kekurangan itu menguatkan!

Setiap daripada kita ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Kita semua memiliki kekurangan,kelemahan,kecelakaan yang kita tidak mahu orang lain nampak. Kita simpan dalam diri supaya orang tidak tahu bahawa betapa kita tidak kuat. Kita berusaha sehabis daya untuk memastikan kita adalah yang terbaik dan kita mampu melakukan apa sahaja.

Kadang-kadang kita terlupa bahawa perbuatan seperti ini memakan diri kita kembali apabila kita tidak mampu lagi menahan rasa sendiri. Saat-saat bebanan yang ada menghempap diri kita ke bawah sehingga kita tidak lagi mampu untuk berdiri dan saat itu kita berasa seolah tidak mampu bernafas. Sesaknya seolah nyawa mahu berpisah dengan jasad. Perit.Pedih.Sakit. Disaat air mata menjadi peneman setia namun tidak mampu merawat luka dan duka. Inilah tiba saat untuk kita memerlukan bahu bagi kita bersandar melepaskan segala rasa, saat untuk kita memerlukan tangan untuk memeluk tubuh kita yang terasa seakan tidak lagi bernyawa dan tiba masa untuk kita dengar kata-kata yang mampu mengembalikan semangat dan tekad untuk bangun dan teruskan kehidupan.

Saya percaya ramai diluar sana malu untuk bercerita tentang kelemahan diri. Malu untuk nampak lemah. Malu dikatakan gagal. Kadang-kadang sebenarnya kita perlu untuk mengetahui kelemahan,kekurangan dan kesusahan orang lain untuk kita tahu bahawa kita tidak sendiri. Masih ada yang punya nasib seperti kita malah lebih teruk dari kita. Jangan malu untuk bercerita tentang apa yang kita rasa kerana dengan itu mungkin kita mampu menguatkan orang lain dan juga diri sendiri. Bebanan yang berat terasa ringan bila dipikul bersama.  

Lihat sahaja perbezaan impak bila kita belajar daripada kelemahan,kesusahan,kecelakaan dan kekurangan orang berbanding kita belajar daripada kesenangan, kekuatan serta kesempurnaan orang lain.

Beza kita belajar tentang diri Nik Nur Madihah dengan Nur Amalina. Impak yang diberikan oleh Nik Nur Madihah bagi saya lebih memberi kekuatan apabila dia berjaya membuktikan bahawa susah juga mampu berjaya.

Beza kita rasa kejayaan diri Susan Boyle dengan Yuna. Impak yang ditonjolkan melalui bakat yang ada oleh Susan Boyle lebih menyentuh.

Kekurangan dan Kelemahan itu bukan suatu yang perlu dimalukan.

Kesempurnaan dan Kekuatan itu bukan suatu yang perlu dibanggakan.

Saling berkongsi rasa, Saling menguatkan sesama. Itu lebih INDAH.













Yuuupzz! it really helps!!! 










Share:

3 comments