Ipoh-Hatyai-Krabi (day3)

Ok. hari ni hari terakhir. dah tak da apa nak diceritakan sangat. Macam biasa lah janji dengan orang van yang masa mula-mula datang hari tu, dia ambil dalam pukul 10. Jadi kitorang ni pun bangun lah awal-awal. Pastu jalan-jalan ambil angin sekitar pantai. Dalam hati risau juga kalau-kalau sampai Hatyai lambat. sebab Train pukul 4. Sebabnya risau kalau train pukul 4 Malaysia maknanya pukul 3 Thailand. Memamng tak sempat lah. Dalam hati doa minta-mintalah ikut jam Thailand sebab memang tak tahu. tak tanya pun KTMB jam tu ikut sapa punya waktu.

Kitorang sampai Hatyai dalam pukul 3 macam tu. Cepat pula pakcik ni bawa. Masa datang kemain lama lagi. Kitorang ada dalam sejam lagi. So, Jalan-jalan je lah sekitar bandar Hatyai dan cari makan tengah hari. Nak ke Floating Market memang tak sempat dah. Jalan sekitar sini je lah. Pukul 4 naik train balik Ipoh. Singgah Padang Besar untuk cop dan check beg semua.


Tak best trip ni sebab hujan tak dapat buat aktiviti menarik.

so, untuk korang yang nak pergi nanti. Berikut adalah perkara-perkara yang saya terlepas pandang :

Kena bawa International Socket sebab nak cas phone socket tak sama dengan kita.
Kena bawa Maggie Cup banyak dengan 3 in 1 punya minuman. Tak la kebulur tengah-tengah malam bila lapar.
Kena bawa baju hujan especially yang nak mai bulan 5 atau 6. Dekat sana ada jual cuma takut mahal je lah..
Tukar duit siap-siap Korang boleh fikir la berapa yang korang nak bawa. Macam mostly Pakej diorang ni. dalam 180 atau 120 seorang. Depend pada agency and pakej yang ada.
Apa lagi erk??? ha.. plan betul2 buat backup plan segala bagai okeyh..

Conclusion nye....

March is better than June kalau nak ke Krabi.
Group is better than individual kalau nak dapat tawaran harga murah.
Flight is better than train bagi yang tak nak buang masa....
Malaysia is better than Thailand huhuhuhu in term of MAKANAN HALAL!!! hahahahaha

Walaupun trip kali ni tak menjadi seperti yang diinginkan but one thing that i leran is that,

MUNGKIN TUHAN BERI PELUANG UNTUK KITA PERGI KE DESTINASI KITA INGINKAN BUKAN UNTUK SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA TETAPI, UNTUK MENIMBA PENGALAMANNYA.

Kan???? Kalau saya tak ada pengalaman ini tentu sahaja saya tak dapat nak cerita supaya anda semua tahu dan belajar sesuatu. itukan lebih baik.. Tak semua benda yang x best x berguna. :)


The End >_________<


Share:

0 comments