Semua Ada Momen.

Kini cukup sudah 2 tahun berada di UIAM. Hampir separuh lagi perjalanan yang bakal saya tempuh sebelum begelar pendidik (InsyaAllah). 2 tahun menjadi pelajar ijazah pendidikan di sini mengajar saya erti bersyukur. Bersyukur meski dalam kesusahan menempuh perjalanan selama 2 tahun, saya masih disini. Saya tahu ada yang tidak berjaya menamatkan perjalanan mereka disini.

semua ada momen. Momen terduduk lantai, sandar dinding, nangis sampai lebam, nak putus asa, susah, tak nak belajar dah. Tapi benda yang bagus untuk kita memang tak sepatutnya mudah. Makan ubat, pahit. Kena injek, sakit. Bersenam, penat. Berakit ke hulu, letih!

Sampai 1 masa kita takda pilihan selain menjadi KUAT.

Wani Ardy.

Benar apa yang dikatakan oleh Wani Ardy. Semua momen itu saya pernah lalui. Hingga ada satu tahap, saya hampir tidak percaya kesemua orang disekeliling saya. Saya sedar bahawa setiap daripada kita saling ambil kesempatan atas satu sama lain. Setiap apa yang berlaku punya pelajaran yang harus saya ambil. Kerana saya tahu.. kita tidak punya pilihan selain menjadi KUAT!

Saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan Terima Kasih buat orang-orang yang saya sayang, mak, makteh, abah dan ibu di Melaka tak lupa kawan-kawan yang setia saat saya susah dan senang.



Share:

1 comments