Practicum #day2

insta: syahmiejamil
Hari kedua penuh semangat dan cabaran!

Saya masih lagi sedang membiasakan diri dengan keadaan sekolah, pagi tu ada perhimpunan dan kitorang pun turun la, konon-konon nak tunjuk muka dekat students. Lepas tu dalam kepala duk tertanya-tanya,  manalah cikgu-cikgu yang lain ni.

Dalam masa yang sama memang niat nak jumoa pengetua since semalam tak jumpa lagi. Kami pun naik la ke pejabat. Dalam duk tunggu tu, Puan Sabiah masuk, dia cakap "eh cikgu, kenapa tak masuk meeting? pergi masuk, sebab meeting ni kita akan bagitahu apa yang akan berlaku disekolah. Nanti saya nak perkenalkan kamu berdua."

I was like.. " whattttt?? memang aku tahu tau ada meeting semua ni"

Dengan selamba, masuk bilik mesyuarat. Semua guru-guru dah pandang-pandang.

Meeting pagi ni adalah untuk makluman yang sabtu ni sekolah akan ada hari kokurikulum dan penyerahan report card students.

Lepas je meeting, Puan Sabiah minta kami perkenalkan diri. Phewwww. :) Cikgu muda la katakan..

Selesai sahaja kami terus naik bilik kaunseling, buat-buat apa yang patut sementara menunggu pengetua. Lebih kurang pukul 10 kami pun pergi lah ke pejabat. Pengetua, meyambut kehadiran kami dengan baik dan memberi nasihat kepada kami.

Tengah hari tu kami dah dapat nama clients untuk dijalankan sesi kaunseling. Tapi, since waktu sekolah dah nak tamat. Kami tunda esoknya.

Lupa pula nak bagitahu yang sekolah ni ada dua sesi. Sesi pagi dan sesi petang. So, kami bertugas dua-dua sesi.

Kami dah start jalankan sesi kaunseling pada sebelah petang.

Debar juga lah nak tunggu students ni. Ingat kan tak datang. At last dalam pukul 4 lebih dia datang.

Saya balik dalam pukul 6 juga lah hari tu. :) dan kami dapat note yang kami kena relief class esok!

ngeeeee.




Share:

4 comments