Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan

Alhamdulillah, pada 2 hingga 4 disember 2011 telah berlangsungnya Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Konvensyen ini merupakan konvensyen yang pertama kali diadakan yang mengumpul mahasiswa-mahasiswa ijazah pendidikan setiap IPTA seluruh negara.

Banyak yang saya dapat daripada konvensyen tersebut daripada pembentangan kertas kerja, forum sehinggalah kepada perbincangan serta dialog bersama KPM dan KPT. Banyak yang boleh dikongsikan seperti isu-isu semasa yang berlaku dalam dunia pendidikan. Isu yang paling hangat adalah isu penempatan (posting). Isu ini menjadi dilema buat bakal-bakal guru. Isu ini telah dijawab oleh KPM dan KPT, dan jawapan yang diberikan adalah disebabkan pengambilan pelajar ISMP di setiap IPT melebihi unjuran yang diberikan oleh pihak KPM. Kebanyakkan IPT mengambil lebihan pelajar berdasarkan unjuran KPM dan juga unjuran dari pihak-pihak lain.

Di akhir konvensyen seluruh peserta telah bersepakat menyerahkan resolusi kepada YB Dr. Hj Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah merasmikan majlis penutupan Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011. Antara resolusi yang diserahkan ialah :


1. mengembalikan jaminan penempatan bakal guru
2.membuka peluang memohon biasiswa kepada semua ISMP.
3.Kepimpinan yang baru tidak merubah dasar yang sedia ada tanpa melihat dan mengambil pandangan pendidik.
4.Pemerkasaan Guru
5.Hapuskan GSTT/KPLI/DPLI


Perjuangan kita hari ini tidak terhenti disini... walau hasil atau nikmatnya belum tentu kita rasa dan mungkin perjuangan ini untuk generasi yang bakal ganti kita kelak, cukup untuk kita tahu bahawa di setiap perjuangan yang kita bawa ada nilainya pada pandangan Tuhan selagi niat kita masih kearah kemakrufan bukan kemungkaran. :)


Saya Cikgu Best

Share:

0 comments