2 Perkara Buat Aku Jadi 'Gila'!

Anisa Aiysha mengetuk pintu yang berada dihadapannya. Dia memberi salam sambil mengetuk pintu buat kali kedua. Tidak lama kemudian pintu dibuka, Nur Akmal berada dihadapan membelakangi pintu.

"Aisyh, maaflah aku tertidur tadi. masuklah" Nur Akmal mempelawa Anisa Aiysha untuk masuk ke ruangannya.

"Apalah tidur petang, otak bengap tau nanti." Anisa Aisya meletakkan satu bungkusan diatas meja belajar Nur Akmal.

"Ni ada aku bawakan buah tangan untuk kamu ni. Boleh kita minum petang sama-sama. Kawan-kawan bilik yang lain mana Kuma?" Aiysha bertanya sambil melihat sekeliling bilik yang tidak ada sesiapa melainkan dia dan Nur Akmal.

"owh.. Entahlah diorang pergi jogging agaknya..Susah-susah je kamu bawa semua ni. Hurmm, Kamu dari mana ni?"

"Aku baru balik usrah"

"Usrah? tak penat ke lepas kelas terus pergi usrah bagai lepas tu malam karang kau mesti ada meeting, lepas tu kau ada pula masa nak update blog lah.. tulis novel la.. macam-macamlah lagi...ha dan tak boleh tahan ada pula masa kau nak melawat aku ni. tiba-tiba pula tu. Otak random habis!" Nur Akmal menuangkan air ke dalam cawan.

" Hurmm Kuma, aku tak pernah rasa penat kalau aku betul-betul suka buat benda tu. Contoh la kan.., kau bercinta dengan someone yang kamu suka.. kamu mesti tak jemu nak jumpa orang tu hari-hari walaupun masa tu kamu teramatlah penat. sebab kamu dah gilakan dia. Aku pun sama dah gila dengan apa yang aku nak buat." Anisa Aiysha buat kening double jerk!

"Setuju dengan kau! cuma part yang example tu yang aku tak berkenan. Bila pula aku bercinta?? Kalau aku bercinta pun taklah segila mcam tu tau!"

"Alah.. tu contoh je. aku tahu kamu tak macam tu." Anisa Aisyha menarik mesra kedua-dua belah pipi Nur Akmal.

"Eeeee, Janganlah tarik.. nanti lagi tembam la pipi ni." Nur Akmal mengaduh dan mereka tertawa bersama.

*********

Oke!!!! sebenarnya tak ada idea mcam mana nak ilustrasikan apa yang dalam kepala ni dalam bentuk yang santai. so that all people who read this entry can understand well. Sebab tak semua yang boleh hadam sehadam hadamnya bila kita bercakap sesuatu perkara dengan nada bahasa yang terlalu akademik. Sesetengah orang akan faham bila kita beri dalam bentuk jalan cerita dan saya sangat failed dalam membuat jalan cerita! saya tak la sekreatif mana. Tapi saya tahu saya mampu! (confidence tu penting) :)

Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan adalah kita takkan sesekali mengeluh dengan segala tanggungjawab yang kita ada dan yang paling penting kita akan sentiasa mencari ruang-ruang untuk mengisi kekosongan dalam kehidupan kita supaya kita akan jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat apabila ada dua perkara dalam kepala kita dan dia buat kita jadi orang yang betul-betul gila@fanatik iaitu :
             
                       1) Kita rasa setiap yang kita lakukan belum tentu diterima Allah.
                       2) Kita rasa yang kita dah tak ada masa atau mungkin kita tak sempat lagi nak buat perkara tu
                           bila kita diambil nyawa oleh Allah.


Betul atau tidak kita tidak tahu yang setiap amalan yang kita lakukan benar-benar diterima Allah. Maksud saya kita tak tahu semua yang kita buat tu mampu atau tidak jadi imbalan yang membuat kita ke syurga. Mungkin sahaja kebaikan yang kita buat itu langsung tidak dapat menandingi dosa-dosa yang telah kita lakukan. Kita juga tidak sedar bahwa kadang-kadang kebaikan yang kita buat mungkin sahaja bukannya ikhlas dari hati. Dan untuk itu, selagi mampu dan selagi daya kita kena terus positif dan percaya dengan melakukan seberapa banyak kebaikan yang mampu menjadi saham kita di akhirat kelak. Usaha untuk melakukan kebaikan itu lebih penting dan segala natijahnya itu serah kepada Allah dan dekat sinilah sangat penting untuk kita bersangka baik dengan-Nya. Jangan disebabkan kita tidak tahu amalan yang kita lkukan itu tidak diterima kita terus pula meninggalkan buat kebaikan. JANGAN! ingatlah.. niat yang baik juga sudah diberikan pahala apatah lagi bila anda melakukannya.

Kita juga akan melakukan banyak perkara dalm hidup kita bila kita tahu kita tak sempat untuk melakukannya.  Kalau tidak buat hari ni bila lagi? kalau bukan sekarang bila lagi? kalau tidak disini, diamana lagi?
Tidak susah untuk kita mencari ruang-ruang yang mampu menjadi amal jariah kita yang bisa memberi pahala berpanjangan.... Anda hidup dalam dunia teknologi... Jadi kreatif dengan buat video dakwah dan upload dekat youtube atau awk sangat kreatif dalam penulisan. Go and write it in blog... siapa tahu itu bisa menjadi bekal anda di akhirat..

Hidup ibarat satu ladang tanaman yang kita perlu bercucuk tanam. Terpulanglah anda nak tanam pokok apa.. pokok durian, rambutan, sayur-sayuran hatta pokok bunga sekalipun tanamlah asalkan tanaman kamu itu memberi manfaat baik untuk kamu mahupunorang keliling kamu. kerana diakhirat nanti adalah musim menuai... disitu kita akan lihat tanaman siapa yang mendatangkan hasil yang banyak dan tanaman siapa yang tidak mendatangkan hasil malah layu ditengah jalan. :)

Mungkin juga ada yang kata, kita ni manusia kadang-kadang rasa lemah, malas, rasa hilang motivasi dan segala macam rasa yang menghalang kita daripada untuk meneruskan apa yang kita nak lakukan... ini untuk anda selalulah pandang pada hikmah dan bukannya masalah.. boleh baca entry saya yang dulu bertajuk :

pandang pada hikmah bukan pada masalah

Ok! sebelum saya bercakap macam-macam hingga semua jadi tidak faham.. sebelum madah menjadi kata-kata diluar petala alam. baik saya tekan butang 'publish post' sekarang.!



p/s: masih dalam mood exam.. sorry kalau entry saya ni nampak tidak tersusun baik dari segi idea, bahasa dan olahan cerita.. :) yang penting aku ada. kau??????  peace yawww!

terus berlari,

Share:

0 comments