I Am An Excellent Leader

Bila jadi cikgu kaunseling ni, banyak program yang kena buat untuk students. Kalau masa sekolah tu, macam-macam program yang kaunselor buat untuk students macam program kepimpinan la, program motivasi la, program pecutan terakhir PMR,SPM la, and what not. 

Bulan ni sibuk sangat2 menguruskan beberapa program untuk sekolah, kuliah dll.

Baru-baru ni program bersama anak-anak Selangor dalam Boot Camp yang diadakan di Teratak Nalys Eco Resort di Batang Kali.

Berprogram dengan budak-budak sekolah mengembalikan kenangan saya ketika dibangku sekolah. Tidur dalam khemah, jungle tracking, flying fox dll. Paling best bila sekolah buat program dengan budak sekolah lain. Masa tu lah masing2 akan bertukar nombor contact.  :) tambah kenalan katanya.

Minggu ni saya akan ke Kuantan untuk program kem kokurikulum bersama dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju.

Eyhhhhh!! btw, Parlimen Malaysia sudah pun dibubarkan akhirnya. Sekarang tibalah masanya untuk kita sama-sama fikirkan untuk buat undian pemimpin yang macam mana pilihan anda. Demi masa depan semua.

“Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.







Fikir2kan lah :)

JOM BALIK MENGUNDI!

Share:

2 comments