Ipoh-Hatyai-Krabi (day-2)


Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun. ye la. Thailand kan awal sejam. Biasa kalau bangun pukul 6 dekat sana baru pukul 5. Kitorang keluar nak cari sarapan. Peliknya diorang ni pukul 9 tak buka kedai lagi. tak banyak yang buka. Kedai makan pun tak ada. Pagi tu hujan lebat. Dalam kepala dah terfikir dah mesti tak dapat punya pergi phi-phi island. so, kitorang pun tanya la apa je aktiviti yang boleh buat kalau hujan macam ni. Ingat nak ambil yang half-day-trip punya aktiviti. Dalam kepala dah niat mesti pergi Emerald Pool whatever it is. Sebab yang lain-lain macam biasa. Takkan nak pergi berkayak kot dengan mak. My mom ni pula bukannya kuat sangat. cepat lelah, so memang kalau korang bawa mak ke memang kena consider banyak benda. Lain lah trip dengan kengkawan kan. :)

Ikut pada orang agency to, kalau Emerald Pool  mula jam 8.30 pagi. memang tak sempat. Tapi, kalau nak Elephant ride, boleh bila-bila masa je sebab dekat. Dalam fikiran, apa lah. gajah tu dekat Malaysia pun ada.

Lepas masa tengah duk fikir tu, ada one group 3 orang perempuan. Saya tanya lah diorang, what's ur plan? diorang plan nak ke Emerald Pool tapi akalu naik cab sangat mahal kalau berkongsi 3 orang. So, saya cadangkan dengan diorang kita naik van yang ala, yang kita duduk kat belakang tu. tut-tut ke kita panggil ntah. Orang tu cakap nak ke Emerald Pool tu dalam 40 minit. Dia minta 2200bath (RM220) semua sekali. Jadi kitorang divide dua group Rm110 satu group. Kami semua 6 orang jadi setiap orang tambang dalam RM36/RM37 plus minus. Tambang ni pergi balik tauuuuuu! oke la kan.. kalau Ramai lagi maybe boleh kongsi2 lagi.

Lama okeyhhhhh nak sampai! grrrrrrr... Asal Krabi ni semua nak perjalanan jauh macam nak balik raya hoiiiii.

Bila dah sampai kitorang deal dengan driver nak 2 jam dekat situ. Dia tak kisah dia kata, dia tunggu je dekat situ.





Haaaaa.. Jernih kan air dia? hijau macam zamrud. sebab tu panggil Emerald Pool. Memang cantik kalau ada cahaya matahari.

Dah puas berenang-renang, nak cari Blue Pool pula,




Nampak tak????  biru kan air dia??

Oke itu lah blue pool. Untuk pengetahuan korang semua, sampai je dekat pintu masuk tu, ada orang jual tiket. Kitorang kan tak pakai pakej-pakej ni, so, semua sendiri la. kena la beli tiket masuk pula RM20 seorang.

Ok, dari pintu masuk nak ke Emerald Pool tu korang memang kene berjalan sejauh 800 meter. Wahhhhh penat wooooo!

Lepas tu dari Emerald nak ke Blue Pool kena jalan lebih kurang 200-400 meter kowt. Dah macam jungle tracking that time.

First, i tot yang blue pool tu boleh mandi macam Emerald Pool tuuuuu.. tapi tak boleh! cit... nasib baik air kau cantik!

Blue pool tak boleh mandi sebab ada sucking mud. Kalau korang masuk dalam kolam tu, korang maybe jatuh dan ditelan tanah. ngeeee scaryyyyyy..


Tapi, saya arasa kalau korang nak pergi kan. For me, better pergi blue pool dulu kowt sebab tak boleh mandi kan. lepas tu turun balik baru mandi dekat Emerald tu. terpulang la Korang rancang lah erkk..

Dah 2 jam mandi manda plus jungle tracking bagai, kitorang balik. Dalam perjalanan hujan lagi. Asyik hujan je... Memang tak best. Lepas tu ingat malam nak pergi night market dekat Krabi town. Tapi, tak boleh sebab kitorang rasa tak berbaloi, jauh dan masa tu hujan. x syokkk nak berjalan.

Sampai je Aonang, mandi-mandi kitorang keluar beli t-shirt, souvenir dan cari benda nak makan. Satu hari tak makan!

Ada satu kedai makan namanya bersenang senang kowt Malaysia-Thailand. Dia boleh cakap Melayu. Dekat je dengan tempat makan tebing yang kitorang pergi sebelum ni. Sederet je. Makan dia pun best! cuma Tomyam dia mahal sikit RM8 kalau Tebing RM7. Tapi, kedai yang ni bersih dan ok sikit.




Share:

0 comments