" Takkan datang 'No. 10' kalau tak mulanya 'No.1'."

" Takkan datang 'No. 10' kalau tak mulanya 'No.1'."
" Takkan datang 'No. 10' kalau tak mulanya 'No.1'."
" Takkan datang 'No. 10' kalau tak mulanya 'No.1'."

Jari-jari mengetuk perlahan permukaan meja. Otak ligat memainkan peranan mencari maklumat yang disimpan di dalam otak mengikut arahan si tuan empunya badan.

    " Apa yang kau cakap sorang-sorang ni Syahmi?"

" Ya Allah. kau ni Fahnan. Terkejut aku. kalau iya pun masuk bilik aku bagi la salam dulu."

     " Aku dah bagi dah la. kau je yang tak dengar"

" owh yeke?" Syahmi tersenyum sumbing.

Radio diperlahankan. Dont stop believing nyanyian Glee masih berkumandang di radio.

Just a small town girl, livin' in a lonely world
She took the midnight train goin' anywhere
Just a city boy, born and raised in south Detroit
He took the midnight train goin' anywhere

Fahnan duduk di satu sudut. Tangannya mencapai album gambar. Haruman aromaterapi menyegarkan suasana.
Syahmi mula bangun dari tempat duduknya. Tangan menggapai cawan dan bekas gula. Air dipanaskan lalu dituang ke dalam cawan. Pek Jasmine Green Tea dibuka diletakkan dalam cawan berisi air panas tadi.

" Kau ni masih tetap macam dulukan."

      " Maksud kau?"

" Iya lah, tengoklah haruman aromaterapi kau mesti ' English garden' lepas tu kalau teh mesti 'Jasmine Green Tea'."

      " oohhh... Bukanlah, aku memang susah nak tukar pada benda baru ni Fahnan. Aku dah biasalah. Ha, ada apahal kamu datang sini?"

"Tak ada apa, saja singgah melawat kamu."

      " Alahai sweetnye dia. Sejak bila kau buat sweet-thingy thing ni Fahnan. Rasa nak tergolek jatuh katil aku dibuatnya. This is so not you la Fahnan."

" Betul la. Tak percaya sudah."

  " Nah ambil air ni minum, waktu hujan renyai-renyai ni sedap dapat minum teh suam-suam macam ni"

A singer in a smokey room
A smell of wine and cheap perfume
For a smile they can share the night
It goes on and on and on and on.

Air dihulur. Fahnan leka melihat album gambar sambil menghirup air teh. Gambar-gambar kenangan dia dan syahmi sejak di zaman sekolah menengah lagi.

Syahmi mengambil duduknya semula. Kertas yang tertulis " Takkan datang 'No. 10' kalau tak mulanya 'No.1'" dipandang semula. Dibaca berulang ulang kali. Syahmi memandang keluar tingkap. Hujan renyai-renyai. Dia masih ingat kalau di kampung, dia biasanya akan ambil bekas-bekas kosong atau tempayan diletakkan di luar sebagai tadahan air hujan.

Dari 1 titik air, menjadi 2 titik air, kemudian 3 titik air, seterusnya 10 titik air sehinggalah mendapat setempayan air hujan yang digunakan untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah. Semuanya bermula daripada sesuatu yang sangat kecil bilangannya tetapi natijahnya jumlah yang kecil itu memabawa kepada satu angka yang besar.

Strangers waiting, up and down the boulevard
Their shadows searching in the night
Streetlights people, living just to find emotion
Hiding, somewhere in the night.

" Syahmi, kenapa album kau ni kau susun gambar dari gambar kau seorang, kemudian dua orang kemudian tiga orang dan makin lama makin bertambah orang-orang dalam gambar ni?"

      " Sebab aku tak random macam kau! heheh. tak ada lah.. sebabnya Takkan datang 'No. 10' kalau tak mulanya 'No.1'"


" Maksud kau?"

      " Aku takkan ada 10 orang kawan kalau tak aku yang mulakan persahabatan itu"

"owh kau sangat weird ok!"

Syahmi hanya tersenyum.


Working hard to get my fill,
Everybody wants a thrill
Payin' anything to roll the dice,
Just one more time
Some will win, some will lose
Some were born to sing the blues
Oh, the movie never ends
It goes on and on and on and on


Besar ertinya kata-kata tersebut.  " Takkan datang 'No. 10' kalau tak mulanya 'No.1'." Dalam apa jua bidang dan aspek permulaannya adalah suatu yang kecil. suatu yang mungkin tidak dipandang orang yang memikirkan tentang bilangan. Biarlah kita hanya mampu menghulurkan RM 1 tetapi membawa makna yang besar daripada menderma RM 10000 tetapi tidak langsung membawa apa-apa erti. Biarlah bermula daripada ABC asalkan kelak mampu membaca 'Aku Budak Cerdik' diakhir nanti. Biarlah bermula dengan kesusahan asalkan kelak kesenangan menanti dipenghujung jalan. Biarlah persahabatan ini bermula dari aku dan engkau mudah-mudahan ia bercambah menjadi kumpulan yang hebat dalam sebuah perjuangan. Jangan 'melawan arus' kehidupan. Bersabar dengan apa yang tidak suka untuk mencapai apa yang kita suka. " Takkan datang 'No. 10' kalau tak mulanya 'No.1'."


 ps : Rasa macam tak kena je cerita ni.. huhu anggap je this is random story yang berguling-guling dalam kepala saya untuk diluahkan dalam blog. ENjoY!












Share:

0 comments