Pandang pada hikmah bukan pada masalah.

devianart~ rooftop by suckup. 


"Bonjour!"
     "Ya Allah, terperajat aku!" 
"Hehe. Désolé la." Nik tersenyum sumbing. Dia mengambil duduk di atas katil bersebelahan meja belajar Syahmi. Beg yang disandang diletakkan di tepi.
     " Kau ni dari mana ni Nik? yang cakap bahasa French ni mimpi apa? luar alam betul kau ni." Syahmi meletakkan pen ke dalam bekasnya. Hilang konsentrasinya untuk menulis selepas disergah oleh Nik.
"Aku dari SLEU, ada kelas bahasa."
      "Bagusnya kau, tak penat ke? kau tunggu kejap aku buatkan air." Syahmi bingkas bangun dan terus bancuh air seperti biasa. Teh Jasmine.
"Wah, bagusnya ada kawan macam kau ni Syahmi."
      "Ya lah tu. Kaki bodek!"

       Nik bangun mendekati meja belajar Syahmi. Dia cuba mengalihkan buku-buku di atas meja. Di bawah buku Guidance and Counseling, Nik ternampak sehelai kertas yang tertulis pada sudut kanannya perkataan 'hikmah' dan sebelah kirinya perkataan 'masalah'. Seolah-olah satu senarai yang Syahmi cuba buat sebagai timbang tara. Ternyata senarai di bawah 'hikmah' melebihi senarai di bawah 'masalah'.

"Apa yang kamu baca tu Nik?" Syahmi datang mendekati Nik dengan dua gelas cawan di tangan.
      " Eh, maaflah aku ingat nak tolong kemaskan meja kau ni tapi terjumpa kertas ni." Nik menyerahkan kertas tadi ke tangan Syahmi.
" owh kertas ni..."
      " Hurmm, Kenapa kamu buat list ni semua?"
"Saja."
      " Mana boleh saja. Aku kenal kamu ni bukannya orang yang aci redah je. Random macam aku ni."
"Hehe kamu ni Nik. Aku buat senarai ni supaya aku tidak lemah bila memandang kepada masalah tetapi aku akan kuat jika aku pandang pada hikmahnya."
      "oh. Hebat!"
Syahmi angkat kening double jerk.
      "Kembang la tu."
Mereka ketawa.Bahgia.

Ramai diantara kita seringkali tersungkur dipertengahan jalan, seringkali kepudaran semangat dan juga rasa lemah untuk meneruskan perjalanan kerana dihujani pelbagai cabaran, dugaan dan masalah. Semakin banyak disenaraikan semakin lemah untuk berhadapan. Terasa diri seolah tidak kuat. Rasa mahu lari meninggalkan. Tetapi berapa ramai diantara kita yang melihat kapada hikmah yang mendatang? yang memandang kepada masalah itu mematangkan, memandang bahawa masalah itu menguatkan, memandang masalah itu mendewasakan. Masalah mengajar kita erti syukur bila dalam kesenangan. pandanglah pada hikmah diakhir perjalanan anda akan dihadiahkan dengan rasa yang membahagiakan. Masakan tidak orang melayu dahulu ada berpesan "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". MASALAH BUKAN UNTUK DITANGISI TETAPI UNTUK DIPERBAIKI.





Terus Dewasa,

Share:

2 comments