TOLAK budaya kotor!

Kehangatan PRU kian memuncak selepas sahaja penamaan calon baru-baru ini. Malah Persedian kedua-dua belah pihak baik kerajaan mahupun pembangkang juga telah bermula awal tahun lagi.

Ada budaya-budaya di dalam PRU kali ini yang saya sokong pembawakannya seperti berhujah atau berdebat dengan baik daripada kedua-dua belah pihak. Kenapa saya setuju dengan budaya ini?, kerana dengan berdebat inilah akan menunjukkan intelektual seseorang individu tersebut. Disini akan lihat siapa yang berhujah dengan asas yang kukuh,benar dan penuh yakin. Malah dalam masa yang sama dapat mendidik dan memberi maklumat kepada rakyat supaya dapat berfikir secara kritis dalam memahami serta menentukan kebenaran.

Terkini, Fariz Musa yang merupakan calon Keadilan Parlimen Pekan, menghantar surat rasmi jemputan debat manifesto kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak yang juga merupakan Ketua Umno bahagian Pekan. Yang mana dalam butir surat tersebut menjemput bekas perdana menteri untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan debat ini adalah tentang dasar-dasar yang telah diumumkan kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat supaya dapat dinilai oleh rakyat.

Program debat tersebut akan diadakan pada 25 April 2013di Felda Chini Satu (Tapak Pekan Sehari) jam 9 malam. Sumber daripada MiloSuam.

Ada budaya yang saya sangat-sangat tidak setuju untuk dibawakan dalam sepanjang tempuh PRU malah untuk bila-bila sekalipun iaitu budaya penyebaran video-video lucah. Budaya untuk menjatuhkan pihak lawan dengan menayangkan berita-berita yang tidak bermoral kepada masyarakat. Saya ada adik yang masih bersekolah di tahun 2. Bayangkan jika video-video ini ditayangkan secara terus di TV tanpa sekatan, dan anak-anak kecil ini bertanyakan kita tentang itu. Apa yang kita nak jawab?

Budaya seperti ini bukan budaya sihat. Bukan budaya kita sebagai orang melayu yang kita canang-canangkan yang orang melayu penuh adab kesopanan.

Hal ini turut dibantah oleh ramai pihak termasuk selebriti Wardina Safiyyah. Yang mana dalam perbualannya bersama wartawan "Pembangunan negara tidak akan tercapai sekiranya pemimpin tidak ada keikhlasan, dan tiada cintakann kepada ilmu. Selagi mana kita suka dengan benda yang remeh temeh, hiburan yang lampau, fitnah memfitnah, kita tidak akan jadi masyarakat yang maju.

"Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya mentaliti kita seperti ini. Kita ada macam-macam di Malaysia ini, cuma kita harapkan pemimpin yang beramanah," tambah beliau.

"Masyarakat tumpukan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya diambil kira seperti hari ini, semua pakat fokus kepada video lucah ini.

"Siapa yang buat, siapa yang sebar, Saya tidak peduli, saya hendak jaga masa depan anak-anak saya. Anak-anak saya membesar dalam masyarakat apa? Saya seorang ibu dan mahukan anak-anak saya membesar di dalam negara ini dengan akhlak yang mulia," katanya. Sumber HarakahDaily.

Saya bakal pendidik anak bangsa juga berasa kesal dengan apa yang berlaku. Jadi saya juga turut TOLAK BUDAYA VIDEO LUCAH




Share:

0 comments