WE BOUGHT A ZOO..

Apa hal tiba-tiba zoo ni?? siap beli zoo lagi...
yupppzz! kali ni update pasal zoo.. zoo apa jangan tanya.  "we bought a zoo" adalah salah satu movie yang ditayangkan dipawagam sekarang. Saya berkesempatan untuk bersama-sama 'roommate' saya nik muhammad faris untuk menonton cerita tu. Tak rancang sebenarnya nak tengok cerita tu. Iyalah baca tajuk cerita pun tak menarik.. 

Tetapi.... moral dalam cerita tersebut sangat-sangat lah mendalam. banyak yang saya belajar dalam cerita tersebut.. antaranya ialah :

1. GAGAL tak bererti kita KALAH.
     menerusi lakonan Matt Damon sebagai watak utama yang kematian isteri dan mempunyai dua orang anak terpaksa melalui kehidupan yang sunyi selepas bergelar ayah tunggal. Diberhentikan kerja... atas nasihat abangnya dia memulakan kehidupan baru demi anak-anak. Kegagalan yang dihadapi oleh dia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang. kadang kala apabila kita ditimpa kesusahan,musibah dan sebagainya kita seolah merasakan sudah kiamat bagi kita. Tetapi kita harus ingat bahawa kegagalan itu adalah titik permulaan kejayaan. bukan sebab kita sudah kalah tetapi hanya kejayaan itu sahaja yang masih tertunda. jangan mengalah!

2. BERANI ambil RISIKO
    Matt Damon tetap mengambil risiko yang sangat besar dengan menggadaikan apa sahaja yang dimilikinya untuk sebuah zoo yang sudah lama terbiar. Mungkin pada dasarnya kita lihat zoo tersebut seperti tidak memberi apa-apa keuntungan malah ibarat menanti masa untuk dihapuskan. tetapi dengan keyakinan yang ada.. dia tetap meneruskan hingga berjaya.. ini yang orang kata alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan... alang dah beli zoo tu... baiklah diteruskan!

3. 20 SAAT untuk JADI BERANI yang gila-gila.
    Haa macam mana tu? benda ni sangat elok dipraktikan. contoh, dalam kelas.. kita ada 20 saat untuk jadi berani bertanya. tak kisah lah dalam 20 saat itu nanti awak nampak seperti budak tidak pandai. sekurang-kurangnya u make an effort to be better ryte? dalam hal lain.. boleh dikatakan rebut peluang yang ada di depan mata.. kalau kita x buat sekarang... mungkin lepas ni kita akan terlepas peluang tu. peluang hanya datang sekali!

4. setiap daripa kita UNIQUE.
    yupppz! Allah jadikan manusia itu pelbagai. baik pelbagai dari segi rupa paras mahupun kelakuan. Malah impian setiap daripada kita juga berbeza.. Dalam movie ini Matt Damon tersilap membuat percaturan dengan menyangkakan anak lelakinya lakonan Colin Ford menyukai apa yang dilakukan olehnya. Dia menyangkankan anaknya juga mengimpikan perkara yang sama. Dalam memahami manusia kita harus ingat bahawa tidak semua orang akan bersetuju dengan tindakan kita. ini sangat penting terutama sebagai seorang bapa harus tahu bahawa setiap daripada anak-anaknya punya impian dan kemahiran yang berbeza... kita semua adalah UNIQUE!


Banyak lagi kalau saya nak senaraikan.. Anda kena tonton dulu cerita ini. saya suka kalau tengok cerita yang bagi makna. yang buat kita jadi lebih baik... :)



Share:

0 comments