Baju Melayu

Bila hari raya je, dalam kepala yang terlintas mesti baju raya, kueh raya, duit raya dan semua raya yang ada di muka bumi ini kan?? >..<

FYI, Saya tak beli lagi baju melayu. :) InsyaAllah hari masak nanti baru mak ajak pergi beli. Sejak dah masuk universiti ni, memang dah tak kisah sangat. Beli baju pun last-last minute.Dulu masa kecik-kecik zaman 1997-2000 biasanya mak akan jahit baju kitorang tak pun, makcik or jiran-jiran dekat kampung. So, baju memang akan ikut ukuran bentuk badan. Saya punya badan memang susah kalau nak beli siap sebab saya ni kurus. Kalau beli yang siap. Tak cantik. besar gelebeh. *__*

Sekarang, memang tak sempat. kalau untuk raya, beli je mana yang berkenan dihati.

Cakap pasal baju melayu. Boleh tengok la perubahan pada baju melayu dulu dan sekarang. Kalau dulu, baju melayu biasanya kosong je kan. kalau nak bercorak pun sekadar petak-petak atau belang-belang jalur.

Tapi sekarang dah dimoden kan. ada yang baju warna lain, tengkuk, poket, warna lain.

Contoh dia macam ni.


ada pula yang lengan dia boleh lipat-lipat macam ni


Cantik kan?? nampak moden la orang kata. Tapi im certainly not wearing this for my hari raya. :) Jiwa saya more to Baju Melayu dulu-dulu. Kosong. Simple.

Tapi, Kalau saya beli baju macam atas ni, saya akan pakai time ada occasion tertentu je. Ye lah. baju cantik sayang nak guna hari-hari. :)

Untuk baju diatas ni saya jumpa dalam blog engkumuzahadin. Boleh la kalau nak tengok koleksi-koleksi kontemporari yang ada.

Ok. Kalau cakap pasal pilihan hati saya.  Korang boleh ke Butik Sofia Iman. Saya suka baju melayu kosong yang dikenakan dengan kain songket macam ni.


Yang nampak kan dia berbeza adalah kain songketnya. Nampak lebih smart kan??? betul tak. Kemas, simple, dan handsome. :)


 Korang boleh la melawati laman web dia dekat sini : sofiaiman

Walau apa jenis sekalipun baju melayu anda pakai pastikan anda selesa dengan pakaian tersebut. Itu tips yang paling penting. Beli fabrik yang tak panas dan tak mudah kedut :)


Kalau nak pakai mcam ni pun x pe. ngeeeeee..

xoxo,

Share:

0 comments