Kau adik, Aku Abang.






As I write this, I am now at UIA. Cuti dah habis. Sobs L  Sekarang dah start rindu Adriana. Okeyhh double sobs :’(  Seminggu duduk rumah jaga dia. Pergi balik hantar dia ke sekolah, masak untuk dia, prepare bekal ke sekolah, check home work, hantar kelas ngaji, susun Buku and many more. Memang masa cuti yang ada ni habis dengan dia je.

One thing that I want to share here is the feeling –my feeling.  Bila jaga adik sendiri yang kecik, kita rasa macam mana our parents jaga kita before.  Everything that we did for them is for the best. Terutama anak-anak.  Kadang-kadang bila kita fikir kan, anak-anak tak faham kenapa kita buat semua ni. Diorang tak faham kenapa mereka perlu dengar cakap kita sedangkan itu hak mereka untuk memilih. It’s ok I will tell you kenapa kita kena dengar cakap ibubapa kita.

Segala apa yang saya lakukan untuk Adriana, adalah apa yang saya fikirkan yang terbaik untuk dia, apa yang kita tak pernah dapat masa kita kecil, apa yang kita suka dan tidak suka. Bila nak hantar dia ke sekolah, naik motor mesti bawa slow-slow then mesti nak dia pegang kita so that I can feel she right behind me.  Kalau buat homework kena duduk sebelah dia. Tengok, tunjuk dan ajar.  This is because dekat sekolah cikgu-cikgu tak ada masa nak tengok, tunjuk dan ajar  sorang-sorang pada setiap anak murid dia.
Pity Adriana,  sebab dia kurang sangat perhatian. Lepas abah meninggal, dia kena tinggal dengan makcik since my mother still working. Dan kerja mak saya ni by shift. Seminggu malam seminggu siang. Susah untuk jaga dia. 

Berbeza dengan kami (saya dan my sis), kitorang kalau homework mak yang tengok, mak yang ajar dan betulkan.  Kalau tak study  jawabnya makan hanger la badan kitorang ni. Mak memang garang dulu. Kami adik beradik kena hafal sifir sampai ingat. Mak jarang bagi saya keluar bermain dekat luar. Most of my time habis dengan kakak je. Kitorang masa tu tak ada TV pun. So, memang kerja baca buku.
Kadang-kadang anak-anak ni mempersoalkan apa yang kita tahu tentang apa yang mereka perlu. Ada benarnya, mana mungkin kita tahu apa yang terbaik untuk anak-anak kita sedangkan yang menanggung consequences nya adalah anak-anak kita sendiri. Kalau tersilap percaturan, mereka mungkin akan blame kita atas apa yang bakal berlaku.  Di sini konflik mungkin akan terjadi. Ibubapa harus bijak menangani hal seperti ini. Khuatir kelak jadi dendam anak-anak pada ibubapa.

Untuk anak-anak pula, fahamilah bahawa dalam hidup ini bukan hanya tentang apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi keberkatan pada apa yang kita lakukan itulah pokok utama. Kadang-kadang apa yang ibubapa kita putuskan untuk kita tidak semestinya yang terbaik dan mungkin kalau kita ikut kita punya keputusan maybe turn out lebih baik daripada ibubapa kita. Tetapi, harus ingat bahawa keberkatan dalam hidup ni beri kita ketenangan walaupun perkara yang kita rancang tidak menjadi berbanding dengan hidup tanpa keberkatan. Kita mungkin Berjaya dengan apa yang kita rancang tapi hati sentiasa gundah gulana, resah, sedih dan kosong!

But, for Adriana is other thing. She’s only 8-years-old girl. Mana  mungkin dia bisa memikirkan apa yang terbaik untuk dia. Kita sebagai yang tua,berdasarkan pengalaman kita bantu and guide them.
I really hope that one day, jika saya tak berkesempatan untuk bagitahu Adriana, I hope she will read this. Bukan untuk saya hebahkan apa pengorbanan yang saya lakukan. Tetapi saya nak dia tahu bahawa orang yang ada harga diri akan menghargai. Supaya dia tahu, bahawa kejayaan yang bakal dia kecapi bukan lejayaan dia sendiri tapi semua orang disekeliling.  Supaya dia tidak mendongak kelangit hingga lupa pada rumput yang dipijak. Paling utama I want she know, I did all the sacrifices because I love her and mahukan yang terbaik untuk dia.

Most parents, jarang untuk ada masa berborak dengan anak-anak. Berbincang dan sebagainya. Ini penting. Terutama dalam menentukan sesuatu keputusan harus ada perbincangan bersama. Bila dengan anak-anak ini, they need reasons. They always need that. Diorang perlu tahu kenapa diorang perlu lakukan semua ini. Kenapa no means no dan kenapa ada certain thing diorang boleh buat dan ada yang diorang tak boleh buat.
Wahh cakap macam dia ada anak. No! I mean yes, I’m not the one who have right to give parental advise or tips. But, sebagai anak, saya juga boleh berkata-kata apa yang ibubapa tidak nampak dari sudut pandang kita sebagai anak.

Saya ada bagitahu kan dulu saya sekarang sedang baca buku tentang parenting. Boleh check buku tu dekat entry saya yang ni --> post yang lepasEven tak ada anak lagi, tapi ini penting untuk saya bila saya perlu deal with my younger sister, dan memahami dunia sikecil dan mungkin juga saya lebih memahami tentang manusia!




Share:

4 comments