SHORT SEMESTER : Semua 'Short'

" Weh, jom Keluar hujung minggu ni nak?"
     " Tak nak lah weh.. Aku tengah 'short' ni. Faham-faham je la tengah short sem ni mana ada duit."
"hurmmm... ok lah, kalau cam tu. next time ok."


Perbualan macam ini mesti sentiasa berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar di Universti terutama yang sedang mengambil semester pendek atau Short Semester.

Biasanya semasa short semester, pelajar-pelajar ini tidak dapat bantuan kewangan pelajaran seperti PTPTN,MARA atau mana-mana badan biasiswa. Maka pelajar-pelajar ini akan membayar yuran pengajian semasa short semester ini dengan menggunakan duit sendiri atau daripada 'PAMA'.

Masa inilah ramai pelajar-pelajar yang merungut, terpaksa berikat perut dan sebagainya.

Jadi, dekat sini ada beberapa tips yang saya cadangkan untuk mereka-mereka yang mengambil short sem.

1. Kerja Part Time.
    Ya, kerja sambilan. Saya rasa cadangan ini mungkin cadangan common yang selalu orang buat. Nak dapat duit lebih, mesti buat part time. Saya rasa tidak ada masalah untuk anda untuk mendapatkan kerja-kerja sambilan terutama yang belajar di area Kuala Lumpur atau Selangor. Banyak tempat yang mengambil pekerja sambilan dengan bayaran mngikut jam bekerja. Jika susah untuk anda mendapatkan kerja di luar kampus, saya cadangkan anda untuk mencari dalam kampus sahaja. Saya yakin dalam kampus juga banyak kerja-kerja yang bleh memberikan anda income.

2. Join Program.
    Yang, ini juga anda boleh lakukan. Tentu anda tertanya-tanya bagaimana dengan join program boleh membantu anda untuk mendapat income semasa short semester? apa yang saya maksudkan disini, Join program tidak semestinya akan memberikan anda income, tetapi ia dapat membantu anda untuk berjimat. Bagaimana? dengan join program, kebiasaannya urusetia program akan menyediakan makanan, refreshment dan sebagainya. jadi, untuk hari tersebut, anda bukan sahaja telah memanfaatkan masa terluang anda dengan mendapat ilmu daripada program tersebut, tetapi anda juga dapat berjimat. tidak perlu lagi untuk anda mengeluarkan duit untuk makanan pada hari tersebut. Paling untung kalau dapat join program 3 hari 2 malam seperti caping dan sebagainya. dapat juga makan free. :)

3. Puasa
    Kalau, di kampus anda jarang ada program yang boleh anda join. Mungkin dengan cara ke-3 ini anda dapat berjimat. Puasa sunat isnin dan khamis. :) dapat pahala + dapat saving sekali.


Semuanya terletak kepada anda, saya harap lepas ini anda tidak lagi 'short' sekurang-kurangnya bila hujung minggu anda dapatlah meluangkan masa bersama kawan-kawan. beri 'rewards' pada diri setelah penat mengulang kaji.




ikhlas,


Share:

2 comments