Ipoh-Hatyai-Krabi (Day 1)

Seperti yang dijanjikan, post pasal percutian baru-baru ini ke Krabi. Malas nak cerita sebenarnya sebab hurmmm.. ok x pe. saya cerita dulu baru korang tahu sebab dia kan. :)

Saya pergi dengan mak dan kakak. Adriana sorang je tak ikut sebab sekolah, mak memang tak ajar anak-anak dia ponteng sekolah. Kesian dia... huhu. Kitorang pergi krabi naik train KTMB dari Ipoh. Kami gerak rabu malam jam 12.27 pagi lebih kurang (actually dah khamis dah kan sebab lepas pukul 12 tengah mlm) sampai dalam pukul 10.30  pagi tapi train kitorang delayed beberapa minit actually lama jugak lah. tak ingat pukul brapa.



Kitorang pilih katil atas dengan harga RM40 sahaja. i would recommend you to bring book or Ipod, Ipad whatever gadget you have kalau naik train. Lama kowt perjalanan. Bosan nanti! unless korang jenis senang tidur. 

Lepas tu sampai kat Padang Besar, kena turun untuk cop pasport semua-semua lah. dalam sejam juga lah train ni berhenti sebelum tukar train ke Hatyai. Sempatlah nak bersarapan dulu and cuci2 muka semua. lepas tu dari Padang Besar ke Hatyai lebih kurang 40 minit perjalanan.


Sampai je dekat Hatyai, kitorang dah macam gelabah dah, duit tak tukar lagi. Konon2 nak tengok la kalau-kalau kat Hatyai MoneyChanger dia dapat harga ok tapi memang tak. Diorang amik untung banyak. Tapi, dalam train memang akan ada sorang makcik ni nama dia Lalita. dia boleh tukar duit. Harga boleh la.. kalau tukar RM100 kita dapat RM964. tu pun dah rasa rugi je kan.


Lepas tu, once kitorang turun je dari train. Ramai dah duk tanya nak ke mana. Ala macam dekat Bus stand la ada orang or ulat2 tiket kan. Kitorang ni dah la first time. Semua tak pernah pergi kan. kitorang pun pergi je la dekat satu travel agency ni. Tanya ke Krabi brapa? dia cakap 800 bath. mak aiiiiiihh.. Mahalnye RM80 sorang nak ke Krabi (Aonang). Sebelum ni buat research dalam RM20 je. Aku kene tipu or aku yang tak reti cari? Pastu tawar2 dengan orang tu dapat la RM75 sorang. tu pun dah rasa nak mengamuk je. mahalnyeeee. Ada pasangan suami istri yang naik seklai dengan kitorang ni pun tertipu juga. diaorang lagi lah tak tawar2 pun. Lepas tu kalau ikutkan my research Hatyai ke Aonang tu 5 jam je. Tapi kitorang ni sampai 6 jam hampir 7 jam dalam van. Btw, dalam perjalan nanti dia akan berhenti satu tempat nama dia Trang (x tau eja dia) dekat situ macam RnR juga lah.

Kitorang sampai Aonang dah petang. Dalam perjalanan hujan je. ye la bulan 6 memang tak sesuai pun. Driver ni banyak sangat pit stop dia. Turun kan orang-orang sampai lah dekat Krabi Town ni dia berhenti dekat agency dia. Dekat situ orang tu tanyalah pasal pakej2 yang kita boleh ikut semua. Tapi saya tak beli pun pakej dia sebab ingat nak survey dulu kat Aonang nanti. Saya just beli tiket balik je. dengan harga Rm25 sorang. Pelik kan?? Pergi RM75 balik RM25 je. what theeee???

Dah sampai terus lah check in tempat tidur yang dah dibooking awal. Tidur dekat Popeye GuestHouse. Rm80 untuk dua malam. Tahulah Guesthouse je but at least beri lah heater ke, sabun kecik2 tu ke. sedih!
 Btw, Popeye Guesthouse ni berdepan dengan Krabi Heritage Hotel. Dekat je dengan pantai Aonang lebih kurang 5 minit jalan kaki.



Petang tu kitorang jalan-jalan kat pantai Aonang ni je amik angin. Tak lama lepas tu hujan. huhuhuhu. Balik terus tempat tidur. Siap-siap mandi semua sebab lepas tu nak jalan-jalan dan cari makan. Kitorang Jalan-jalan la dekat area-area situ. Biasalah diorang jual barang-barang macam key chain, baju, FM, dan banyak lagi.



Gambar yang kat atas tu nampak kan dia tulis anak panah Popeye Guesthouse, haaa tu la tempat tidur kitorang. Belakang tu jalan sikit akan nampak pantai depan yang mak saya mengadap tu ada mcD.

Macam-macam kedai ada. tempat massage pun banyak.

Kitorang pusing-pusing dan cari pakej untuk esok. the thing is, duit yang kitorang tukar mula-mula tadi tu tak cukup. Dah kelam kabut mencari money changer. memang lah banyak tapi memang rugi lah tukar kat situ. dapat sikit je. Kedai dekat situ mostly tutup pukul 10.30. Perut dah lapar. Nak beli makanan. mecari kedai yang boleh makan, halal,sedap dan murah punya la payah. Even dekat dalam 7e diorang pun penuh babi. Maggie babi, roti babi semua babi.

Last-last masa jalan-jalan tu ada la jumpa kedai muslim. buruk je kedai dia. Kitorang gelar kedai ni kedai tebing. Sebab kedai dia bukan dalam kedai sangat. dia simen kan tebing tu lepas buat lantai. Sedap makanan dia. Tomyam dia best!!!! harga?? nasi kalau goreng2 lebih kurang RM6.50 mahal kan.. huhuhu tom yam RM7. dah la sikit. tapi kitorang tak merungut sangat sebab sedap.  Memang malam tu tak sempat pun nak beli siap2 pakej untuk esok. kitorang balik je terus dengan harapan esok pagi-pagi sempat lagi.


Share:

4 comments