Senyuman tak semanis kurma

Kafeteria di Kuliah Education masih lengang. Jam di tangan dipandang. Baru pukul 10 pagi patutlah umat di kafeteria ni belum ramai. Hannan mengeluarkan buku dari beg. Introduction To group Counseling dibuka dan diselak dari satu muka surat ke satu muka surat. Hajat di hati mahu ulangkaji sementara menunggu kelas pada pukul 11.30 pagi tapi fikiran seolah tidak tertumpu pada buku tulisan Gerald Corey itu. Jasadnya sahaja berada di situ tapi fikirannya entah kemana melayang.

" Hei Hannan, kamu tak balik tengok mak kamu ke?" Helmi menegur kasar.
      " Tak pasti lagi lah Helmi. Tengok keadaan macam mana."
" Apalah kamu ni, mak sakit kamu boleh duduk sini. Kamu tak risau ke?" Helmi sengaja mahu menyakitkan hati Hannan. Padahal dalam hatinya langsung tidak rasa untuk mengambil berat. Soalnya sengaja mahu memburuk-burukkan Hannan.
      " Errr... Bukan macam tu. Aku....."
" Alah.. Kau tu memang suka pentingkan diri bukan? Orang lain kalau keluarga sakit cepat-cepat nak balik kau tahu." Belum sempat Hannan menjelaskan keadaan Helmi sudahpun membuat andaiannya sendiri.
" Dah la, aku blah dulu. BTW, tak payah la kau tunjuk rajin sangat baca buku ni." Helmi meninggalkan Hannan begitu sahaja tanpa mendengarkan penjelasan darinya.


Tamat sahaja kelas Introduction to Group Counseling Hannan terus membuat panggilan.
" Assalamualaikum, mak. Apa khabar hari ni?"
    "Waalaikumusalam. Mak macam ni lah cepat penat. Kau telifon ni tak ada kelas ke?"
" Baru habis kelas mak. Doktor cakap apa?"
    " Suruh mak banyak rehat, ni tengah tunggu keputusan makmal je nak tahu sakit apa."
" Oh, mak rehat lah... Ingat nak balik, tengoklah macam mana nanti."
    " Tak payah la balik. Yong kamu ada sini jaga. Kalau balik karang duit tambang lagi. Banyak pula duit nak keluar. Lagipun mak bukan sakit sangat pun cuma terlebih penat je."
    " Ok lah mak, dah zohor ni, petang karang hannan telifon lagi. Assalamualaikum"
" Waalaikumusalam"


Hannan duduk di kerusi di bawah pokok menghadap sungai gombak. Dompetnya dibuka, Hanya tinggal Rm 10 sahaja. Hannan melepaskan keluhan berat. Dia bangun dari duduknya lalu menuju ke masjid untuk solat zohor. Seusai solat Hannan mendoakan supaya diringankan beban yang dipikulnya. Tidak lupa doa untuk ibunya yang masih di hospital. Dalam sunyi air matanya mengalir. Sudah lama rasanya Hannan tidak mengeluarkan air mata. Hannan seorang anak yang lembut hatinya seolah  mencerminkan namanya.-Aiman Hannan yang bertuah dan yang lembut hatinya.

Sejak kematian ayahnya, Hannan sedaya upaya membuang rasa sedihnya. Dia berjanji takkan sekali-kali menangis. Baginya dia harus kuat. Dia harus kuat sendiri. Hanan masih ingat suatu masa dia cuba meluahkan perasaan yang ditanggung pada kawannya.

" Hei Hannan, kamu ni nama je pelajar kaunseling. Tapi emosi tak dapat nak kawal."
       " Tapi, aku juga manusia. punya rasa."
" Memanglah, tapi kau kena ingat kau tu nak jadi kaunselor mana boleh lembik macam ni, mana boleh sedih-sedih macam ni. Kau kenalah pandai jaga emosi."

Sejak daripada itu, Hannan tidak lagi mahu berkongsi cerita pada sesiapa. Biarlah rasa ini dia yang tanggung. Sepahit mana yang dirasai biar simpan dilubuk hati kerana dia tahu bahawa dia harus kuat sendiri.

Bukan dia tidak mahu pergi melawat, cuma dia memikirkan perkara yang mendatang. Perkara yang harus difikir panjang. Dia tahu andai dia pulang dalam keadaan begini akan menambah beban lagi. Sedangkan duit perbelanjaannya ditanggung oleh ibunya. Duit yang ada digunakan untuk perbelanjaan harian. Andai dia pulang, duit yang ada akan digunakan untuk tambang ke rumah. Bila kehabisan duit terpaksa pula dia minta pada ibunya.

Hannan yakin, setiap apa yang Allah aturkan adalah yang terbaik buatnya.

Dalam hatinya terus berdoa. "Mak, andai kehadiran ini hanya menambahkan bebanan, biarlah kita berjauhan. Hati ini juga yakin bahawa doa ini mendekatkan. Bukankah doa anak soleh itu yang menjadi dambaan ibu sekalian bahkan doa itu juga mampu menjadi penawar segala kesakitan."

Hannan meraup mukanya. Air matanya dihapuskan supaya tidak siapa tahu dia dalam kesedihan.
Dia meninggalkan masjid dengan senyuman.




P/S : Mak Cepat sembuh tau!!!! Nanti kita boleh pergi jalan sama-sama. LOVE U!!! :)












Share:

0 comments