Suara Hati Si Perindu Illahi


Ding! Ding! Ding! Ding! Ding... Bunyi detakkan jam sebanyak 5 kali. Menandakan jam sudah pukul 5 petang.

Seusai solat asar berjemaah Hanan masih setia di tempat solatnya di Masjid al-Azhar KUIS. Sebahagian rakan-rakannya ada yang bergegas keluar bersiap untuk ke padang bola, ada juga yang masih menyambung menghafal al-Quran terutamanya pelajar Tahfiz wal Qiraat.
Hanan bertelekur sendirian. Dia cuba mencari kembali rasa itu.. ya rasa yang selama ini mendiami lubuk hatinya. tapi, entah mengapa rasa itu seakan pergi. pergi dan semakin jauh dari hati. rasa apakah itu? Rasa berTuhan!
Itulah rasa yang dia cari-cari selama ini. Rasa itu pernah ada dihatinya. Rasa berTuhan itu membuatkan dia bahagia dari biasa. Membuatkan hatinya mudah tersentuh dengan apa sahaja. Sensitif; lihat senja berlabuh sahaja mampu mengalirkan air mata, lihat gelap bukat malam membuatkan hatinya tersentuh, dengar sahaja alunan al-Quran buatkan hatinya menangis hiba. Ya.. kini rasa itu semakin hari semakin pergi...
Hanan melangkah lemah. keluar dari masjid. dia berjalan perlahan-lahan menuju tasik dipintu utama masuk KUIS. Hatinya mengalunkan kata-kata

Ya Tuhanku,

Dalam perjalanan yang belum terhenti ini. Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda… Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan. Layakkah aku dalam rahmat-Mu… Di bawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu. Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.

Wahai Tuhanku,

Ku merayu di malam hari. Menagih ampunan dan kasih sayang-Mu.

Wahai Tuhanku,

Rayuanku, terimalah daku… Sebagai hamba-Mu yang dalam lindungan-Mu setiap saat masa yang berlalu. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasih sayang-Mu Ya Rabbi.

Ya Allah,

Dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik di malam yang hening. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar. Mengharapkan doaku bertaut dalam restu-Mu.

Wahai Tuhanku,

Pencipta Kasih Sayang. Yang Memiliki Setiap Hati. Yang Maha Mengasihi. Kasih sayang yang luhur buat hamba-Mu.

Ya Rahman. Ya Rahim,

Kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cinta-Mu Ya Rahman. Rayuanku, janganlah kasih yang setitis di dalam hati ini, melalaikan daku dari mengingati-Mu. Pautkanlah daku pada cinta dan rahmat-Mu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi. Segala puji-pujian bagi-Mu Ilahi, ke atas semua nikmat-nikmat-Mu yang tidak terhitung.

Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah…

Share:

0 comments