TEGURAN~ ada hikmahnya.. ada pesananNYA


Setiap apa yang berlaku pasti ada pesanan yang di titip oleh Tuhan buat hamba-Nya untuk di jadikan pedoman dan panduan. Begitu juga apa yang saya lalui dalam hidup ini. Saya berusaha memahami bicara Tuhan. Bicara-Nya, teguran-Nya serta pesanan-Nya dapat saya rasakan di setiap apa yang saya lakukan. Saya amat takut kehilangan rasa itu.

ISNIN :

" DAMN! aku tak bawa buku rekod kehadiran mengajar.. Habis lah Aku! baru kerja dah buat hal. alamak! jam dah 6.30 ptg ni.. masuk pukul 7 sempat ke kejar balik rumah dulu? ptg-ptg mesti jam.. arghhh Redah la dulu.." Hanan terus pergi ke lif di bangunan PETRONAS KLCC.. menuju ke P3.

" Eh.. betul ke tempat aku parking motor tadi? mcm lain je.. aduh.. da lewat ni.. ni da lah kali pertama park motor kat sini. pelupa betul aku ni" Hanan berpatah balik ke lif dan terus ke tingkat P4.

Hampa.. tidak ketemu jua tempat motornya yang diparkir pagi tadi.

" Jam dah 6.40 ni tak sempat ni.." Hanan berpatah balik ke lif menuju ke tingkat G. berjumpa dengan pak gurd..dengan muka tebalnya dia bertanya area parking motor tingkat berapa.

Setelah mengetahui yang tempat parkir motor hanya di P3 dan G hanan terus menuju ke P3. dan kali ini dia berjaya berjumpa tempat motornya di parkir.... tetapi jam sudah pun 7 ptg.
Hanan menghantar SMS kepada kawan di tempat kerja untuk maklumkan yang dia lambat sampai. Hanan terus memecut ke rumah untuk ambil buku rekod yang tertinggal..
Setiba di tempat kerja, Hanan menunaikan solat maghribnya terlebih dahulu memandangkan sudah hampir isya' tika itu.

Malam itu Hanan memikirkan kembali harinya yang agak kelam kabut tadi. Dalam masa yang sama Hanan memeriksa mesej-mesejnya yang tidak sempat dibaca..

Sender : UIA. faiz MZ 24 may 2010 8.40 p.m.
SALAAM ISYA'! "Sesungguhnya besarnya pahala tergantung pada besarnya cubaan. Jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan mengujinya dengan cubaan. Barang siapa yang reda atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredaan Allah dan barang siapa yang berkeluh kesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah."- diriwayatkan oleh Anas r.a.

Hanan mengingati yang permulaan paginya hari itu... dia terlewat bangun dan menunaikan solat subuh secara kelam kabut dan ala kadar. Tidak kusyuk mahupun bersungguh-sungguh. apa yang pasti dia tidak mahu terlewat daripada pergi kerja. Mungkin disebabkan itu Tuhan menegurnya dengan menjadikan harinya itu kelam kabut dan tidak teratur.
Dalam menjalani hidup ini perlu kita ingat bhawa setiap aturan yang Tuhan jadikan ada sesuatu yang tersirat. Belajarlah untuk memahami bahasa Tuhan. Jagalah solat kita...dengan terjaga solat insyaAllah kita juga terjaga.~ Jiwahanan

Share:

0 comments