Doa sebagai hadiah untukmu yang jauh.

1992

27 Julai 2013

27 Julai 27 1962 adalah merupakan tarikh kelahiran arwah abah.

Abah lahir pada tahun 1962 dan meninggal pada tahun 2007 pada usia 45 tahun. 

Tahun ni, kalau dihitung, umur abah dah masuk 51. Tentu sahaja abah dah ada uban memenuhi kepala. Tentu raut wajah abah kelihatan tua.

Tapi, abah tentu sahaja kelihatan muda. Ialah, kalau di syurga Allah itu, usia kita kan tetap sama. Semua akan jadi muda. 

Abah, kalau anak orang lain tentu sahaja bisa memberi kepada ayah mereka dengan pelbagai hadiah di hari kelahiran. Tetapi tidak bagi anakmu ini.

Hanya doa yang bisa kukirimkan sebagai hadiah. Abah, bukankah doa anak soleh itu bisa menjadi saham pahala diakhirat buat abah? Semuanya telah dijanjikan Tuhan.


عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

I am trying and keep trying to be anak soleh :( meskipun terkadang anakmu tersasar terlalu jauh.

Abah, rindu ini tak pernah padam. Aku rindu mahu didukung atas pundakmu bila kaki penat berjalan. Aku rindu saat-saat aku sengaja buat-buat pejam mata di ruang tamu agar kamu bisa dukung aku masuk ke kamar tidur. Aku rindu! aku rindu!

Ramadhan menyaksikan pemergiaanmu. Bisakah anakmu ini juga pergi dibulan yang mulia sepertimu abah?

Salam sayang,

Share:

4 comments