TRANSITION

         Semalam pembentangan tajuk TRANSITION dalam kelas Moral Development in Sociological Perspective. Ia berkaitan peralihan kehidupan dari dunia kanak-kanak - sekolah- universiti-alam pekerjaan-bersara. Banyak perkara dalam hidup ini yang belum saya tahu. kadang-kadang saya memikirkan apa yang terbaik untuk saya dalam menempuh fasa alam universiti. Saya harus melakukan persediaan yang cukup hebat untuk menempuh alam pekerjaan. Apa-apa yang berlaku dalam sesuatu fasa itu akan mempengaruhi fasa yang akan datang. 


        Pasti antara kita yang pernah dengar ungkapan "andai dapat diputarkan waktu, banyak yang aku nak ubah". Bila ditanya pada diri saya... Pada asasnya jawapan saya juga turut sama. Tetapi itu suatu yang mustahil untuk berpatah ke masa lampau. Sejarah tetap menjadi sejarah. Ada sejarah yang harus kita kenang dan ingat, agar ia menjadi pengajaran buat diri. 

       Perkara yang menjadi persoalan ialah bukan macam mana nak betulkan kembali apa yang dah berlaku, tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana kita memenuhi tuntutan fasa yang kita berada kini. Contohnya, saya berada fasa alam universiti, tuntutan sebagai seorang pelajar harus saya penuhi. Seorang yang bakal mencapai umur 21, harus ada apa dalam dirinya tika umur 21 ini? kalau nak di banding dengan orang lain, banyak yang kita belum tercapai lagi. Masa inilah yang saya harus gunakan untuk kutip seberapa banyak pengalaman.

       Alhamdulillah! saya amat bersyukur diletakkan di UIA. "TAMAN ILMU DAN BUDI". Belajar dengan pensyarah yang berpengalaman, senior-senior yang banyak ilmu untuk dikongsikan. Boleh dikatakan setiap hari akan dapat mesej kuliah, talk, ceramah dll yang diadakan. Mahu dengan tidak mahu sahaja persosalannya. 


     Itu bila kita katakan peralihan dari alam universiti ke alam pekerjaan. Bila kita katakan pula Alam Kehidupan dunia kepada Alam Akhirat pula bagaimana? persediaan kita untuk menghadapi hari muka. Saya masih ingat lagi kata-kata kawan saya. " Cuba kita celupkan jari kita ke dalam air laut.. titisan air dijari kita itu ibarat dunia, manakala air laut yang selebihnya itu adalah akhirat..." Perumpamaan yang harus kita fikirkan.


    Saya menjadikan perumpamaan ini sebagai pegangan. Akhirat adalah matlamat.dunia adalah apa yang kita lalui sekarang. Bilamana matlamat kita jelas untuk akhirat, InsyaAllah tiada masalah untuk kita harungi kehidupan dunia. Matlamat yang besar mampu menghapuskan masalah-masalah yang kecil. Saya berikan perumpamaan. Bayangkan secubit garam diletakkan kedalam secawan air, rasa air bertukar masin. cuba tukar secawan air kepada sebekas air yang lebih besar, saya pasti rasa masin akan hilang. garam umpama masalah, Bekas air umpama matlamat kita. makin besar bekas air, makin hilang rasa garam. makin besar matlamat makin kecil masalah kita. 


    Berusahalah untuk memenuhi mana-mana yang masih kosong dalam fasa kehidupan kamu. Agar kamu tidak menyesal bilamana kamu sudahpun beralih ke fasa yang lain.  

Jangan Diminta KECILKAN MASALAH tetapi mintalah DIBESARKAN IMAN

Share:

0 comments