya.. InsyaAllah.. kalau ini yang terbaik untuk aku.. Moga Allah permudahkan." Penuh harapan.

Akhirnya.......

Ujian Medsi = LULUS
Temuduga = LULUS

Anda ditawarkan melanjutkan pelajaran di UIAM dalam IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KANSELING.

Alhamdulillah....


................................................


Biarpun masih bertatih di tahun pertama.
Syukur yang tidak terhingga...
Banyak yang dipelajari...
Mengenal manusia...
Orang kata nak jadi kaunselor ni kena banyak bersabar..
Bersabar dengan kerenah client kita nanti..
Dengar masalah mereka dengan penuh sabar...
walaupun dimata kita masalah mereka itu terlalu remeh...
Berhati-hati dalam berkata-kata... Takut hilang kepercayaan pada kita.
Rahsia client perlu dijaga apatah lagi aib mereka.

.....................................

Sahabat bertanya....

"kalau kita kaunselor ni dengar masalah orang... kita kaunselor ni siapa yang nak dengar?"

Jangan risau sahabatku... lupakah kita bahawa ada Kaunselor yang Maha Hebat daripada kita.
Kalau kita batas masa bersama client terbatas. Hanya diberi masa selama 40 minit atau satu jam sahaja untuk satu sesi... tetapi Dia tidak.... Dia ada dan bersedia untuk mendengar masalah kita 24 jam setiap hari setiap masa. Kalau kita kadang kala tercerita kisah atau masalah malah tersentuh aib client kita pada rakan sekerja.. Percayalah Dia tidak akan membuka aib kita jika kita menjaga aib orang disekeliling kita.. Kadang kala kita sebagai kaunselor tidak terlepas daripada sikap memilih client. Kita suka client yang cantik atau kacak, yang kaya untuk kita ambil dalam sesi kaunseling. Tetapi Dia, tidak pernah memilih siapa client Dia...Kalau sesi kaunseling kita berbayar setiap jam bersama... Yakinlah Dia tidak mengharap bayaran daripada kita. Kalau kita sebagai kaunselor tak mampu memakbulkan permintaan client kita karana keterbatasan kita sebagai manusia.. Ingatlah, Dia pasti memakbulkan permintaan kita jika kita bertaqwa.

Dialah Kaunselor Terhebat... Dialah Allah, Tuhan Maha Esa.

Luahkanlah apa sahaja masalah kita.. Berbicaralah pada Dia... Sesungguhnya wireless untuk kita berinteraksi dengan-Nya luas merata dunia. Coverage-Nya sentiasa penuh tidak terganggu walau ada ribut melanda. Dia tetap ada.. tetap setia...
Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar...

ya Allah.. mudah-mudahan aku tidak melupakan-Mu walau dalam keadaan susah mahupun senang. Syukur ya Allah memakbulkan doaku selama ini.


.................................................

Lamunanku terhenti seketika
Bunyi getaran telefon bimbit menyedarkan diri ke alam nyata.

" U can LOOK UP for INSPIRATION, U can LOOK DOWN in DESPERATION, but dont LOOK LEFT and RIGHT for INFORMATION, he2, happy exam week, jgn tiru2 :-D"

sender:
saadi


Terima kasih.. moga kamu semua juga berjaya. Selamat menjalani peperiksaan mid term.. smudah-mudahan kita berjaya.

Dariku untukmu..

Jiwa Hanan.


Share:

0 comments