Practicum #day1

insta: syahmiejamil



Hai readers!
Saya menyepi seketika dari menulis sebab saya dah mula praktikal. >..<
Sekarang dah bergelar kaunselor pelatih. Hew hew. Dah ada students sendiri.

Saya sekarang sedang bertugas sebagai kaunselor pelatih di SMK Taman setiawangsa, Kuala Lumpur.

Hari pertama saya daftar sekolah adalah pada 25hb Jun (selasa). Sepatutnya saya lapor diri pada hari isnin, tapi sekolah di arahkan tutup sebab jerebu yang teruk. I was like phewwww.. lega and at the same time worried juga. Lega sebab i'm not ready yet. iya lorrr, banyak yang saya tak prepare lagi but i'm worried sampai bila la agaknya sekolah kena tutup. Kalau tutup lama, lambat la saya nak habiskan practicum saya ni.

Saya bertugas selama 7 minggu di sini. 7 minggu tak lama sebenarnya.  Hari pertama dekat sekolah, saya dan kawan saya di beri penerangan oleh Penolong Kanan, Puan Sabiah since Pengetua, Datin Rokiah tak da hari tersebut. Lepas tu bertemu dengan senior counselors. Diorang bawa pusing-pusing sekolah kenal dengan guru-guru yang lain.

Awkward sangat-sangat masa tu, iya lah mana kita biasa lagi kan. Semua tengok kita atas bawah atas bawah and the students too. Diorang lagi la dah tengok-tengok lepas tu bisik-bisik. Mahunya tak awkward. Mengumpat lettewww... :) hehehe

Macam kita juga lah dulu, masa sekolah dulu-dulu. Cikgu baru datang je, kita pun bukan main sebarkan berita satu sekolah. Since kita ni kaunselor, muka tu nak kena manis je sentiasa. Senyum tak lekang-lekang. Sampai lenguh lah rahang kita ni.

Hari pertama just kenal-kenal dengan persekitaran sekolah. Alhamdulillah, guru-guru semua menyambut kedatangan kami dengan baik. Cuma pelajar-pelajar je tak berkesempatan bersua muka secara berdepan lagi.

Saya harap, saya boleh dapat menjalankan  tugas dengan baik terutamanya dalam membantu pelajar-pelajar.

insta: syahmiejamil


Share:

1 comments