Ramadhan.Sahur.Iftar.

insta:syahmiejamil
Nak start macam mana ni? nak guna ayat biasa ke or nak direct terus je???

hahaha ye lah. dah lama tak update.

well.. you know since practicum ni dah start busy tahap balik bilik terus lena tak sedar diri tahap gaban. ha dapat bayangkan tak?

So, untuk kesempatan ini, saya rasa still boleh je nak ucap "happy ramadhan and ramadhan kareem!" kepada semua pembaca diluar sana.

Speaking of 'Ramadhan kareem', teringat masa tingkatan 5 ustaz saya tanya dekat kelas kami, kalau ada orang ucap 'ramadhan kareem' dekat kamu semua.. nak jawab apa?

we was like, 'errrrrr... ramadhan kareem??'

disebabkan semua macam terpinga-pinga + dungu itik, ustaz pun bagi jawapan.
 "kalau orang cakap 'ramadhan kareem', awak jawab 'Allahuakram!'"

ooooowhhhhhhhhhhh.......

So, lepas je hari tu kami satu kelas kalau setiap kali ramadhan je nak hantar mesej dah tak guna dah 'selamat berpuasa'.. semua nak say 'Ramadhan Kareem'

Itu kisah lalu.

Ramadhan juga mengingatkan saya semasa di tingkatan 5, Abah meninggal dalam bulan ramadhan masa saya nak dekat trial SPM.  Untungkan abah dapat pergi menghadap Tuhan pada bulan yang mulia.

Masa abah meninggal tu, terbayang-bayang jasad abah masa kami tengah sahur, dia akan lihat dari jauh dekat tempat dia baring tak jauh dengan tempat kami makan.

Allah.... :'(

Entah bila masa kita pula kan?

I know, I am not a good son. but i am trying hard to be like one.

Bila cakap pasal puasa ni, saya bersyukur sebab mak yang banyak ajar plus dengan cikgu sekolah :D

start puasa dari kecik darjah 2. Masa tu mak umpan dengan duit raya. Sehari puasa RM1. i was like... yeayyyyhhhhh *_____* mata duitan! RM1 masa tu besar ok bagi saya.

Pernah satu masa saya puasa separuh hari je masa kecik. ye lah.. kita baru nak belajar. Lepas tu nenek saya cakap orang tak puasa tak boleh duduk berbuka dengan orang berpuasa.

 i dont know, maybe nenek just gurau2. tapi, i really take it seriously. saya memang jenis sensitif dari kecik, time orang berbuka, saya menangis sebab tak dapat join. hehehehe.. cengeng!

lepas tu terpaksa la puasa. kalau tak, tak dapat makan best ramai2.

Mak ajar, kalau tak nak penat masa siang hari waktu puasa nanti. waktu sahur jangan minum ice. minum air suam dan air masak (mineral).

Mak memang jaga betul. ice tu pantang!

tapi bila dah besar ni, tak boleh kalau tak dapat air ice. :D

Semakin kita besar, semakin banyak yang kita belajar.

Ramadhan adalah bulan dimana sambil kita belajar kita beramal.

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna. :D



Share:

0 comments