Menyalahkan Diri

From : HF IIUM

Macam mana ya.. saya selalu salahkan diri saya kalau ada buat kesilapan. saya tahu mengeluh tak baik.. macam semalam exam saya ada.. saya ada buat mistake masa jawab soalan. Lepas je exam terus je mengeluh dan salahkan diri saya.

Saya tanya balik pada HF. Perbuatan menyalahkan diri dia tu memberi kesan negatif tidak dalam hidup dia? macam mana result exam tersebut?

Dia kata tidak lah memberi kesan yang besar. Cuma setiap kali ada kesilapan yang dia buat dia akan menyalahkan diri. Dan punya perasaan seperti itu sangat menganggu dia tambahan dia tahu yang mengeluh atau menyesal itu tidak boleh dalam agama kerana seolah-olah menyalahkan takdir yang telah berlaku.

Saya memberi pendapat. Dan pendapat saya itu adalah pandangan peribadi saya. Saya tanyakan kepada dia. Apa beza mengeluh dengan self-reflection? mana yang lebih baik? Saya katakan bahawa tidak salah kalau dia mengeluh dan selepas itu dia cuba memperbaiki kesilapan yang dia lakukan. Jangan jadikan keluhan itu terus-terusan menyalahkan dirinya hingga dia mengabaikan tanggungjawab yang lain. Jadikan keluhan tersebut pencabar diri untuk jadi lebih baik. Jangan jadikan keluhan memakan diri.

Saya juga menyarankan supaya dia 'channelkan' rasa menyesal, sedih, marah dan sebgainya kepada sesuatu. Cari kawan yang boleh dengar kita. Ini sangat penting supaya dia tidak memendam rasa dan terus terusan menyalahkan diri hingga satu masa dia tidak tertanggung lagi apa yang dia rasa membuatkan dia hilang percaya diri..

Selepas perbincangan saya dapat msg dari HF

"Mie.. Terima kasih byk2, cukup bermakna utk diri saya.. huhu.. sy akn igt beza antara mengeluh n reflection tu.. sy sayang awk.. =)"

Saya memberi pandangan atas apa yang saya tahu dan faham serta pengalaman diri.. Terpulang kepada mereka yang mendengar untuk ambil apa yang baik kerana di akhirnya nanti semua tindakan atau keputusan adalah ditangan mereka sendiri. Kita bertanggjawab atas diri kita sendiri sama ada untuk letak diri kita kepada suatu yang baik atau buruk. ANDA PILIH

Share:

4 comments