JiWa Hanan Berwajah baru????

season_of_changes_by_suvetar
devianart


Tahun 2012 menampilkan wajah baru 'jiwa hanan'.. wajah baru katanyeeeeee....

Rasanya warna putih lebih sesuai sebab bila nak baca pun tak lah serabut ayam sangat kan. dan header page pun saya dah tukar dengan gambar ala-ala berangan di atas awan. baru lah sesuai nak berlari kelangit.

Lebih nampak matang... kata siapa??? Kata Kau!

Lupa pula nak capture yang sebelum ni punya.. boleh buat perbandingan dengan sini..

Saya akan belajar untuk membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
BTW, kalau anda perasan cara penulisan dan entry2 yang ada dekat blog ni pun dah macam berubah.Sebenarnya tak berubah. cuma tahun ni saya rajin update tentang apa yang berlaku dalam kehidupan saya. Contoh : New year.., Exam final.., Study..., Wajah baru..... kalau nak banding dengan dahulu saya banyak tulis dalam bentuk cerita yang direka untuk sampaikan topik yang hendak dibawa.. lagipun masa tu mendapat inspirasi daripada Majdi Nadwan. Dia sangat pandai dalam pengolahan ayat serta pembawakan cerita juga sangat menarik bagi saya. Dia ada bakat dalam menulis.

Pada tahun lalu saya membuat keputusan untuk tidak dijadikan blog ini tempat saya mendedahkan aktiviti harian saya.. Cuma tahun ini saya tidak lagi berpegang dengan keputusan yang lalu. Salah satu sebabnya ialah saya mahu melatih diri supaya tidak membiarkan blog saya bersawang lama-lama. Kalau perasan saya punya post entry tahun 2010 dengan 2011 berjumlah yang sama 22 posts! hahahahahaah. walaubagaimanapun, untuk setiap entry post, saya akan pastikan yang didalam setiap perkara yang saya post tidaklah perkara yang memburuk-burukan orang yang bisa menjadi dosa kepada saya.. (Jika ada tegur2 lah...takut terlepas pandang)

Saya juga tahu bahawa blog saya bukanlah ramai pengunjungnya seperti blog beautifulnara.....tapi saya tahu..saya masih ada kawan-kawan yang baca setiap patah yang saya tuliskan.. macam roomate saya Nik Muhammad Faris yang kadang-kadang suka bagi pendapat dan cadangan yang random! tapi, saya hargainya sekurang-kurangnya saya belajar something yang berguna. :)

Terus Bermimpi...,

Share:

0 comments