Saya Cemburu



Hari ini saya di beritahu oleh sahabat saya, najmi mustaffa tentang seorang pelajar UIA Nur Jamilah karyanya yang berjudul 'friends forever berjaya diterbitkan buat kali pertama.. Ok! saya CEMBURU...!


Saya memang bercita-cita untuk menerbitkan buku sendiri.. bukan untuk mengejar glamor mahupun kemewahan tetapi adalah disebabkan kecintaan saya dan keghairahan saya dalam bidang ini. Saya gembira jika saya dapat kongsi apa yang saya rasa.. apa yang saya fikir apa yang saya angankan..Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa tidak ditulis sahaja di blog..Kenapa mesti buku sahaja? pasti ada yang meragui niat saya. Saya hanya melihat kepada keterbatasan saya dan juga pembaca. Mungkin dengan adanya buku, saya bisa bercerita kepada semua walau tiada bekalan elektrik sekalipun. Semua mampu membaca karya saya walau tiada perkhidmatan internet sekalipun. Sekurang-kurangnya kelak saya ada buah tangan untuk anak-anak saya bila adanya buku. :)  Andai saya ikhlas bisa sahaja ia menjadi penambah pahala buat saya. Masa akan terus berlalu, meninggalkan kita, dan rugilah kita kalau gagal mengutip pahala dan hanya menggalas dosa! 


Pernah sahaja bila saya suarakan hasrat ini, ada yang ketawa, ada juga yang menyindir sinis. Mungkin mereka beranggapan bahawa angan saya tidak mungkin bisa menjadi kenyataan. saya juga tidak menidakkan bahawa ada kawan-kawan yang memberi sokongan dan galakan. malah menyumbang idea terhadap cerita-cerita yang patut saya bawakan. Tetapi bagi saya, bak kata IMAEN Sebarang kata puji yang cuba mengangkat saya setinggi Everest atau sebarang nista keji yang mencampak saya ke jurang sedalam Marianas Trench tidak akan mengubah apa-apa. Ya! saya tidak apa-apa. 




Ada yang mengatakan otak saya random! ikut sahaja kata hati, main aci redah dan sukar untuk dijangkakan. Tetapi bagi saya, tidak salah saya punya mimpi...andai bisa saya berlari ke langit mahu sahaja saya coretkan segala apa yang saya rasa..biar semua yang berada dibumi mampu membaca isi hati saya. seperti kata Iman xara, Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara... Kalau tidak dapat hasilkan buku sekalipun, saya masih ada ruang untuk menulis dimana-mana seperti blog, Fb... atau mungkin saya bisa menulis dilembaran-lembaran kertas lalu saya masukkan ke dalam botol kosong dan campakkan ke laut...untung-untung ada yang membaca dari jauh.




UNTUNG SABUT TIMBUL...UNTUNG BATU TENGGELAM... UNTUK SAYA???
BOLEH JADI TIMBUL DAN MUNGKIN JUGA BOLEH TENGGELAM..... siapa tahu.. rencana Tuhan untuk saya. :)




TERUS BERMIMPI,

Share:

3 comments